Harap BA Manfaatkan Pergolakan Dalaman BN
Oleh Tapai

Pergolakan dalaman UMNO nampaknya semakin sengit. Inilah masanya BA boleh mengambil kesempatan semaksimum mungkin. Di Kedah terutamanya UMNO-BN memang sedang berentap sesama mereka. maklumat dari UMNO sendiri mengakui pertelingkahan tersebut bukan saja berpusat sekitar UMNO negeri tetapi menjangkau kepada permusuhan Pak Lah dan TKT.

Rupanya keberanian Syed Razak adalah lakonan TKT sendiri sehinggakan Pak Lah dikatakan cukup kecewa dan menyerah kepada TKT. Saya difahamkan Pak Lah berkata, "Ikut Tun lah...kalau kalah...jangan saya pula dipertanggungjawabkan". Awat Pak Lah ngok sangat? Itulah yang sebenarnya....Pak Lah akan dipertanggungjawabkan akhirnya!!

Calon-calon Pak Lah sudah menerima arahan untuk meletak jawatan (bagi yang bekerja dengan kerajaan) jam 1.00 petang pada hari pengumuman. Jam 2.00 petang TKT dan Syed Razak mengubah senarai dan mengetepikan calon-calon Pak Lah, yang tinggal pun macam Mahathir Khalid dan Dr. Afiffudin diletakkan di kubu PAS. Rahman Ibrahim ditendang ke Parlimen Pokok Sena. Cara ini adalah bagi memastikan peluang menggantikan Syed Razak adalah tipis. Datuk Maznah Iron Lady tidak tahu dia dicantas di Jerlun dan turut hadir pada hari pengumuman yang ditangguhkan dari jam 3.00 petang. ke 5.00 petang. Akhirnya dia pulang dengan kecewa.

TKT dikatakan berhasrat mengaturkan orang-orangnya supaya Pak Lah rebah kepada Najib dalam PLLP (Persidangan Lembu-lembu Pawah) UMNo nanti. Pak Lah mungkin bertindak balas, Najib nak dimangsakan di Pekan oleh BTN!!

Di Kubang Rotan, sepupu Syed Razak dikhabarkan sudah membuka pondok UPU untuk BA. Pengikut dan pembodek Syed Razak dikatakan sedikit berbanding dengan yang menentangnya. Ahli UMNO marah kerana sepanjang Syed Razak berkuasa, dia hanya memberikan kontrak besar-besar kepada kroni (mungkin ramai yang tahu) dan tauke-tauke Cina sedangkan orang UMNO sendiri dipinggirkan. Orang UMNO sudah mula mengedarkan risalah bagi menjatuhkan Man Pin dan Abu Hasan.

Di Bakar Bata, Ketua UMNO Alor Setar (tinggal di Shah Alam) yang dikatakan dicalonkan oleh Pak Lah telah dicantas untuk diletakkan orang lama (pengampu TKT) iaitu Datuk Bashah. Dia akan kembali ke Shah Alam untuk membantu Aziz Samsuddin selepas buat kerja sambil lewa di Alor Setar.

Unit Psy-war BA patut terus mengambil kesempatan ini.

Oleh Tapai - 16.03.2004 (dipetik drp Forum M@RHAEN)
Siaran awal artikel ini terdapat di http://marhaen.board.dk3.com/2/viewtopic.php?t=357

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertailah Kumpulan M@RHAEN