TAG 1699:
Kerajaan Dalam Kerajaan:
Siapa Gerangan Yang Akan Menggantikan Tempat Paklah?
(A government within a government: And who takes over if Pak Lah does not make it) Oleh Raja Petra Kamarudin - 16.08.2004
Orang dulu-dulu pernah berkata: Adalah lebih baik mendalangi kuasa di sebalik takhta daripada berkuasa merajai takhta.
Akan tetapi apakah ada bidalan yang berkaitan dengan orang yang mahu mendalangi kuasa di sebalik takhta dan juga yang menduduki takhta? Siapa gerangan golongan yang mahu berada di sebalik takhta itu dan turut duduk di atasnya?
Memang ramai, tetapi yang menonjol di kalangan mereka adalah tiga orang: Khairy Jamaluddin, menantu Perdana Menteri, Kamaluddin Abdullah anak lelaki Perdana Menteri, dan Khalimullah Hassan, aka ‘Joseph Goebble Malaysia’, si musibat yang mengambil alih kerja busuk Zainudin Maidin sebagai ketua propaganda baru Malaysia.
Untuk melencong sedikit, kita akan dapati betapa Zainudin Maidin, yang lebih dikenali sebagai Zam telah memutarbelit sehinggakan golongan ‘Keystone Cops’ telah menyerupai Sherlock Holmes, detektif legenda di Baker Street. Setiap kali Zam melancarkan kerja-kerja pembunuhan watak kerap kali akhirnya dia menjerat lehernya sendiri. Tetapi Kamaluddin bukanya orang baru dalam mainan ini. Dalam jangka masa yang pendek dia menjadi ketua pasukan perang saraf kepada Perdana Menteri Malaysia, beliau telah berjaya mencekik industri surat khabar sehinggakan para editor merasa kehilangan kebebasan mereka. Malahan akhbar bebas seperti The Star terpaksa menyediakan bahan berita yang mahu mereka terbitkan di atas mejanya dulu. Selalunya beliau akan menentukan cara dan hala tuju apa yang boleh disiarkan sebagai kata pojok mereka.
Apa pun, Kumpulan Tiga ‘K‘ ini adalah laksana pasukan Three Musketeers (dalam cerita legenda Peranchis - penterjemah) yang membantu Paklah mentadbir negara. Sebagai contoh, Khairy telah berunding dengan parti PAS agar menarik balik semua petisyen pilihan raya bersama-sama UMNO, dan Barisan Nasional yang telah sama mengemukakan petisyennya.
Memang tidak salah berbuat begitu. Masalahnya ialah kedua-dua parti dan juga pucuk kepimpinannya tidak pun tahu-menahu akan perundingan itu sehingga membacanya di akhbar beberapa hari kemudiannya.
Demikianlah kuasa yang ada di kalangan orang dalam ini. Tetapi ini merupakan satu urusan dalaman parti sedangkan anggota akar umbi dan pucuk kepimpinannya tidak pun diberitahu. Kalau anda merupakan seorang pengundi tentu anda turut merasa tertipu juga. Apabila ia melibatkan negara ini dan segala khazanahnya tentu sekali berbeza keadaannya. Semua rakyat Malaysia yang dewasa adalah pembayar cukai. Sebagai contoh, anda membayar cukai sebanyak 75% bagi setiap rokok yang anda beli ataupun bagi setiap gelen petrol yang anda beli.)
Urusan yang mutakhir yang pernah diuruskan oleh tiga ‘K’ ini ialah penjualan 5% saham Telekom Malaysia kepada Temasik Holdings - sebuah konglomerat yang dimiliki oleh kerajaan Singapura.
Tentu ada orang merungut bahawa ini merupakan urusan niaga sahaja dan tidak ada salahnya. Terutama sekali kalau ia mendatangkan keuntungan kepada Malaysia. Tetapi apakah ini benar-benar urusan jualan ataupun sengaja kita mahu menjualnya? Kalaulah urusan ini betul-betuk sah kenapa pula lembaga pengarah Telekom dan Kementerian Kewangan seta menterinya dan juga Khazanah, sebagai pemilik saham Telekom tidak tahu-menahu? Sehingga hari ini pun mereka masih keliru dan menganggapnya sebagai di peringkat desas-desus sahaja.
