Bendera Selimut 2 Bulatan Utama Bandaraya Alor Setar
Oleh Tapai

ALOR SETAR 15.03.2004: memang benar kedua-dua bulatan Telok Wanjah dan Jalan Stadium telah ditawan oleh PAS. Pandangannya cukup menarik dan cukup meriah!! Syabas!! Keadaan itu berjaya merisaukan BN dan juga Syed Razak sendiri. Syed Razak naik berang lalu mengerah 'orang kita' untuk membantu 'menutup' bendera dan poster PAS di bulatan Telok Wanjah….. terpaksalah….

Pemuda UMNO marahkan Gerakan kerana lambat bertindak. Ketua Pemuda Gerakan tiba lewat dan kren yang dipesan jugak tak tiba. Rekabentuk dan idea terpaksa diimport nampaknya tetapi bahan dan peralatan tak ada. Maka melangutlah puak-puak BN di tepi bulatan Telok Wanjah semalam. Budak-budak tu pun malas nak buat kerja, geng mat motor hanya diberi RM5 untuk meronda kat Bandaraya Alor Setar Taik Kucing!! Seorang ahli UMNO kedengaran amat marah siap dengan maki hamun ******* 888888!!!, tak berbaloi katanya… hangpa dah sapu juta-juta, hangpa kerah budak-budak tu dengan RM5? Tak berbaloi!! Biaq kalah lagi baguih!!…..katanya. [Catatan: tu pun hampa dok X lagi, habih-habih, dapat makan nasi lemak bungkuih lima posen]

Tapi di tepi jalan dia bisikkan pada saya… "Itulah masalahnya bebudak UMNO….no duit, no kerja!!… Kalau budak-budak BA…. buat kerja kerana semangat, dapat makan dan minum ala kadar sudah cukup, alhamdulillah…. semangat tinggi!! Aku nak tengok BN tumbang pulak kali ni”, tambahnya lagi!!

Dalam kereta dia merungut lagi, “Bagi puak-puak ni pegang… masing-masing nak jawatan, siap pakai vest UMNO dengan lencana dan bergaya konon nak jadi pemimpin, mai tang nak buat kerja sikit macam ni pun otak tak jalan… siap panggil aku, orang lama jugak balik dari jauh untuk pikiaq benda macam ni….. hampeh betoi depa ni. Depa suruh aku take over pulak….. pi mampuihlah, aku ada banyak kerja lagi ‘Datuk’ suruh buat!!”

Tengah sibuk-sibuk dok cari orang yang boleh bawak bahan dan peralatan, tetiba petugas PAS sampai… depa kata, jangan buang masa… MBAS..TK suruh depa bukak balik poster dan bendera kat bulatan tu… puak-puak UMNO kelam-kabut telefon sana-sini… betoi ka??… Masing-masing bertanya. Apa pun mereka nak teruskan jugak sebab takut Syed Razak marah!!

Yang syoknya… baru UMNO-BN berkira-kira nak pasang poster yang lebih tinggi dan banyak di bulatan Jalan Stadium, tetiba budak-budak PAS sampai dan siap pasang bendera dan poster sebijik macam idea depa sejam selepas itu!! Padan muka…banyak cakap, kerja tak buat!!

TAKBIR!!

Oleh Tapai - 15.03.2004 (dipetik drp Forum M@RHAEN)
Siaran awal artikel ini terdapat di http://marhaen.com/hasanah/press/index.php?p=21#more-21

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertailah Kumpulan M@RHAEN