TAG 1672:
Ku Leigh Dijanjikan 68 Pencalonan: 
Paklah Main Kotor Untuk Melawan

(Ku Li has 68 nominations in his pocket: Pak Lah fights back dirty) Oleh Raja Petra Kamarudin

Tengku Razaleigh Hamzah, bekas Menteri Kewangan Malaysia dan pencabar kepada Tun Kepala Taik Mahathir bagi jawatan Presiden UMNO pada pertengahan 1980-an dulu, baru-baru ini telah menyatakan kesediaan untuk bertanding jawatan Presiden UMNO. Beliau mungkin berjaya. Namun, syarat utamanya ialah mendapatkan 58 pencalonan daripada sejumlah 191 bahagian UMNO, untuk melayakkan beliau bertanding. Setakat ini beliau telah dijanjikan 68 pencalonan, lebih sepuluh daripada apa yang diperlukan untuk membuktikan yang dia masih lagi berbisa.

Jawatan Presiden UMNO sesungguhnya masih lagi kosong sejurus TKT Mahathir berundur sebagai Presiden parti dan juga Perdana Menteri Malaysia, tahun lalu. Siapa juga yang menang jawatan Presiden UMNO sekali gus menjadi Perdana Menteri Malaysia. Itulah sebabnya jawatan Presiden UMNO merupakan jawatan yang paling penting dan amat diimpikan di Malaysia.

Buat masa ini Abdullah Ahmad Badawi adalah pemangku Presiden UMNO dan sekali gus merupakan pemangku Perdana Menteri Malaysia. Tetapi jawatan itu bukannya dipilih oleh sesiapa untuk beliau memegangnya. Memang tidak syak lagi sebagai pemangku Presiden parti dan pemangku Perdana Menteri beliau adalah layak secara logiknya untuk menggantikan tempat TKT Mahathir. Akan tetapi dia tidak pun dipilih dan dilantik ke jawatan itu. TKT Mahathir telah memilih beliau sebagai seorang Timbalan, dan kini dia hanya seorang pemangku Presiden sahaja. Dia belum lagi menang jawatan itu melalui satu pemilihan dalam parti.

Kalau jawatan Presiden itu masih kosong belum ada sesiapa setakat ini yang dipilih untuk mengisi jawatan itu. Jika demikian jawatan Perdana Menteri pun masih kosong juga. Ia cuma dipangku oleh Paklah sehinggalah muncul calon yang dipilih untuk jawatan itu.

Paklah mengatasi Ku Leigh kerana dia masih memegang jawatan itu sebagai pemangku sahaja. Sebagai seorang pemangku Perdana Menteri tidak ada yang cemerlang yang telah ditunjukkannya. Kalau dibandingkan dengan TKT Mahathir memanglah Paklah bukan bahan perbandingan itu. Kalau adapun ‘kecemerlangan’ yang boleh diambil kira ialah kemenangan besar Barisan Nasional dalam pilihan raya umum ke-11 dulu. Akan tetapi apabila diambil kira penipuan besar-besaran yang terjadi sepanjang pilihan raya itu, kemenangan yang disebut-sebut itu lebih merupakan batu bebanan yang digalasnya dan bukannya satu keunggulan dalam kerjayanya.

Sesungguhnya Ku Leigh lebih layak menjadi Perdana Menteri berbanding Paklah. Beliau telah lama diuji dan memang tokoh yang layak mengenali ekonomi Malaysia, terutama sekali dalam keadaan pancaroba. Paklah belum lagi mampu menunjukkan keupayaannya. Sepanjang tempoh singkat dia memangku jawatan Perdana Menteri dia sendiri tidak tahu apa haluannya. Rakyat Malaysia yang masih muda ada menyimpan satu panggilan untuk Paklah. Mereka memanggil beliau ‘Paklah Blur’ kerana dia sentiasa keliru dan tidak menentu.

Tahun hadapan, ekonomi Malaysia akan menghadapi tekanan. Dalam keadaan tagal hanya yang cekal dapat kekal. Itulah caranya Ku Leigh mengendalikan urusannya. Tetapi apabila Paklah berdepan dengan masalah begini, dia bergantung harap kepada menantunya yang baru berusia 28 tahun. Itulah dia Khairy Jamaluddin budak mentah yang baru lulus universiti dan berlagak semacam orang bijak bestari, sehingga UMNO tidak segan dan silu menggambarkan beliau persis Lee Iaccoca Malaysia.