Kenapa pula kita menjualnya? Pertama, satu ketika dulu Khalimullah tidak diberikan status ‘bersih’ oleh pasukan risik Malaysia kerana beliau ketika itu dianggap sebagai pengintip bagi satu kerajaan asing, khususnya Singapura. Tetapi ini adalah cakap-cakap sahaja, kerana sekarang ini dia telah pun dibersihkan oleh kerajaan Paklah bererti Perdana Menteri sudah pun membersihkan namanya.
Ini bukannya tajuk utama yang merunsingkan kita. Yang lebih menjadi perhatian kita ialah kenapa Malaysia menjual apa yang dianggapnya barang strategik dan sensitif kepada satu kerajaan asing? Malahan Perdana Menteri basi TKT Mahathir turut enggan menjualnya?
Semasa Tajudin Ramli sesak kewangan pada 2000 dulu, TKT Mahathir telah memberi arahan agar Kementerian Kewangan menggerakkan MoF Inc., agar membeli saham MAS yang dipegang oleh Naluri Bhd. TKT Mahathir berpendapat bahawa tindakan itu bukannya untuk menyelamatkan Tajudin, tetapi untuk menyekat saham MAS daripada jatuh ke tangan orang luar. Kerajaan telah membayar RM1.79 bilion untuk mendapatkan 29.09% saham MAS yang memang amat ditagih oleh syarikat penerbangan asing.
Apakah tindakan ini mendatangkan kebaikan kepada pembayar cukai Malaysia? Kalau untuk menjaga maruah bangsa dan melindungi industri sensitif dan strategik tentu ada baiknya. Tetapi sebagai satu urusan korporat memanglah tidak baik! MAS telah hilang (kerugian) secara keseluruhannya sebanyak RM2.5 bilion selama dua tahun selepas Menteri Kewangan (Diperbadankan) - MoF Inc., membeli saham milik Naluri itu. Bagaimana pula cara mewajarkan kerja membayar hampir RM2 bilion untuk 29.09% saham sebuah syarikat penerbangan yang kemudiannya kehilangan RM2.5 bilion apabila anda memilikinya?
Dua tahun sebelum itu, kerajaan telah membayar sekitar RM1 bilion untuk mendapatkan saham MISC (Malaysian International Shipping Corporation daripada anak lelaki Mahathir. Sekali lagi timbul rintihan betapa tindakan ini adalah bagi kepentingan negara dan melindungi industri strategik dan sensitif.
Sebenarnya TKT Mahathir tidak berapa selesa apabila anaknya menerima hanya RM1 bilion. Dia telah meminta RM2 bilion tetapi Menteri Kewangan ketika itu, Anwar Ibrahim berpendapat harga itu terlalu tinggi dan tidak bersetuju. Setelah berlaku banyak tekanan daripada Mahathir, Anwar akhirnya mengalah dan mahu saham-saham itu dinilai dulu oleh syarikat akauntan antarabangsa. Syarikat itu telah membuat taksiran bahawa nilai semasa saham tersebut ialah setengah pada jumlah RM2 bilion yang diminta oleh anak lelaki Mahathir.
Mahathir tidak pun memeram geramnya apabila anak beliau menerima RM1 bilion dan bukannya RM2 bilion. Dia pernah merungut di depan kaca TV mengenai ‘kerugian’ yang kononnya ditanggung anaknya Dia melalak bahawa anaknya sedang menanggung kerugian dan bagaimana pula orang boleh mengatakan anaknya itu telah diselamatkan? Anaknya mahukan RM2 bilion tetapi Anwar hanya bersetuju dengan satu bilion.
TKT Mahathir memang tertekan ketika itu dan menyalahkan Anwar menyebabkan anaknya ‘kerugian’ 1 bilion ringgit. Kerana itu si tua hangkoi tidak memaafkan Anwar dan ramai yang berkata inilah puncanya beliau menamatkan kerjaya Anwar.
