Menyanggah tulisan Dr. Abdul Hamid Yeop Zainuddin
Assalamualaikum wm. wb.

Rujuk: AL ISLAM (Jun 2004 / Rabiatul - Thaniah 1425).
m/s : 72, 73, 74, 75.

BELIAU menulis:
“Kesimpulannya, mentaati undang-undang negara itu sebenarnya adalah juga mentaati hukum Allah s.w.t. Oleh yang demikian, adalah merupakan satu kesalahan di sisi agama Islam jika kita tidak mentaati undang-undang negara. Dengan kata lain, kita disuruh supaya mentaati pemerintah sebagaimana yang diingatkan pada setiap kali khutbah Jumaat.

Siapakah pula yang berani mengatakan undang-undang negara tersebut bukan hukum Allah s.w.t., (dia sepatutnya meletakkan tanda soal di sini, jika dia betul-betul berani - Penterjemah) bukan undang-undang Islam? Sekiranya ada pihak yang mengatakan begini, maka sudah tentulah *ia adalah musuh yang nyata bagi orang-orang Islam, iaitu syaitan! Ini satu peluang putar belit syaitan untuk memerangkap, menyesat dan memporak-perandakan manusia.”
 
*Profesor Madya Dr. Abdul Hamid Yeop Zainuddin
Jabatan Matematik, Fakulti Sains, Universiti
Teknologi Malaysia (UTM).

Saya menjawab :
Kesimpulannya, BELIAU ini adalah syaitan dan keturunan Dajal yang nyata menyesatkan manusia keseluruhannya dengan tulisan.

Mentaati undang-undang negeri itu sebenarnya adalah juga mentaati hukum Allah s.w.t. Oleh yang demikian, adalah merupakan satu kesalahan di sisi agama Islam jika tidak mentaati undang-undang negeri. Dengan kata lain, kita disuruh supaya mentaati pemerintah sebagaimana yang diingatkan pada setiap kali khutbah Jumaat.

Siapakah pula yang berani mengatakan Qanun Jinayat Syariat tersebut bukan hukum Allah s.w.t.?, bukan undang-undang Islam? Sekiranya ada pihak yang mengatakan begini, maka sudah tentulah dia adalah musuh yang nyata bagi orang-orang Islam, iaitu syaitan! Ini satu peluang putar-belit syaitan untuk memerangkap, menyesat dan memporak-perandakan manusia..

Tidak perlulah pemerintah yang menggubal undang-undang Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Rahsia Rasmi, Akta Mesin Cetak, Akta Hasutan tersebut memukul canang memberitahu ke seluruh dunia bahawa dia menggubal undang-undang Islam! Tidak perlulah hebohkan bahawa inilah Islam yang sebenarnya, Islam Hadhari, Islam itu, Islam ini dan sebagainya. Maka apakah kesimpulannya?

* Professor Madheiya Dr. ‘Abdur Rahma..n Noor Zeidin
Jabatan Analogistik, Fakulti Alamiah, Universiti
Lajnah Anologiyah Malaysia (ULAMA) .

Umar Sadiq - 22.05.2004 (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN