TAG 1705:
Cara Mengalahkan Pencabar – Batalkan Mereka
(How to beat the competition – disqualify them) Oleh Raja Petra Kamarudin - 21.08.2004
Ada satu bidalan Inggeris yang berbunyi: ‘If you cannot beat them, join them’ (kalau tak boleh kalahkan mereka, sertailah mereka). Tetapi ini bukannya England dan kita pun ada pepatah sendiri di negara ini yang menyebut ‘Malaysia Boleh’. Maksud ‘Boleh’ yang sebenarnya merupakan satu teka-teki kepada setiap warga negara ini.
Saya fikir, sebagai permulaan, bolehlah kita katakan salah satu kegemaran di Malaysia ialah menukar bidalan Inggeris untuk menyesuaikan dengan keadaan kita. Ada satu bidalan Inggeris yang sudah ditukar oleh bekas Perdana Menteri, Tun Kepala Taik Mahathir menjadi: ‘Kalau anda tidak mampu mengalahkan mereka, dakwa mereka dengan tuduhan sodomi dan penjarakan selama 15 tahun?
Abdullah Ahmad Badawi (Paklah) tidaklah sekejam TKT Mahathir. Dia tidak mudah menyumbat musuhnya ke dalam penjara selama 15 tahun atas dakwaan yang sengaja diada-adakan. Namun, dia tidak pula mahu membebaskan mereka. Dengan mudah beliau akan menolak isu itu sebagai perkara remeh yang tidak ada kena-mengena dengannya. Kerana yang menyumbat si mangsa itu ialah bekas Perdana Menteri yang digantinya.
Memang bijak! Cuci tangan dan salahkan orang yang digantinya. Hakikatnya kesilapan yang tidak diperbetulkan akan terlepas begitu sahaja tanpa orang lain menyedarinya.
Nampaknya Paklah mempunyai cara tersendiri menyelesaikan sesuatu masalah dan dia melakukannya seolah-olah mengikuti lunas undang-undang dan berbeza dengan tindakan TKT Mahathir dulu.
Persidangan UMNO dijadualkan sebulan daripada sekarang. Walaupun UMNO merupakan sebuah parti politik, kegiatan berpolitik tidak pula dibenarkan. Bagaimana caranya benda itu boleh tersembul, masih belum jelas lagi tetapi itulah semangat Malaysia Boleh!
Bayangkanlah sebuah parti politik yang tidak membenarkan kegiatan berpolitik. Bayangkan pula sebuah persatuan debat yang tidak membenarkan perdebatan, ataupun satu kelab ‘luncheon’ yang tidak membenarkan majlis makan-makan, ataupun satu kelab fotografi yang tidak membenarkan kamera dan rakaman peristiwa, dan seterusnya. Tentu gila bukan?
Pemimpin parti telah diberi amaran kerana menghadiri majlis makan-makan. Seandainya ada seorang penyokong parti yang mati, tidak ada seorang pemimpin UMNO yang boleh menghadiri majlis pengebumiannya kerana kehadiran itu mungkin disalah tafsir sebagai satu usaha berkempen. Mayat si mati terpaksa disimpan dahulu dalam peti beku sehingga selesai 23 September 2004. Selepas itu barulah boleh sesiapa pun menghadiri pengebumian.
Pada 24 Ogos, 2004, Mohd Radzi Sheikh Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Setiausaha Agung UMNO berkata betapa UMNO sedang bersedia mendedahkan nama jerung-jerung UMNO yang terlibat dengan politik wang. Perkataan politik wang adalah istilah yang baik untuk menggantikan istilah “membeli undi”.
“Awas! Kita pasang mata di merata tempat. Jangan terkejut. Tunggu dulu.” Demikian Radzi memberikan amarannya.
Radzi telah memperaku wujudnya beberapa kes sogokan semasa persidangan bahagian dan cawangan UMNO pada bulan Jun tahun ini. Semua itu telah diserahkan kepada Lembaga Disiplin Umno untuk tindakan selanjutnya. Akan tetapi, Radzi tidak mahu mendedahkan identiti tokoh yang terbabit.
Soalnya sekarang apakah ini satu usaha tulen untuk membersihkan UMNO dan menyingkir unsur-unsur korupsi ataupun apakah ini hanya merupakan satu cara mengalahkan pihak yang mencabar? Mungkin Paklah cuba menukar istilah ‘kalau tak boleh kalahkan mereka, sertai mereka’ menjadi ‘kalau tak boleh kalahkan mereka batalkan penyertaan mereka’?
