Nazri Tan Sri Aziz akan terkorban?

Sumber dalaman BPR ada memberi maklumat bahawa Dato' Nazri Tan Sri Aziz telah diugut dan akan dikorbankan. Beliau dikatakan telah diberi amaran dan diugut oleh Pak Lah supaya meletak jawatan atau akan menerima nasib yang sama seperti DSAI. Motifnya yang sebenar masih samar-samar dan terpulanglah kepada rakyat marhaen untuk mendedahkannya.

Mengikut siasatan BPR, Dato' Nazri mempunyai harta sejumlah RM40 juta tapi ramai yang percaya sebenarnya ianya lebih dari itu. Sebab tu agaknya dia kata: "Takkan saya nak mintak duit dari pemandu teksi sedangkan duit saya sendiri makan tak habis"....... tuan-tuan ingat tak?? Memang patut BPR siasat.... dia dah mengaku dalam Berita Hairan.... mana dia dapat duit banyak camtu??

Mengikut sumber yang dekat dengan Nazri, kapal layar miliknya berharga RM2.5 juta yang dulunya diletakkan di Langkawi sudah tidak kelihatan. Kapal layar yang moden dan lengkap dengan pelbagai kemudahan yang membolehkan pemiliknya tinggal lama di lautan itu telah dipindahkan ke Thailand sebagai salah satu langkah berjaga-jaga. Juga diketahui bahawa beliau mempunyai tanah di Langkawi dan beberapa orang proksi, sering ditemuinya di Alor Setar dan Langkawi. Salah seorang yang rapat dengannya adalah Hj. Ramli. Dikatakan Pak Aji ini mempunyai perniagaan restoran di Jalan Kuala Kedah dan Langkawi serta sangat mewah sejak rapat dengan Nazri.

Mengikut sumber BPR itu lagi, Nazri berkemungkinan akan tetap didakwa selepas melepaskan jawatan kalau dia didapati melakukan kerja-kerja sabotaj. Apakah benar Nazri akan dikorbankan?? Kenapa dan mengapa dia seorang yang menjadi sasaran dan dikatakan liabiliti untuk UMNO??? Kita tungguuuu..... sandiwara semasa..... next change coming soon!!!

Oleh Tapai - 24.12.2003 (dipetik drp Sudut Bincang-bincang Forum M@RHAEN)

MAKLUMAN: Sebagai langkah persediaan menghadapi sebarang kemungkinan, sila daftarkan emel anda ke Mailing List M@RHAEN. (klik untuk membaca penerangan berkaitan Mailing List M@RHAEN)

Blog M@RHAEN - Wadah interaksi yang penggunaannya semakin popular pada masa kini. (Baru)
Forum M@RHAEN: http://marhaen.board.dk3.com/2/



Tapak Utama: http://marhaen.internations.net
Anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN.

Click Here!
Hantar artikel ini kpd sahabat: