TAG 1698:
Musibah Jejambat Kepong dan Kabinet Paklah Yang Haprak
(The Kepong flyover disaster shows Pak Lah's worst enemy now is his geriatric cabinet) Oleh MGG Pillai - 14.08.2004
Menteri Kerjaraya, S. Samy Vellu adalah sama dengan kabinet Malaysia yang dianggotainya. Dia menganggotai kabinet itu dengan izin Allah juga. Namun, dia bebas bercakap apa yang dia suka tanpa memikirkan betapa dungunya beliau kadangkala kerana kenyataan yang memang memeranjatkan kita. Samy Vellu adalah lambang satu kabinet haprak yang masih perkasa, kerana setelah menganggotainya selama lebih dua dekad dia seolah-olah mempunyai hak mengetepikan kenyataan politik dan kesahihannya.
Samy Vellu beranggapan bahawa wang rakyat jelata patut diwarisi secara membazirkannya secepat mungkin. Kenyataan politik, kewangan dan ekonomi adalah tidak perlu untuk diambil kira.
Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi mungkin anggap pandangan ini sebagai tidak adil, tetapi kabinet haprak yang diterajuinya merupakan musuhnya yang paling berbahaya bukan Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak dan bukan juga pencabarnya untuk jawatan Presiden, Tengku Razaleigh Hamzah. Tidak juga orang yang digantinya sebagai Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Walaupun kabinet beliau itu bertaraf haprak, kebanyakan anggotanya adalah orang besar-besar UMNO yang memang menyimpan kuku untuk mencakar balik kalau mereka dipecat ataupun diasak.
Itu sebabnya Paklah terpaksa menyokong kabinetnya, yang membalas balik budinya itu dengan membuktikan kepada UMNO dan rakyat Malaysia betapa 'bengong' dan berbahayanya mereka. Kabinet yang bercelaru itu sedang mentadbir satu pentadbiran yang haru-biru tanpa panduan dan hala tuju yang jelas.
Memang siapa pun tidak percaya betapa angkuhnya kabinet itu. Inilah kabinet yang bertegas bahawa oleh kerana sudah diberikan hak oleh para pengundi maka ia boleh bertindak tanpa perlu merujuk kepada pengundi itu semula, dan sesiapa yang mencabar sikap paternalisme ini dianggap musuh rakyat jelata juga.
Memanglah sikap begitu nampak berjaya untuk seketika. Kini, keadaan sudah berubah. Apa yang dilakukannya hari ini cuma mahu menutup apa sahaja yang tidak termampu disoroknya dan berusaha agar rakyat menyokongnya juga. Cuma kabinet terus menonjolkan cetusan berita utama kerana sebab yang silap sahaja.
Kalau Samy Vellu terus dengan jawatannya dia akan mampu mengatasi masalah yang menghantuinya melibatkan jejambat Kepong itu. Samy bertegas Jejambat Kepong terpaksa ditutup kerana 31 tiangnya daripada sejumlah 33 batang semuanya sudah retak walaupun jejambat itu baru sahaja digunakan selama 18 bulan. Beliau bertegas keretakan itu bukan disebabkan salah pembinaan ataupun para perunding yang bertugas tidak menjalankan tugas dengan baik. Para kontraktor tidak silap, begitu juga para perunding projek itu. Sesiapa yang menyoal perkara ini boleh disaman kerana aib.
Akan tetapi, kisah yang sebenarnya ialah Jejambat Kepong itu, yang merupakan sebahagian laluan lingkaran tengah, telah dibina dengan penuh kecuaian dan mencetuskan bahaya. Tentunya pihak yang bertanggungjawab adalah Kementerian Kerjaraya, pemborong dan para perunding projek.
Inilah pembinaan berasaskan konsep Malaysia Boleh. Projek itu tidak pun dikeluarkan secara bertender. Ia diberikan kepada pihak yang mencadangkannya, dan harga projek telah dirunding mengikut kemahuan pembina. Kalau projek itu telah ditenderkan, harganya tentu separuh daripada RM238 juta, dan jejambat itu tidak akan cacat seperti yang berlaku sekarang.
Samy Vellu bertegas bahawa pemborong dan perunding projek tidak bersalah, namun mereka akan menanggung kos pembaikan. Apa yang tidak kita faham ialah kenapa Kementerian Kerjaraya memanggil perunding luar melihat kerosakan yang terjadi sedangkan perkara itu patut diselesaikan oleh para kontraktor dan perunding asal projek itu.
