Raya di Terengganu: Isu Pembangunan
Oleh Temingat di Belantara
Meneruskan cerita berhari raya korban di Terengganu; pada hari raya kedua saya ke rumah seorang sahabat yang fikrah politiknya agak keliru, sekejap sokong UMNO sekejap sokong PAS, kadang-kadang hentam PAS dan kadang-kadang balun UMNO.

Antara banyak-banyak rumah yang saya kunjungi, rumah beliaulah yang paling lama sekali saya singgah dan bergebang politik punyalah rancak sehinggakan hampir lupa nak menjamah juadah raya. Yang menariknya, entah macam mana seawal bicara lagi, sahabat ini ingatkan saya Atas Pagar,  dan saya pun tak kata saya UMNO atau pun PAS, so gebang politik kami lebih berkisar atas sifat masing-masing sebagai orang atas pagar; agar menarik gebang politik saya kali ini.

Soalan yang mula-mula saya tanya adalah soalan yg sama yang saya mesti tanya setiap kali saya singgah di mana-mana rumah saudara mara atau pun sahabat handai yg saya kunjungi di Terengganu tatkala sembang raya bertukar menjadi gebang politik. Soalannya: Macam mana pilihanraya ini, agak-agak siapa boleh menang?

Jawapan sahabat saya orang Atas Pagar ini sama saja dengan jawapan-jawapan yang saya temui sebelum ini baik daripada orang PAS Pure mahu pun drpd ahli UMNO Hardcore: peluang PAS & UMNO di Terengganu 50-50!

Kemudian saya tanya pula apa yang UMNO perlu buat sekiranya UMNO nak dapat balik Terengganu kali ini?

Mungkin kerana soalan ini kot, maka selepas itu sahabat ini nampaknya dok agak saya orang UMNO. Lalu, kata  beliau, isu utama yang UMNO boleh main ialah isu Pembangunan. Kata beliau lagi, zaman PAS perintah ini orang bisness macam beliau agak susah nak cari makan sebab project dah banyak kurang.

Saya cakap, ish apa pula masalahnya, nanti kalau UMNO main isu pembangunan, rakyat akan kata tengoklah masa UMNO perintah dengan PAS perintah sama saja, misalnya bandar Kuala Terengganu dan Bandar Kemaman, lampu lit lat lit lat kat tengah bandar tu dok terang benderang macam tu juga pa, tak gelap gelemap pun.

Beliau jawab, betul juga, tapi itu bergantung kepada Majlis Perbandaran/Daerah mana, kalau yang kaya macam KT dan Kemaman tu memanglah tak ada masalah, tapi yang hat ke dalam macam Hulu Terengganu tu teruklah sebab duit tak cukup.

Saya cakap, rakyat mungkin kata ini semua pasal kerajaan pusat tarik balik duit royalti. Kemudian, belum sempat saya sambung panjang, beliau sendiri yang kata:

“Tapi, dari satu segi bagus juga kerajaan PAS ini, walau pun tak ada wang royalti macam zaman UMNO dulu, mereka masih boleh survive, masih boleh bayar gaji kakitangannya, masih boleh bergerak. Ini bermakna mereka punya management quite efficient (pengurusan cekap), hat ni kita nak kena puji!”

Aik, sokong PAS pula.

Panjang juga beliau sentuh pasal isu Pembangunan ini, cuma point yang menarik yg ingin saya tulis di sini ialah bila saya cakap kata UMNO tak boleh main sangat isu pembangunan ini sebab di Kelantan pun UMNO main isu ini juga tapi dah 15 tahun UMNO masih lagi gagal di sana. So, di Terengganu pun samalah, kalau UMNO nak menang tak boleh harap sangat kat isu ini.

Jawab beliau:

"Kita tak boleh bandingkan orang Terengganu dengan orang Kelantan. Orang Kelantan ibaratkan anak-anak yang ibu & ayahnya memang susah sejak awal, cuma kerja menoreh getah saja sejak anak-anak tu celik mata; tapi di Terengganu, rakyatnya ibaratkan anak-anak yang ibu & ayahnya pernah mewah dan kaya raya suatu masa dulu, selalu makan luar, kejap Mc D, kejap Pizza Hut, kejap KFC dsg; kemudian tiba-tiba ayah & ibunya jatuh miskin, tak boleh lagi keluar makan keluar, tak boleh lagi pergi Mc D, Pizza, KFC dll. Sikit sebanyak, bila UMNO dok tekankan isu pembangunan ini, kalau tak ramai pun, nanti adalah juga "anak-anak" ini yang akan terpengaruh. "

Hmmm.....no wonder lah UMNO pulun sungguh sekat duit royalti; semunya atas tujuan untuk menyekat prosess pembangunan di Negeri Terengganu dengan harapan rakyat jelata khususnya orang-orang atas pagar yang pernah mengundi PAS dlm p/raya 1999 hari tu akan berpatah balik mengundi UMNO.

Busuk sungguh hati perut siapa-siapa yang menjadi dalang kpd UMNO di Terengganu dalam isu wang Royalti ini.

Harap-harap PAS punya persediaan yang cukup untuk menghadapi UMNO dalam isu pembangunan ini.

Sekian.

Temingat Di Belantara - 10.02.2004 (tanpa suntingan)

Hantar artikel ini kpd sahabat:

.

Sertai Maillist M@RHAEN