Mari kita lihat siapakah di kalangan pemimpin UMNO yang boleh dituduh mengamalkan rasuah ataupun politik wang dan mungkin ditolak daripada bertanding jawatan dalam parti.
Sebelum itu kita mesti sedar betapa panglima perang Kelantan, Mustapa Mohamed sedang berdepan dengan tiga orang pencabar untuk jawatan Naib Presiden UMNO. Mereka bertiga ialah Muhammad Mohd Taib, Ketua Menteri Melaka Ali Rastam dan Menteri Wilayah Persekutuan, Isa Samad. Mereka bertiga ini memang boleh menang mudah menguis keluar Mustapa. Bukan sahaja mereka merupakan tokoh berprofil tinggi dan lebih terkenal, tetapi mereka memang sedia menabur duit di merata tempat.
Ini bererti mereka terpaksa dibatalkan. Dakwaan yang paling keras untuk membatalkan pencalonan mereka ialah tuduhan korupsi. Khabarnya BPR (Badan Pencegah Rasuah) sudah pun memulakan siasatan dan mencari maklumat yang diperlukan.
Kemudian muncul nama Aztaman Aziz seorang jutawan daripada Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur yang bertanding kerusi Majlis Tertinggi UMNO. UMNO sudah pun mengumpulkan maklumat yang dia menabur sebanyak RM300 bagi setiap undi dan setakat ini memang ramai yang beratur di halaman rumahnya dengan tapak tangan yang terbuka. Kalau ada satu sebab kenapa si penerima sanggup membuka tembelang Astaman ialah kerana tidak puas dengan pembayaran RM300 sahaja. Mereka mengharapkan sekurang-kurangnya RM1,000 kerana Astaman ialah seorang jutawan.
Lajim Ukin daripada Sabah yang merupakan Ketua Bahagian UMNO Beaufort, telah membayar RM200 bagi setiap undi. Setelah menyedari terdapat tujuh orang calon daripada Sabah, untuk meragau kerusi Majlis Tertinggi, beliau tidak mahu melepaskan peluang, kerana dia sedar bukan semua yang akan menang. Paling tinggi dan terbaik hanya dua ataupun tiga orang daripada Sabah yang akan menang dan dua orang calon yang hangat dan berkemungkinan menang adalah Ketua Menteri Sabah merangkap Ketua Perhubungan UMNO, Musa Haji Aman dan Timbalan Ketua Perhubungan UMNO yang juga pernah menjadi Ketua Menteri Sabah, Haji Salleh Said Keruak. Ini bererti hanya satu sahaja kerusi yang kosong dan kerana itu Lajim sanggup berbelanja mendapatkannya.
Ahmad Zahid Hamidi adalah seorang jutawan yang membeli undi untuk menganggotai Majlis Tertinggi UMNO. Setakat ini beliau merupakan tukang sogok yang paling tinggi harganya, dengan kadar RM500 bagi setiap undi. Khabarnya beliau bersedia mengeluarkan RM1,000 sekiranya perlu dan inilah yang telah memberikan nama jolokan ‘peti besi’ – dia ada menyimpan peti besi itu di rumah yang berisi wang tunai untuk menyogok setiap perwakilan yang datang menziarahinya.
Hilmi Yahaya seorang calon daripada Pulau Pinang dikatakan bersifat ‘tangkai jering’ kerana terlalu lokek. Beliau sanggup membayar hanya RM200 bagi setiap undi, dan para perwakilan menganggapnya terlalu sedikit kerana harga pasaran ialah antara RM300 hingga RM500 bagi setiap undi. Sekiranya BPR tidak berjaya menangkap mereka, Lembaga Disiplin tidak akan melepaskannya. Apa pun mereka akan dikenakan tindakan untuk memberikan ruang yang luas kepada Mustapa.
Masih ada satu bulan sebelum pemilihan parti. Seperti yang disebut oleh Radzi, akan berlaku kejutan terhadap mereka yang terlibat dengan politik wang. Kita boleh menunggu dan lihat bagaimana panglima perang bertaraf jutawan jatuh tersungkur seorang demi seorang. Sekali gus ini akan memberi ruang yang luas kepada orang-orang pilihan Paklah menang tanpa perlu bersusah-payah.
Raja Petra Kamaruddin
(http://www.Malaysia-today.net/)
22.08.2004 - Terjemahan MT-SPAR (suntingan M@RHAEN)
![]()