Sepatutnya beliau memberikan arahan agar mereka membetulkan kerosakan, ataupun kerajaan akan mengenakan kos yang berbangkit. Ketegasan beliau bahawa pemborong tidak bersalah memang tidak boleh diterima pakai. Kalau mereka tidak silap, bagaimana mungkin 31 tiang daripada sejumlah 33 tiang semuanya yang rosak, dan kenapa pula jejambat itu ditutup hanya selepas 18 bulan beroperasi?
Selain menghadapi keadaan dengan rela hati, Samy telah mengancam seolah-olah dirasuk syaitan apabila beliau dicabar. Badan Pencegah Rasuah mahu membuat siasatan. Menteri itu bertindak balas dengan satu ancaman; betapa projek membaik-pulih akan tertangguh lagi.
Beliau sudah pun mengarahkan kerja-kerja membaiki kerosakan, menggunakan pendekatan dan kaedah yang dia yakin akan membetulkan keadaan. Perkara demikian tidak akan menjadi. Kalau 31 tiang daripada sejumlah 33 tiang yang menyangga jejambat itu sudah retak, keseluruhan jejambat itu mudah bergoyang hanya selepas digunakan selama 18 bulan sahaja. Ini menunjukkan wujudnya kesalahan dalam pembinaan yang hanya boleh dibaik pulih kalau jejambat itu dibina semula.
Tetapi Samy Vellu tidak berpendapat demikian. Beliau lebih berminat mengalihkan kesalahan itu jauh daripada para kontraktor yang membinanya dan para perunding terbabit dengan cara menghalakannya kepada kerajaan dan tentunya kepada rakyat yang membayar cukai. Laluan Lingkaran Tengah, di mana Jejambat Kepung merupakan sebahagian laluan itu adalah antara beberapa dozen projek yang diagihkan tanpa tender kepada para kroni yang mencadangkan pembinaannya. Kos pembinaan yang diberikan sengaja dilambung tinggi tanpa memikirkan keselamatan projek dan juga pelbagai pertimbangan teknikal dan politik. Inilah salah satu pembaziran pada zaman Mahathir si Tun Kepala Taik mencengkam kuasa. Inilah lambang pembaziran, dan keyakinan songsang bahawa para kroni mesti diselamatkan dengan cara mencekik para pembayar cukai dan para pengundi.
Ini merupakan projek pertama yang gagal. Tidak lama nanti banyak lagi yang akan menyusul. Jejambat Kepong adalah permukaan kepada apungan tunggul airbatu Malaysia Boleh yang menonjolkan kemuncaknya. Banyak lagi projek mega yang akan tersungkur ke bumi. Tetapi kerajaan terpaksa menunjukkan muka selamba, kerana wang ringgit boleh mengalir laksana air dan sesiapa pun tidak perlu khuatir. Cuma kali ini, lembu tenusunya, Petronas, tidak lagi kaya raya seperti zaman lampau kerana perbendaharaannya sudah lama dirompak untuk menanggung bebanan belanja harian kerajaan.
Kerajaan sudah banyak berhutang dan kalau dikira keadaan sekarang memang tidak lagi mampu melunaskan bebanan hutang itu. Hutang dalam negara sendiri sudah mencecah RM60 bilion dan hutang luar sekitar RM400 bilion memberi pertanda bahawa sebahagian besar perolehannya adalah digunakan terhadap membayar hutang sahaja. Ia tidak lagi mampu memberikan pinjaman murah kepada pegawai kerajaan, itu pun sudah melonjak naik kepada RM27 bilion. Kini kerajaan mahu menswastakan projek pinjaman itu tetapi tidak ada institusi kewangan yang berani menyentuhnya.
Kerana itu projek penswastaan telah diserahkan kepada satu syarikat kecil yang mempunyai pengalaman mengurus dana hanya tidak sampai lima tahun. Apa yang mahu dielakkannya ialah agar segala projek mega di zaman Mahathir itu mula menghambat kerajaan sehinggakan bayangan hambatan itu berubah menjadi satu igauan dahsyat yang mencekiknya.
MGG Pillai (mggpillai.com)
pillai@streamyx.com
14.08.2004 - Terjemahan MT-SPAR (suntingan M@RHAEN)
![]()