TAG 017:
AS Akui Pemberontakan Syiah Semakin Meningkat
(US admits Shia unrest is 'uprising') Oleh: Justin Huggler di Baghdad - 17.05.2004

Pertempuran yang berterusan di Bandar-bandar yang diduduki Shiah seluruh Iraq kelmarin telah menyebabkan tentera penceroboh AS kini mengakui yang kekacauan oleh tentera yang taat kepada Ulama Syiah Al-Sadr adalah satu pemberontakan kecil.

Terdapat pertempuran baru di dua tempat suci utama di Bandar suci Syiah Karbala, apabila kemarahan meruap merentasi dunia Syiah akan kerosakan yang dikenakan terhadap Makam Imam Ali berhampiran Najaf semasa pertempuran pada Jumaat lalu.

Di Nassiriyah, pegawai Itali terpaksa dipindahkan dari pengkalan mereka apabila ia diserang oleh tentera militia al-Mahdi pimpinan Sadr. Enam anggota tentera Itali cedera. Dua lagi pejuang Iraq terbunuh dan dua puluh yang lain cedera. Tentera Mahdi disyaki telah menembak mortar ke arah tentera British berhampiran Basra semalam tetapi tersasar. Ianya telah menghentam rumah orang awam dan menyebabkan empat rakyat Iraq terbunuh, termasuk sepasang budak perempuan kembar berusia 2 tahun. Sadr dikatakan telah menimbulkan kemarahan kepada ramai rakyat fahaman Syiah kerana enggan tunduk kepada seruan dihentikan konfrontasi dan berundur dari Kota Suci itu.

Tiga orang wanita rakyat Iraq yang bekerja untuk pihak penceroboh telah terbunuh dalam kejadian berasingan. Dua orang meninggal apabila bas mini yang mengangkut mereka telah terbakar di Baghdad. Wanita yang ketiga yang bekerja sebagai penterjemah bahasa telah terbunuh apabila lelaki bersenjata, menyerbu masuk ke rumahnya di kawasan Sunnah Mahmudiya, di Selatan Baghdad.

http://news.independent.co.uk/world/middle_east/story.jsp?story=522042

- Justin Huggler
18.05.2004 - Terjemahan N-SPAR (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertai Maillist M@RHAEN