Raya di Terengganu: Isu Hudud
Oleh Temingat di Belantara
Masuk bab Royalti, masuk sahabat ini sudah 2 orang rakyat Terengganu yang saya sembang, walaupun mereka cuma rakyat marhain biasa, tapi mereka cukup berminat mengikuti perkembangan kes duit royalti ini. Bagi orang Terengganu, tak kira PAS atau pun UMNO, semuanya percaya bahawa duit royalti ini adalah hak mutlak rakyat Terengganu.

Dua-dua orang tu cerita benda yang sama kat saya: Kata mereka orang Terengganu yakin Kes Perbicaraan Duit Royalti ini pastikan akan berterusan, meleret-leret hingga ke selepas p/raya.

Jika PAS menang, maka kes itu akan terus meleret lagi. Jika UMNO menang, maka ada kemungkinan Negeri Terengganu akan dapat balik duit tu, dan yg menariknya siapa entah cakap kat mereka, mereka kata kalau UMNO menang, bukan saja duit tu akan dapat balik, tapi bayaran yang tertangguh selama PAS memerintah tu pun mungkin akan dibayar balik; makna kata the moment UMNO menang, Negeri Terengganu akan dpt bonus 2X Duit Royalti. Yang jadi mangsanya PETRONAS.....nasib engkaulah Petronas oii...tak habis-habis nak kena jadi kuda tunggangan UMNO!

Bila saya tanya, bukankah isu wang ehsan ini akan memakan diri UMNO sebab sekarang ini rakyat nampak bila PAS memerintah rakyat dapat duit tu direct, tapi masa UMNO memerintah dulu tak dapat pun; maknanya ada org akan pangkah PAS untuk memastikan mereka (rakyat jelata) akan terus dapat merasa duit royalti tu.

Sahabat ini jawab, memang itulah yang rakyat biasa dok sembang tapi UMNO lagi cerdik, UMNO kata kalau selepas ini UMNO menang, duit tu akan terus diagih-agihkan kpd rakyat seperti sekarang, tapi kalau UMNO kalah, setakat itu sajalah, tiada lagi wang free duit EHSAN!

Kata beliau: "Pening juga rakyat dok fikirkannya!!"

Tinggal bab wang ehsan/royalti, masuk pula bab Hudud; saya kata tat pa aih, UMNO boleh menang rasanya sebab isu Hudud kali ini mungkin akan makan PAS balik. Pasal apa pulak?

Saya kata sebab sekarang ini rakyat boleh tengok walaupun PAS dah perintah Kelantan & Terengganu tapi masih tak boleh nak buat hudud. Memanglah ada masalah dengan undang-undang Negeri vs Pusat, masalah Polis tak kerjasama dan sebagainya, tapi secara umumnya rakyat tak fikir benda tu, yg rakyat nampak PAS Gagal Laksanakan Hudud walaupun dah dapat kuasa memerintah 2 buah Negeri. Saya cakap yang ini adalah Point penting untuk UMNO.

Saja ja saya cakap macam tu nak test the water tengok; saya terkejut bila sahabat ini jawab:

"Masuk bab Hudud ini, kita (Org Terengganu selalu biasakan diri mereka "Kita" untuk menggantikan "Saya") tak berani nak cakaplah bab ini; bila kita dengar ucapan Pak Lah kat TV hari tu, kita setuju 100% dengan Pak Lah pasal tak sepatutnya ada 2 sistem dalam satu negara. Kita tahu UMNO tak tolak Hudud. Tapi, bila kita dengar tazkirah selepas solat tu, kita jadi confuse bila ustaz tanya "Islam suruh mu solat, mu solat, Islam suruh mu puasa, mu puasa, islam suruh mu zakat, mu zakat, islam mu kita haji, mu gi haji, tapi bila islam suruh mu buat hudud, pasal apa mu tak mau buat? Pasal apa mu cari macam-macam alasan tak mau buat?. Masuk bab ini kita jadi confuse sungguh, sebab tu kalau boleh masuk bab ini, kita tak mau sembang, silap-silap cakap boleh jatuh syirik, takut tergelincir, jadi bab ini biar orang yang ahli uruskan"

Kemudian saya kata:

"UMNO bukan tak mau buat hudud, tapi kita kena fikir suasana semasa dan kesan jangkapanjang; kalau kita buat, nanti Dunia terutamanya Amerika akan cop kita sebagai Extreme, negara Fundamentalist dan sebagainya, nanti ganggu pelaburan asing dll"

Belum sempat saya perabis, sahabat ini potong:

"Abih tu mana lebih besar, hukum Tuhan ka Amerika?"