Paklah sedang dihantui satu bentuk ketakutan. Ku Leigh sudah dijanjikan 68 pencalonan. Cuma mereka menunggu masa untuk menyerlahkannya. Tetapi Paklah tidak mahu melepaskan peluang itu. Ada satu falsafah yang berkata, kalau tak mampu mengalahkan eloklah beralah dan ikut menyerlah. Kini dia memegang falsafah, kalau tak mampu ikut serta eloklah tumpaskan mereka.

Inilah yang dilakukan oleh Paklah masa kini.

Ada seorang insan di Kuala Kerai, Kelantan yang bercadang menamakan Ku Leigh untuk bertanding jawatan Presiden. Secara tiba-tiba dia telah dimufliskan. Menjadi muflis memang satu perkara biasa dalam hidup kita. Tetapi dimufliskan di tengah malam buta, beberapa jam sebelum mesyuarat bahagian akan bermula keesokan harinya, adalah satu keajaiban dunia. Apabila orang bakal mencadangkan nama Ku Leigh sudah dimufliskan, bererti Ku Leigh sudah kehilangan satu pencalonan.

Ada beberapa orang lain yang mahu mencadangkan nama Ku Leigh di mesyuarat bahagian masing-masing telah dipanggil oleh Polis Cawangan Khas dan disoal siasat untuk beberapa jam. Ini adalah hasil kerja Paklah yang memanggil ketua Polis Cawangan Khas meminta mereka bertungkus lumus menggagalkan niat sesiapa sahaja yang mahu mencadangkan nama Ku Leigh.

Paklah melanggar apa juga hukum-hakam dan Kod Etika UMNO, seolah-olah esok sudah tiada. Dia sudah gelabah dan tidak akan membiarkan perkara remeh-temeh dalam undang-undang menjadi penghalang kepada impiannya. Paklah mahu menafikan Ku Leigh daripada mendapat 68 pencalonan, tidak kiralah apa jalannya, kerana beliau tidak selesa dengan percaturan yang mengikut undang-undang.

Paklah sedar kalau Ku Leigh dapat 68 pencalonan, segala-galanya akan berkecai juga. Adalah lebih elok kalau Paklah melepaskan jawatan dan meniru gelagat bekas Timbalan Perdana Menteri Ghafar Baba semasa Anwar Ibrahim mencabar beliau. Adalah tidak berguna untuk Paklah bertanding jawatan itu kerana Ku Leigh akan menang besar juga. Jalan yang ada sekarang ini ialah menentukan, apa juga caranya untuk menafikan Ku Leigh peluang pencalonan yang diperlukannya.

Tanpa pencalonan itu, Ku Leigh tidak punyai peluang untuk bertanding. Tanpa pertandingan dia tidak akan menang.

Kekalahan masih belum ketara lagi. Masih terdapat 120 bahagian yang belum mengadakan mesyuarat. Ku Leigh hanya memerlukan setengah bahagian ini mencalonkan nama beliau. Seandainya beliau tidak berjaya mengumpulkan jumlah yang diingininya, tetapi dapat beberapa pencalonan sahaja yang tidak juga melayakkannya, kerosakan kepada UMNO sudah pun berlaku. Apabila Paklah tidak berjaya meraih pencalonan secara menyeluruh, dia akan menjadi lebih tertekan. Hakikat ada pihak yang tidak mengingininya akan menyerlah tiga tahun dari sekarang apabila Najib si Timbalannya sekarang akan bangkit untuk menyingkirkannya.

Sama ada Ku Leigh berjaya ataupun tidak kali ini, sudah tidak penting lagi. Keberanian Ku Leigh mencabar seorang ketua parti adalah satu gambaran yang mencukupi dan baik sekali. Ini bererti UMNO sudah menerima perubahan budaya agar diadakan pertandingan bagi jawatan Presiden, yang telah sengaja dimusnahkan oleh TKT Mahathir kira-kira 20 tahun dahulu. Tiga tahun dari sekarang kita dapat menjangkakan satu pertandingan yang lebih menarik lagi.

Raja Petra Kamarudin
http://www.freeanwar.com/
http://www.seruankeadilan.com/
http://www.wanitakeadilan.com/
15.07.2004 - Terjemahan MT-SPAR (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat: