N-10 Bukit Malawati Di Kategori ‘KELABU’ oleh UMNO Kuala Selangor
KUALA SELANGOR, Rabu, 4 Mac 2004. DUN ini bakal dirasmikan oleh BA jika calon, isu dan jentera pilihan raya BA nanti berterusan membantu kemenangan bakal calon yang begitu berkaliber. Ini terus dibuktikan dengan beberapa suara daripada pihak lawan yang menjawab dengan nada "letih" yang barang pasti kecewa dengan situasi yang ada sekarang, rata-rata kedai dan restoran bercerita dengan irama yang sama iaitu politik UMNO yang pincang. Di restoran Yusof bercerita tentang kelemahan UMNO Daud, di Restoran Oli bercerita pula kekurangan Ishak Harun, di Pantimur II lain cerita pula, di Selera Kampung pun sama.

UMNO sudah tidak yakin tentang kekuatan mereka di DUN baru ini. Keyakinan ini runtuh gara-gara runtuhnya empayar kesultanan Abu Hassan. Dengan saki-bakinya membina empayarnya sendiri akhirnya mereka bergaduh sana sini. Daud bukan orang yang layak bertanding di DUN ini, kalau tidak musuh ketatnya yang sudah dicantas 18 kerat itu tidak mungkin memberi kemenangan pada Daud. Ramai hulubalang UMNO makin kecewa lantas dengan terus terang mengata mereka akan mengundi BA kali ini. Bukan apa sengaja melepaskan geram. Hj Jahaya setelah menutup Supermarket Econsmartnya terus menghilangkan diri. Jentera mereka hanya tinggal makcik-makcik tua, 70% yang pergi ke Pulau Pinang hari itu berkursus pilihan raya adalah makcik-makcik dan pakcik saja.

BA mengalu-alukan undi protes ahli dan penyokong UMNO itu supaya dapat memberi peluang UMNO Kuala Selangor bersatu semula. Dalam masa yang sama melihat cara BA mentadbir DUN ini, Ishak Harun walaupun dikatakan banyak "duit" hanya dikenali oleh orang UMNO tradisi sahaja. Yang lain tidak pernah kenal beliau. DUN ini mempunyai penduduk yang berbilang asal-usulnya dan dikatakan Bukit Malawati terdiri daripada kawasan yang agak elit. Ramai kakitangan kerajaan di kawasan ini. Jika diukur daripada segi undi pula, BA memerlukan hampir 500 undi tambahan tidak termasuk undi pengundi baru hasil dari persempadanan semula, menjadikan ia satu kelebihan kepada BA. Malahan lawatan Kaum Tionghoa dari Kelantan tempoh hari memberi satu perubahan baru ke atas pengundi Cina.

Bakal calon BA yang berkaliber, Saudara Norman Toha merupakan lulusan luar negara (US), muda, berakhlak mulia, petah bercakap, cekap bekerja, boleh menjadi imam, boleh membacakan talkin untuk simati dan membacakan tahlil. Bukan sekadar itu sahaja, daripada pengalaman politik beliau selaku YDP Kawasan, juga Setiausaha Perhubungan Negeri memberikan kelebihan. Sifatnya yang mudah menerima pendapat, melayani rakan taulan, amat memberi kelebihan yang tiada tolok bandingnya, bagi penyokong BA. Bagi PAS dan Keadilan, tidak ada masalah menerimanya. Malahan, penyokong UMNO juga tidak keberatan undi memberi undi untuknya. Cara bekerja yang berkesan dimulai dari sebaik sahaja tamatnya pilihan raya 1999. Beliau tetap mengakui 13 ribu lebih memilih beliau di Parlimen Kuala Selangor, beliau tetap memberi perkhidmatannya walaupun beliau tidak digelar YB. Saudara Norman Toha adalah calon untuk N-10 DUN Bukit Malawati yang bakal menggugat sesiapa sahaja calon BN di DUN tersebut.

Walau dengan seketat mana pun akta baru SPR, InsyaAllah akan kami patuhi dengan sebaik mungkin, sebab kami percaya yang akan melalukan sabotaj bukan ahli PAS tetapi sudah pasti UMNO sendiri. Pak Lah pun agak takut dengan akta baru ini kerana berkemungkinan unsur sabotaj akan berlaku. Seperkara lagi adalah penggunaan Balai Raya Rakyat sebagai bilik gerakan UMNO. Sesiapa saja ada hak memasuki bilik gerakan ini tanpa sebarang halangan kerana ia kawasan umum, milik semua rakyat Malaysia. Malah, UMNOlah yang menceroboh balai raya ini. Dengan Akta SPR yang baru, BA boleh memfailkan bantahan dengan mengaitkan penggunaan hak milik kerajaan oleh BN yang boleh menggugurkan status kemenangan mereka. Jika mereka memerlukan sekuriti, perlu dibina bilik gerakan di kawasan persendirian. Pemuda BA akan memastikan semua balai raya tidak akan dijadikan Bilik Gerakan UMNO. Satu memo bantahan sedang disediakan dan akan dihantar secepat mungkin. Contoh yang terbaik ialah di kawasan Jeram.

Bagi penulis lebih meneliti tentang calon, bukan lagi parti, baik datang dari UMNO mahupun PAS. Tabiat memilih parti akan merosakkan demokrasi, tambah-tambah calon berkenaan yang rosak akhlaknya, perasuah, menyalahgunakan kuasa dll keburukan. Sudah 46 tahun kita merdeka, cukuplah segala pembohongan UMNO dan BN. Nasihat kepada para pengundi Cina; kekuatan politik Melayu sekarang berada di BA bukan lagi UMNO. Mengapa berkongsi kuasa dengan yang lemah, berkongsilah dengan yang kuat.

Tok Piai - 04.03.2003 (suntingan M@RHAEN)
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN