TAG 1760:
Pakatan Sulit Iraq-Iran Bersedia Menghapuskan Zion
“Masuklah ke dalam istanaku…” kata lelabah kepada lalat
Covert Iraq-Iran Alliance Prepares to Destroy Zion
"Come into my parlor..." said the spider to the fly
Copyright Joe Vialls, 12 August 2004   - Laman M@RHAEN

Sejak tahun 1989 Iraq dan Iran secara senyap telah mengumpul lebih 300 buah misil Exocet blok-2 buatan Aerospatiale Matra dan misil C801 aras laut buatan China, yang dibeli bagi menghalang rompakan minyak mentah Timur Tengah. Dalam tahun 1982 sebuah misil Exocet telah bertanggungjawab dalam tenggelamnya sebuah kapal pembinasa British HMS Sheffield, dan kemudiannya dalam tahun 1987 sebuah lagi misil Exocet telah menyebabkan kapal Frigat USS Stark terputus dua. Kini kesemua 300 lebih misil yang ditingkat-upaya serta pelayar aras laut yang dikemas kini telah diletakkan dalam keadaan bersedia. Kemungkinan sasaran mereka ialah kapal pengangkut gergasi AS yang kini terperangkap dalam perairan cetek Teluk Parsi yang sarat dengan 70 buah pesawat udara serta lebih 5,500 tentera laut Amerika.
  
Tatkala tentera Amerika terus terperangkap dalam pangkalan yang diperkuat gaya Vietnam di Iraq, tuan politik mereka di New York sudah terlambat untuk menyedari yang Iran telah mengawasi satu-satunya jalan berundur di Teluk Parsi. ‘Pakatan Pak Sanggup’ Yahudi-Kristian dengan cepatnya bertukar kepada ‘Pakatan Jahanam’.

Ketika bulan Disember 2003, tatkala saya secara tepat telah meramal 4 bulan lebih awal betapa pemimpin Shiah Moqtada al-Sadr akan “membuka medan di Selatan terhadap penceroboh (Zionis) di Iraq”, ramalan itu bukanlah timbul dari amalan sihir mahupun pengamatan deria  luar biasa. Walaupun ketika itu adalah mustahil pada kebanyakan orang Barat betapa Islam Shiah dan Sunnah boleh berganding bahu menentang Amerika dan Negara Haram yahudi, tindakan yang dianggap mustahil itu memang tidak dapat dielakkan kerana sejak penghujung tahun 80an, apabila Iran dan Iraq membentuk pakatan sulit yang direka untuk mengusir musibat Zionis dari Timur tengah untuk selama-lamanya.

Walaupun pakatan kuat ini telah bertahun diketahui secara umum kepada agensi perisikan Arab dan Parsi Timur Tengah di peringkat atasan, ianya begitu mudah untuk menyembunyikan dari Barat yang percaya akan apa yang telah dicatur kepada mereka, yang kemudiannya menyogok pula kepercayaan palsu itu kepada awam dengan sokongan media Pak Turut. “Islam Shiah membenci Islam Sunnah” dan begitu lah seterusnya, dan ini dibuktikan oleh tindakan keras Saddam yang menumpaskan pemberontakan Shiah di Selatan Iraq selepas Perang Teluk pertama dahulu. Ianya sungguh menakjubkan dan tentu sahaja dilanyak oleh Saddam kerana kelompok Shiah itu bekerja untuk CIA Amerika bukannya untuk Baghdad atau Tehran, menjadikan kematian mereka di Iraq yang berdaulat sebagai tidak boleh dielakkan kerana penderhakaan.

Agensi Perisikan Barat sepatutnya sudah menyedari akan pakatan berbahaya ini akan tetapi kebanyakan mereka kurang keupayaan untuk menyedari hal itu. Dengan pengecualian kepada Jerman dan Perancis yang menjauhi kelompok itu, Amerika [CIA], British [M16], Palestin [Mossad], Australia [ASIS] yang bertindak sebagai kelab gergasi sejagat, di mana setiap anggota kelab itu saling mempercayai khabar angin yang dijajakan oleh anggotanya sambil menolak yang lainnya walaupun yang ditolak itulah hakikat yang sebenarnya. Jadi apabila Mossad mengatakan “Shiah membenci Sunnah”, terdapat dengungan tanda menyetujui dari CIA, M16 dan juga ASIS.   Dengan anggapan yang ianya adalah satu kecacatan berbahaya serta tidak masuk dek akal, agensi Perisik Perancis SDECE menjauhkan dirinya, mengarahkan setiap ejennya supaya tidak mengganggu pesta Zionis dengan mengkhabarkan kebenaran yang mungkin tidak dialu-alukan mereka.
 
Orang yang matang di Barat akan dapat memahami pakatan Shiah-Sunnah itu dengan baik, berdasarkan kepada sejarah mereka (kebanyakannya Kristian) sendiri. Walaupun untuk berabad-abad lamanya Roman Katholik dan Protestan bergasak saling membunuh ribuan kalangan mereka sendiri, kebelakangan ini kedua kumpulan bercanggah dari agama yang sama itu telah saling membahu bertempur dalam konflik seperti PD2, bagi mengalahkan apa yang kedua fraksi itu percaya sebagai musuh ‘jahat’. Percayalah yang orang Islam Shiah dan juga Sunnah turut bertindak dalam cara yang sama, dan mereka akan terus melawan sehingga ke titisan darah terakhir bagi mengusir keluar penceroboh Yahudi dan Kristian dari negara mereka yang berdaulat. Realiti pakatan sebegitu lah yang sepatutnya kita perhatikan perkembangan terkini di Iraq dan Iran, kerana itu sahajalah caranya untuk kita mentafsir apa yang sebenarnya sedang berlaku. Walaupun anggota Garda Republikan Sunnah Baath menyerang Amerika dan jongosnya di Utara Iraq kelihatan seperti terpisah dari serangan tentera Shiah Mahdi ke atas Amerika dan jongosnya di Selatan, sebenarnya kedua-dua serangan itu adalah diatur sepenuhnya oleh dua briged berasingan dalam satu pakatan tentera yang sama, yang dilengkapi dengan struktur tentera perisikan Kawalan Arahan dan Perhubungan yang canggih ‘Command Control Communications intelligence’ [C3I].

Bukti pertama yang menyerlahkan pakatan Iraq-Iran telah menjadi pengetahuan awam 13 tahun lalu, akan tetapi ianya telah gagal disedari oleh pemerhati di Barat, kerana ekoran asap perabun kejayaan peperangan, sebahagiannya oleh keangkuhan “Norman si Penyerbu’ dan pengagumnya yang terdiri dari Pegawai tentera Amerika yang masih mentah. Apabila Presiden Saddam Hussein mengarahkan kesemua jet pejuangnya yang masih berkhidmat serta helikopter yang dilengkapi misil Exocet dipindahkan ke Iran, Jeneral Norman telah mengecam ianya sebagai langkah pengecut Saddam, sambil menuduh betapa Tentera Udara Iraq pengecut  ‘lari meninggalkan medan perang’. Hakikatnya, Norman baru sahaja melihat tindakan pertama akan perancangan besar Pakatan itu untuk mengusir kesemua Zionis dari Timur Tengah untuk selama-lamanya, cumanya ia agak bodoh untuk menyedarinya.

Sekarang cuba fikir dengan cermat. Pada ketika itu di tahun 1991, kedua belah pihak jelas mengetahui yang Amerika amat kekurangan sokongan logistik untuk menyerang seluruh Iraq, lantas tindakan mudah oleh Iraq ialah dengan menyebarkan kedudukan jet pejuangnya kepada lebih 50 landasan terbang satelit [mudah dengan Mirage dan MiG] dan menanti di situ. Sekiranya ini dianggap tidak mencukupi, lalu sebahagian dari kekuatan Tentera Udara Iraq tentu boleh disebarkan sementara waktu ke Jordan negara jirannya, kerana Raja Hussein memang menyebelahi Iraq. Tetapi tidak, Presiden Hussein secara tiba-tiba telah mengarahkan kesemua kekuatan Tentera Udara Iraq dihantar ke Iran Shiah, pihak musuh yang telah ia perangi selama lapan tahun atas arahan serta mentaati Wall Street (baca Amerika).

Wayang opera China yang dimainkan Norman telah menyebabkan tiada perhatian diberi ke atas anggota udara Iraq yang tiba di Iran dan dialu-alukan secara sulit sebagai hero, sebelum diterbangkan semula ke sempadan Iraq berhampiran Baghdad dalam Helikopter VIP. Tindakan itu telah memberitahu secara terus betapa mereka memang tidak berniat untuk menggunakan pesawat yang dilengkapi misil Exocet yang canggih itu semasa Perang teluk pertama, tetapi tiada siapa pun yang perasan dalam tahun 1991. CNN begitu ghairah memerah keuntungan dari peningkatan hasil dari populariti Norman secepat yang terdaya sehinggakan  tidak ada masa untuk menganalisis kejadian kemudian hari seperti kemusnahan sepenuhnya Zion. Hidup begitu menarik untuk pelabur CNN dan mereka merayakannya sepanjang malam sementara mekanik penerbangan Iran dengan cermat menolak pesawat berharga Mirage dan misil Exocet ke dalam hangar khas yang berhawa dingin.

Dalam tahun-tahun berikutnya Iraq dan Iran secara terbuka bertukar serangan lidah sambil memerhati dengan teliti akan Zionis yang berada di ufuk yang jauh itu, yang mereka tahu pasti akan kembali satu hari nanti kerana Wall Street sentiasa akan menceroboh semula apabila ada simpanan minyak strategik yang boleh dirompak. Dan sementara Iraq dan Iran meneruskan perselisihan palsu, China telah membantu mereka di belakang tabir dengan memasang beberapa buah pesawat F4 Phantom usang milik  Iran dan pesawat MiG 29 Iraq dengan versi tempatan Exocet Perancis yang terkini yang dikenali sebagai “C801” dan “C802”. Pesawat Iran F4 telah berjaya melakukan ujian menembak C 801 semasa latihan medan “Menuju Baitulmuqaddis” dalam tahun 1997, satu nama (mengelirukan) Freudian bagi latihan misil anti-kapal, melainkan sekiranya anda mempunyai kemudahan kepada perancangan hadapan Pakatan itu.

Kemudiannya, apabila Wall Street berjaya mengumpul keberanian (dan beberapa sekutu yang dipanggil Great Britain dan Australia), Iran merendahkan diri, dan dengan sopan mengomel yang mereka tidak akan menghalang pencerobohan haram ke atas Iraq oleh “Pakatan Pak Sanggup”. Tentu sahaja, Wall Street terlupa pula untuk menyoal Iran apakah negara itu akan membenarkan mereka berundur kemudiannya.

Sebelum sempat tentera pertama Amerika menyeberangi garis mula di Kuwait, Russia secara sulit telah menyediakan lebih seribu buah misil anti-kereta kebal Kornet kepada Garda Republikan, dan dalam masa yang sama telah menempatkan pesawat termaju Sukhoi 27 yang dilengkapi misil supersonik berkepala nuklear “Sunburn” di Iran dan Syria. Sistem senjata-senjata Kornet, Exocet serta C 801/802 adalah bebas guna yakni Iran dan Iraq boleh menggunakan mereka apabila dirasakan perlu akan tetapi Russia mengawal ketat ke atas kawalan Sunburn.

Russia adalah pengadil tidak rasmi serta berat sebelah dalam konflik ini kerana ia masih mempunyai pakatan pertahanan mutual dengan Iran. Walaupun, hanya sebutir sahaja Sunburn sudah cukup untuk mengubah Tel Aviv kepada haba dan cahaya dalam masa 80 saat, Vladimir Putin memegang hak untuk menentukan sama ada langkah besar itu akan diambil kerana letupan termonuklear sebesar 400 kilotan adalah terlalu nyata dan jelas, yang mungkin akan mencetuskan komplikasi luar jangka pada tahap antarabangsa. Seboleh mungkin, Iraq dan Iran diperlukan untuk mengusir atau menghapuskan penceroboh Zionis tanpa perlu menggunakan senjata nuklear yang kritikal itu.

Seperti mana yang kita tahu, misil Kornet buatan Russia itu telah digunakan dengan amat berkesan semasa fasa awalan pencerobohan, menghentam sejumlah besar kereta kebal Abrams yang ‘perkasa’ itu,  walaupun gergasi itu tidak mungkin menjadi ancaman serius dalam peperangan padang pasir mahupun Bandar (fibua). Akhirnya kereta kebal itu tersangkut dengan pelbagai masalah, dan kini kesemua tentera Amerika di Iraq menghabiskan 95% masa mereka dengan berlindung dalam pangkalan besar bak gambaran Vietnam, kerana apabila mereka merayau-rayau di luar tembok tinggi, seseorang tentu akan menembak mereka.

Entah bagaimana Rumsfeld si jongos Zionis [tidak pernah menjadi Jeneral] terlupa betapa tidak akan ada orang yang waras cuba menewaskan penceroboh yang bersenjata lengkap yang kenyang dan segar, kerana mereka memang berbahaya dan sukar ditangani. Lebih baik membiarkan sahaja penceroboh bergelumang kotor dan busuk untuk beberapa bulan, secara sengaja mengehadkan [meletupkan] konvoi bekalan makanan, bahan api terutamanya air, kemudiannya mula menghentam mereka apabila moral terlondeh sehingga ke buku lali serta meraung untuk pulang ke celah ketiak ibu. Menghapuskan tentera yang tersepuk moralnya lebih mudah serta memerlukan sedikit peluru sahaja. 

  
Perisikan awal mencadangkan strategi Pakatan adalah untuk menyimpan dahulu misil permukaan laut sehingga Amerika ditewaskan secara menyeluruh di darat Iraq, kemudiannya menenggelamkan sebuah dua kapal Frigat Armada Amerika yang cuba keluar dari Teluk Parsi yang merupakan satu-satunya jalan pulang ke Amerika. Teluk Parsi juga adalah galeri penembakan yang terbesar dan terbaik dalam dunia. Kekalahan Amerika akan menjadi lebih terserlah dan tewas sepenuhnya seperti mana di Vietnam, rakyat Amerika tidak akan membenarkan anak lelaki dan perempuan yang menjadi tentera kembali ke sana untuk sekurang-kurangnya satu abad.

Strategi lembut secara relatifnya menjadi usang sebaik sahaja Jongos Zionis baru-baru ini mengambil keputusan untuk ‘membunuh’ Moqtada al-Sadr di Najaf, seorang lelaki yang dianggap mereka orang muda yang berbahaya yang boleh dikeluarkan dari pertempuran dengan risiko minimum berbanding masa hadapan keseluruhan Iraq. Memang mereka tersalah langkah, kerana hakikatnya Moqtada al-Sadr ialah pemimpin pilihan Pakatan bagi Iraq Selatan. Sebagaimana yang bakal kita lihat, sekiranya Moqtada al-Sadr dibunuh atau dicederakan, kita akan terjebak ke dalam permainan baru yang lebih ganas lagi.

Fahami lah dengan jelas di sini bahawa pentadbiran Amerika dan rejim boneka mereka di Baghdad sentiasa sahaja menyedari akan ‘risiko tertentu’ kepada anggota tentera Amerika dari Exocet yang ditingkat-upaya itu. Hatta sekecil mana ‘kemungkinan’ serangan Exocet ke atas armada Laut AS telah menyebabkan Setiausaha Rumsfeld menuntut yang kapal pengangkut pesawat di Teluk Parsi hendaklah yang berkuasa konvensional bukannya nuklear.

Setiausaha Pertahanan tidak bimbang langsung akan prospek kematian 5,500 tentera Lautnya, akan tetapi Tuannya di New York tentu sahaja akan menjahit ke dalam mulut asam kedutnya jika kejadian nuklear ‘yang boleh dielakkan’ mencemari apa yang Wall Street anggap sebagai simpanan minyak mentah milik peribadinya di Teluk Parsi. Lantas Kapal pengangkut armada di Teluk sekarang ialah CV67 “John F Kennedy”, kapal gergasi berkuasa konvensional seberat 80,950 tan yang memerlukan kawasan laut sejauh 30 batu nautika untuk melakukan kaedah menyelamat diri secara bermakna.

Sensitiviti New York terhadap tajuk misil permukaan laut menjadi jelas seketika dua minggu lalu pada Julai 31, apabila agensi berita Rasmi China Xinhua melaporkan dari Baghdad, “Menteri Pertahanan Iraq Hazim Al Shaalan telah mengumumkan yang negaranya berazam untuk memulakan perundingan dengan Kerajaan Iran bagi mendapatkan semula pesawat-pesawat yang diseludupkan ke Iran oleh bekas rejim yang lalu”… “Rejim Iraq yang lalu telah menghantar sejumlah pesawat tentera ke Iran semasa Perang teluk yang pertama dalam tahun 1991 bagi mengelak bahaya serangan udara pasukan penceroboh, akan tetapi Iran enggan menyerahkan kesemua pesawat itu selepas berakhirnya operasi tentera.”  Menteri Pertahanan Iraq berkata yang kesemua pesawat itu adalah hak milik rakyat Iraq dan wajar dipulangkan kepada tuan asalnya. “isu ini akan dibincangkan melalui jawatankuasa sementara yang akan dibentuk kedua belah pihak” kata Menteri pertahanan Boneka Iraq itu dengan penuh harapan.
 

Seseorang di Manhattan bagaimana pun begitu gementar akan pendedahan awam tentang pesawat Iraq yang hilang itu, dan dengan serta-merta menarik media Barat supaya mengikuti arahan. Tidak ada satu pun media Barat yang dibenarkan menyiar butiran tentang kenyataan Menteri Pertahanan boneka Iraq, kerana bimbang rakyat awam AS akan mengetahui lebih banyak dari yang dibenarkan tentang peningkatan risiko dramatik kepada saudara tersayang mereka yang berada di Teluk Parsi. Dalam kurang 90 minit, kesemua rujukan akan penerbitan berita oleh Xinhua dan link nya kepada laman web Xinhua telah dikeluarkan dengan pantas dari enjin carian “Recent News” Google Amerika, yang menjadi satu rekod dunia Internet.
 

CV 67 John F. Kennedy: sasaran mudah seberat 80,950 tan lengkap dengan anggota seramai 5,500 orang

Memang banyak alasan kenapa Wall Street perlu gementar. Apabila jumlah besar misil Exocet Iran dan C 801/802 menjadi begitu ketara, Jongos Zionis yang terhenyak itu akhirnya mula menyedari dan nampak akan perangkap besar yang sudah pun terbentuk. Setiap detik sepanjang hari, pesawat AWACS Iran merakam dengan tepat gerakan dan juga kedudukan terbaru setiap kapal Amerika dalam Teluk Parsi. Kemudiannya, data tepat itu disalurkan kepada pangkalan pesawat pejuang yang terletak dari Utara hingga ke Selatan bahagian Barat Iran, di mana operasi setempat merancang kedudukan sasaran baru ke dalam sistem panduan misil aras laut.

Cuba jangan tertipu oleh “sistem canggih pertahanan Amerika’, kerana sistem sedemikian tidak pun wujud malah keupayaan untuk menangani serangan massa oleh misil pelayar permukaan laut Exocet dan C801/802 adalah kecil sekali. Teluk Parsi hanyalah 100 batu lebarnya secara purata dan setiap misil bergerak sedikit di bawah kelajuan bunyi pada ketinggian enam kaki. Iran memiliki banyak tanah tinggi, manakala AWACS Amerika tidak mampu mengesan pesawat Mirage dan MiG sehinggalah selepas mereka keluar dari lembah pergunungan yang dalam serta berada di kawasan Teluk pada aras laut, bergerak pada kelajuan 0.96 Mach. Kesemua pesawat itu sudah pun bersedia mengasak sasaran tentera Amerika seperti yang sudah pun diatur selia oleh pesawat AWACS Iran.

Anda buatlah pengiraan. Oleh kerana Teluk Parsi secara relatifnya cetek di Bahagian Barat, kapal besar selalunya terhad ke bahagian air dalam di bahagian tengah, bermaknanya yang kapal John F Kennedy tidak melebihi 50 batu jauhnya dari persisiran pantai Iran dan semestinya lebih hampir apabila melalui Selat Hormuz. Biarlah kita mengambil jaraknya sebagai 50 batu, kerana ia tidak memberi apa-apa perbezaan kepada misil permukaan laut itu. Marilah kita mengambil kelajuan pesawat penyerang itu dan Exocet adalah sama yakni 700 batu sejam. Dari titik awal ketika pesawat penyerang itu dikesan meninggalkan lembah Iran, masa penerbangan maksimum bagi pesawat itu atau misil kepada Kapal John F Kennedy hanyalah 4.28 minit.

Masih ada masa bagi pesawat penyerang Amerika untuk memintas pesawat penyerang Iran, anda rasa? Tak mungkin langsung. Kerana kedua-dua Exocet Blok 2 dan C801 memiliki lebihan jarak sejauh 50 batu, kesemua pesawat penyerang itu akan melancarkan misil mereka dalam masa satu minit selepas terdedah, kemudiannya akan berpusing semula untuk pulang ke pangkalan pada kelajuan 0.96 Mach sementara masih berada dalam ruang udara Iran. Misil Exocet serta C801 yang dilancarkan, mungkin jumlahnya antara tiga puluh hingga lima puluh dalam arus serangan pertama akan meneruskan jejak pada tahap kelajuan yang sama, hanya 6 kaki atas permukaan laut, tidak dapat dikesan sepenuhnya oleh radar pesawat AWACS mahupun radar armada AS.