Sama ada Mahathir ikhlas membayar RM2 bilion untuk saham MISC dan RM1.79 bilion untuk saham MAS ataupun semua itu merupakan urusan menyelamatkan keadaan (bailout) bukan lagi menjadi isu. Yang penting disebutkan di sini ialah Malaysia tidak merelakan saham-saham syarikat komunikasi, penerbangan, air, elektrik, gas dan sebagainya yang dianggap sebagai industri strategik jatuh ke tangan pihak asing. Apakah dasar Mahathir ini tidak lagi menjadi amalan Paklah? Ataupun Paklah seperti juga Menteri Kewangan, Khazanah, lembaga Telekom, dan sebagainya, tidak tahu menahu apa yang dibuat oleh orang dalamnya?
(Catatan Penterjemah – seingat penterjemah saham anak Mahathir yang dibeli itu bukannya saham MISC tetapi saham Syarikat ‘Konsortium Perkapalan’ milik beliau yang terpaksa dibeli oleh MISC. Kalau mengikut taksiran profesional Malaysia nilai saham itu yang sebenarnya ialah hanya setakat RM600 juta. Tetapi kerana hormat kepada orang tua yang dianggap sebagai mahagurunya Anwar telah bersetuju menaikkan nilainya menjadi satu bilion ringgit.)
Desas-desus bertiup kencang bukan sahaja isteri Paklah yang sedang menanggung kesakitan kerana kesihatan yang terganggu. Paklah turut dihambat penyakit jantung yang serius. Kerana itu beliau mungkin terlalu sibuk dengan masalah peribadi untuk mentadbir negara ini dan terpaksa melepaskan tugas kepada orang yang dipercayainya untuk berbuat sesuka hati.
Inilah yang membawa kita kepada satu isu lagi. Seandainya sesuatu yang buruk (tragedi) terjadi kepada Paklah sebelum 23 September 2004, siapa yang akan mengambil alih sebagai Perdana Menteri? Paklah hanya seorang Pemangku Perdana Menteri dan terpaksa diperakukan pada jawatan itu pada 23 September apabila UMNO bersidang. Timbalan beliau, Najib Razak adalah Pemangku Timbalan Perdana Menteri. Apakah dia boleh mengambil alih sebagai Perdana Menteri seandainya Paklah tidak berjaya bernafas lega sehingga 23 September?
Mengikut tafsiran orang yang arif dengan perundangan, Paklah hanya baru dicalonkan sebagai Presiden UMNO. Dia bukan lagi menjadi Presiden sehingga diperakukan pada 23 September. Ini bererti dia bukan lagi Perdana Menteri. Sekarang ini dia hanya menjadi seorang Pemangku Perdana Menteri. Seandainya beliau tidak mampu bernafas sehingga 23 September, bererti kerusi itu adalah kerusi yang masih kosong dan pencalonan akan dibuka sekali lagi untuk mengisinya. Ini bermakna semua bahagian UMNO akan bertemu sekali lagi dan mengemukakan pencalonan mereka . Najib yang sudah pun dicalonkan sebagai Timbalan Presiden dan bukan sebagai Presiden tidak boleh mengambil alih daripada Paklah.
Alternatif lain ialah untuk orang yang dicalonkan bagi jawatan itu, mengambil alih. Ini bererti Tengku Razaleigh Hamzah. Tentulah ini satu ironi. Hanya lebih satu bulan dulu Paklah berkemungkinan akan dinobatkan sebagai Perdana Menteri Malaysia. Dalam politik satu bulan itu adalah satu jangka masa yang panjang dan apa juga boleh terjadi. Kalaulah berlaku sesuatu, tentu sekali Ku Li akan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang baru.
Raja Petra Kamaruddin
(http://www.Malaysia-today.net/)
16.08.2004 - Terjemahan MT-SPAR (suntingan M@RHAEN)
![]()