Saya tak kata apa! (Heran sungguh aih, ada juga orang macam ini, confuse sungguh sat sokong UMNO sat sokong PAS - penin!)

Sembang lagi pasal Hudud, daripada feedback beliau, secara amnya rata-rata rakyat Terengganu tak kisah sangat dengan isu Hudud ini, dan tidak akan menjadi isu besar dalam p/raya akan datang.

Cuma ada satu benda yg saya tak perasan tapi berjaya dihilitekan oleh sahabat ini secara berkesan; kata beliau isu Hudud ini akan memerangkap UMNO jika ditakdirkan UMNO menang kelak, sebab kanun Hudud ini telah pun digazet dan di-enacted di DUN Terengganu dan telah pun ditandatangani oleh Duli Tuanku. Soalannya sekarang, jika UMNO menang kelak apa yang akan UMNO buat dengan Undang-Undang Hudud ini? Kalau UMNO tolak nampak sangat dia tolak, kalau dia tak buat PAS akan tanya:

"Hei UMNO, apasal mu tak laksanakan undang-undang yang dah pun digazet dan dienacted serta dah diperkenankan oleh Duli Tuanku itu; mu dah ada Polis, pasal apa mu tak suruh Polis mu laksanakan undang2 tu?"

Kata beliau, inilah dilema yang bakal dihadapi oleh UMNO kiranya UMNO menang di terengganu kelak.

Last sekali saya tanya pasal isu Wanita sebab dalam p/raya ini undi wanita sebenarnya jauh melebihi jumlah undi kaum Lelaki; saya kata bab ini mesti UMNO boleh makan PAS sebab kalau kita tengok dalam media massa, UMNO melalui Kementerian Syarizat dan juga melalui Puteri UMNO begitu bersungguh-sungguh menonjolkan isu kaum wanita, terutama isu Ibu Tunggal misalnya, sedangkan PAS kita tak nampak pun Muslimatnya ada mengambil berat mengenai isu-isu sebegini, so saya tanya bolehkan UMNO harapkan undi kaum wanita untuk mengalahkan PAS dalam p/raya ini.

Suprise saya bila sahabat ini jawab:

"Isu wanita ini, apa mereka sebut Women's Right ini kalau di KL bolehlah; sini Kampung bukannya Bando macam KL sana nu. UMNO tok sahlah dok main isu tu, tak makan punya. Lagipun, ini Terengganu, di Terengganu ini kaum Puang (Perempuan) ikut kaum Laki. Kalau Tok Laki dia pangkah PAS, Puang dia pangkah PAS juga!"

Laa....habis lah peluang Syahrizat & Puteri UMNO nak makan kaum PUANG di Tganu ning!

Bila masuk bab IT (Ibu Tunggal) ini, dalam nada agak berbisik, sambil menoleh kat isteri dia yg tengah dok bersembang dengan isteri saya di hujung ruang tamu sana, sahabat ini kata:

"Hm....sebab tulah dalam Islam, kita dibenarkan berpoligami....bla,bla,bla...."

Kemudian sembang politik kami masuk pulak bab poligami. Bab ini kita sembang lain kali.

Adapun mengenai kecenderungan sahabat ini mengundi PAS atau pun UMNO dlm p/raya akan datang; di akhir sembang-sembang raya ini, saya membuat kesimpulan bahawa sahabat ini akan pangkah UMNO walaupun banyak benda yang beliau cakap nampaknya menyebelahi PAS, mungkin kerana masih terdapat satu isu utama yang saya rasa PAS buat masa ini gagal menarik undi orang-orang sepertinya, iaitu pasal peluang bisness/project yang banyak berkurang akibat sekatan wang royalti dan bantuan pembangunan daripada kerajaan Pusat. Bab ini, kita biarkan pakar strategi politik PAS untuk menguruskannya.

Walau bagaimanapun, diharapkan siri tulisan saya yang agak ringkas ini mampu membantu PAS mempertahankan Terengganu dalam p/raya akan datang. Insyallah.

Sekian.

Temingat Di Belantara - 10.02.2004 (tanpa suntingan)

Hantar artikel ini kpd sahabat:

.

Sertai Maillist M@RHAEN