Ketepatan serta keampuhan misil permukaan laut yang kecil ini tidak patut diperkecilkan. Pada hari Selasa 4 Mei 1982, dua buah pesawat penyerang Argentina melancarkan sepasang Exocet terhadap armada tentera Laut British dari jarak 30 batu, dengan sebuah darinya mengunci ke atas kapal Pembinasa HMS Sheffield. Bergerak di bawah kelajuan bunyi pada ketinggian enam dan lapan kaki, misil Exocet menghentam Sheffield pada bahagian tengah kapal itu di atas garisan permukaan laut, kepala peluru bertenaga tinggi itu menembusi jauh ke dalam bilik kawalan api elektronik. Kapal HMS Sheffield terbakar dan tenggelam bersama 21 anak kapal.

Lima tahun kemudian pada 17 Mei 1987, sebuah pesawat Mirage Iraq mengunci sasaran ke atas USS Stark di Teluk Parsi. Walaupun pada ketika ini kapal Frigat itu telah dilengkapi dengan ‘pertahanan anti-Exocet yang canggih’, radar kapal itu gagal sepenuhnya untuk mengesan Exocet yang meluru ke arahnya, yang telah menghentam struktur kawalan (bridge), menyebabkan kerosakan besar serta kematian 37 tentera Laut Amerika. Menuruti prosedur awam Pentagon, peneraju kapal USS Stark, Kapten Glenn Brindel telah dilucutkan dari tugas, dikambing-hitamkan serta dipaksa bersara.


Cuba ingat betapa dalam setiap kes itu, sebuah misil Exocet telah menghentam kawasan tengah kapal (hentakan terus), dan telah menyebabkan kerosakan yang dahsyat berbanding sais dan kos misil itu sendiri. Exocet memang lah senjata yang benar-benar mengerikan dan tidak ada sistem pertahanan yang berkesan terhadapnya, dan sekurang-kurangnya 50% jumlah itu akan menghentam sasarannya sekiranya serangan dilancarkan ke atas kumpulan Kapal Pengangkut Amerika di Teluk Parsi. Walaupun sejumlah darinya akan secara tidak sengaja menghentam kapal pembinasa dan kapal Frigat yang menabiri sasaran utama, anggaran konservatif menunjukkan minimum sepuluh buah  Exocet akan mengena kapal pengangkut. Untuk menjumpai anggota yang terselamat di bawah keadaan ini memang teramat sukar sekali.

Sama ada berlaku atau tidak serangan pramatang terhadap kumpulan kapal pengangkut itu kelihatannya bergantung secara terus kepada nasib Moqtada al-Sadr di Najaf. Pihak Zionis telah berulang kali diberi amaran supaya jangan mengganggu beliau melalui saluran belakang diplomatik, akan tetapi pada ketika ini tidak jelas apakah amaran itu telah diterima dan difahami dengan jelas.

Moqtada al-Sadr ialah anggota penting pakatan Iraq-Iran, bermaknanya serangan terus ke atas beliau adalah juga merupakan serangan terus terhadap Iraq dan Iran. Sekiranya Amerika berjaya membunuh atau mencederakan Moqtada al-Sadr, keseimbangan kuasa di Selatan Iraq akan terjejas sehingga perancangan Pakatan mungkin akan dipacu deras. Dalam pandangan bersahaja analis ini, peluang serangan ke atas kapal pengangkut itu meningkat 10 kali ganda untuk menangani ketidakseimbangan itu.

Mereka yang berselera untuk kemungkinan menghukum Iran perlu menutup mulut mereka kerana peluangnya memang tiada. Setiap jet penyerang yang mengaum keluar dari Lembah Iran membawa insignia Tentera Udara Iraq yang sedang bersengketa dengan Amerika sejak pencerobohan haram wilayah berdaulat itu. Ianya adalah langkah pertahanan yang terbaik mereka, dan seluruhnya dibenarkan di bawah peraturan pengadil. Sekiranya Zionis tidak mengendahkan pengadil dan menyerang Iran, adalah beralasan untuk kita menjangka misil nuklear Sunburn berkelajuan Supersonik Mach 2.0 akan dilancarkan ke arah Tel Aviv dan Haifa. Buku pun bertemu ruasnya.

Artikel asal: http://joevialls.altermedia.info/iraq/carrierstrike.html

Semua grafik dan animasi flash adalah merupakan Hakcipta & Hakmilik Joe Vialls.

25.10.2004 - Terjemahan N-SPAR (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)


Hantar artikel ini kpd sahabat: