TAG 1659:
Paklah Dan Najib: Satu Gandingan Tanpa Kemesraan
(No love lost between Pak Lah and Dato' Seri Najib) Oleh MGG Pillai - 06.07.2004
Kisah ini bukan menjadi satu rahsia besar lagi. Demikianlah kisah gandingan kerja Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya Dato’ Seri Najib Tun Razak. Pakatan kerja mereka memang tanpa kemesraannya. Keadaan menjadi lebih buruk apabila isteri masing-masing pun tidak sehaluan. Setiap kali Paklah menunjuk bagak, setiap kali itu juga Najib bertindak balas untuk berlagak. Ada seorang insan yang mengenali keduanya dengan rapat berkata: “Kalaulah renungan boleh menjadi senjata pembunuh, mereka berempat sudah lama mati berbulan-bulan dahulu lagi.” Demikianlah dahsyatnya suasana ‘pakatan kerja’ mereka sehingga muncul ‘Orang Pertapaan’ daripada Langgak Golf yang mengetuk gendang perangnya dengan pengumuman yang dia mahu menjadi calon bagi jawatan Presiden UMNO. Kalaulah tidak kerana pengumuman itu, Paklah dan Timbalannya bersama-sama dengan para jongos dan juak mereka pasti akan terus tidak bermesra dan bertungkus lumus cuba menjatuhkan pihak lawan.
Memang tidak ada manusia yang inginkan seorang Timbalan yang dalam sekelip mata akan cuba menikam ketuanya. Bapa Kemerdekaan Malaysia, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman, merupakan ‘orang lama’ yang dinaikkan martabatnya untuk menjadi Perdana Menteri. Beliau telah dibantu oleh seorang Timbalan yang cekap dan mampu mentadbir bernama Tun Abdul Razak. Mereka berdua bekerja bergandingan dengan tenteram, yang lebih tua menangani masalah politik dan yang lebih muda menguruskan perkara lain. Beberapa tahun kemudiannya, apabila Tunku muncul semula di pentas perdana selepas terpinggir gara-gara rusuhan kaum 1969 dulu, beliau berkata bahawa masalah Tun Razak ialah ketiadaan seorang Timbalan ala ‘Tun Razak untuk membantu beliau.
Akan tetapi pemimpin lain tidak pun mendapat peluang baik seperti ini daripada Timbalan mereka. Tun Razak meninggal dunia ketika baru sangat memegang jawatannya. Beliau kehilangan seorang pembantu yang cekap dan tegas apabila Tun Dr. Ismail Abdul Rahman meninggal dunia lebih awal daripadanya. Tun Hussein yang menggantikan Razak telah memilih seorang pembantu yang kini bergelar Tun Kepala Taik Mahathir yang kemudiannya telah membuat kerja-kerja kotor di sebalik tabir untuk memaksa Hussein bersara.
Apabila TKT Mahathir mengambil alih jawatan Perdana Menteri, beliau telah memilih seorang rakan politik yang sehaluan dan pernah disingkirkan daripada UMNO bersamanya selepas peristiwa rusuhan 1969 dulu. Beliau ialah Dato’ (kini Tan Sri) Musa Hitam. Mereka berpisah setelah setiap seorang menghabiskan banyak masa untuk menjatuhkan saingannya sehingga tercetus satu pertembungan. Inilah yang menjadi punca pada peristiwa 1987 apabila Tengku Razaleigh Hamzah mencabar TKT itu, dan Tengku telah berganding bahu dengan Tan Sri Musa sebagai Timbalannya. Keputusan undi menunjukkan Tengku dan Musa berjaya menumpaskan gandingan TKT Mahathir. Tetapi, melalui tipu-helah dan penipuan politik, keputusan perkiraan telah berubah. Hasilnya UMNO telah dibubarkan oleh satu perintah mahkamah dan selepas itu muncullah UMNO Baru.
Penubuhan UMNO Baru mempunyai satu drama yang tersendiri. Pada 1988 selepas UMNO dibubarkan, Tengku Razaleigh telah mengemukakan satu borang permohonan agar UMNO Baru ditubuhkan. Pendaftar Pertubuhan telah bertindak memaklumkan kepada TKT Mahathir yang ketika itu masih menjadi Perdana Menteri, beliau (Pendaftar) akan meluluskan permohonan berkenaan sekiranya beliau (TKT) tidak menyerahkan borang permohonan untuk mematahkan niat Tengku. Setelah permohonan TKT Mahathir diluluskan (UMNO Baru), beliau bertindak mengetepikan keahlian Tengku Razaleigh kerana menyedari beliau akan kalah kepada Tengku apabila diadakan pemilihan terbuka yang pertama dalam parti baru tajaannya.
Ini bererti UMNO Baru telah diwujudkan untuk membolehkan TKT terus mencengkam kuasa sambil beliau terus menyingkirkan Tengku Razaleigh daripada puncak kuasa. Peraturan utama dalam UMNO agar tidak ada cabaran ialah untuk menentukan Tengku tidak akan merasa kuasa kepimpinan parti. Keadaan sekarang yang ternyata Tengku sudah menghampiri ambang pertandingan yang mesti disokong oleh 58 pencalonan. Syarat ini semakin menjadi satu kenyataan yang meyakinkannya. Para juak Paklah sendiri sudah mengaku kalau Tengku berjaya merangkul pencalonan yang disyaratkan, beliau akan pasti berjaya untuk menang.
Berbalik kita ke pangkal cerita. Tun Kepala Taik Mahathir kemudiannya, memilih Encik (kini Tun) Ghafar Baba untuk menggantikan tempat Musa Hitam. Tetapi gandingan mereka berdua terpaksa ditamatkannya apabila anak-didik yang kini merupakan musuh ketatnya, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menerima pencalonan awal yang secukupnya untuk mengalahkan Ghafar bagi jawatan Timbalan Presiden parti. Untuk mengelakkan kekalahan yang mengaibkannya, Tun Ghafar menarik diri daripada bertanding. TKT Mahathir terpaksa menggigit jari. Kalau dulu dia telah membawa masuk Anwar dan menaikkan namanya, kini dia terpaksa merancang untuk memusnahkannya. Itulah ketikanya, Paklah dibawa masuk menganggotai kabinet, selepas bertahun-tahun tersasau kerana digugurkan gara-gara persekongkolan beliau pada pemilihan 1987 dan memihak kepada Tengku Razaleigh dan Musa Hitam. Tugas utama Paklah setelah dipulihkan ialah untuk memantau pergerakan Dato’ Seri Anwar.
Anwar tumpas pada 1998, kerana meniru gaya Musa Hitam untuk menumbangkan Mahathir. Pada kali itu TKT Mahathir mahu menunjukkan cara mengajar orang ‘derhaka’ seperti itu. Setelah mencengkam kuasa selama 17 tahun, pada waktu itu, beliau fikir dialah manusia yang tidak dapat digantikan oleh sesiapa pun. TKT Mahathir sudah menjadi takbur seolah-olah beliau adalah utusan Ilahi untuk Malaysia dan memajukan orang Melayu dan menonjolkan politik Malaysia. Lantas beliau lantik Paklah sebagai pengganti Anwar. Inilah tindakan yang memusnahkan UMNO, sehingga terhakis kekuatan budaya dan tatasusilanya.
Persengketaan Paklah dan Anwar telah lama bermula semasa Anwar aktif dalam pergerakan kesatuan pelajar. Sebab itu tidak ada kemesraan yang dapat tertanam dalam hubungan mereka. Paklah telah terlibat dalam setiap pergerakan untuk menghitamkan ketokohan Dato’ Seri Anwar yang digambarkan sebagai seorang yang berbahaya dan cenderung kepada homoseks. Paklah merupakan salah seorang terpenting dalam skandal mengeluarkan pita video homoseks yang menggunakan pelakon upahan untuk menyamar sebagai Dato’ Seri Anwar. Pita itu dibuat dengan kualiti yang begitu rendah sehingga tidak ada sesiapa yang mempercayainya.
Yang menyekutukan Paklah dan Najib ialah pembabitan mereka bersama satu ketika dahulu untuk menghancurkan masa depan politik Anwar. Hanya kerana mereka lakukan peranan itu sebegitu gelojoh sehingga tidak ramai yang mempercayai tuduhan sodomi dan rasuah yang mereka arahkan terhadap Anwar. Walaupun Anwar didapati bersalah oleh mahkamah ungka Malaysia, beliau masih merupakan enigma politik Malaysia, persis dengan episod panjang yang dilalui oleh Nelson Mandela di Afrika Selatan.
Akan tetapi, peranan Paklah dan Najib adalah persis gandingan Tunku dan bapa Najib dulu. Cuma kali ini si anak tidak ada rencana untuk terus taat dan setia kepada ketuanya yang sememangnya amat sangsi akan kesetiaan itu. Kalau mengikut percaturan Paklah, seandainya dia dapat menang mudah sebagai Presiden UMNO, agenda pertama beliau nanti ialah mahu meminggirkan Timbalannya itu dan menggantikan beliau dengan anak emasnya yang tidak terpilih - Dato’ Mustapha Mohamed.
Kini Paklah merasa kehangatan cabaran yang menghantuinya. Beliau terpaksa membatalkan rencana pemusnahan Timbalannya. Sebalik itu pula, Dato’ Seri Najib sedar akan bahaya yang sedang menunggunya, dan merenggangkan diri daripada Paklah. Ketika Paklah amat memerlukannya, dia tidak berminat menunjukkan muka. Najib sudah sedar apabila Kem Paklah menang, segala masalah politik beliau akan bermula. Itulah sebabnya Najib mengambil jalan tengah, memerhatikan kumpulan Paklah dan Tengku Razaleigh berentap sambil menanam harapan - kerana itu sahaja yang termampu dilakukannya waktu ini - betapa sesiapa yang menang nanti terpaksa menggunakan kewajaran politik untuk kembali berganding dengannya.
Sememangnya semua itu amat berbahaya, tetapi itu sahaja laluan yang terbentang untuknya. Najib amat mengharapkan setiap sesatu yang bermula dengan baik akan berkesudahan dengan baik juga. Yang pasti dia berada di sebelah pihak yang menang, tidak kiralah apa yang akan terjadi nanti. Paklah dan juak-juaknya telah terlanjur mengada-ngada sehinggakan kini kehilangan kumpulan pro-Najib untuk terus membantu mereka. Mereka amat takut kalau-kalau Najib akan berpaling tadah dan memihak kepada Tengku. Itu pun berdasarkan tanggapan yang Tengku sudah melupakan luka lama dan memaafkan Najib kerana berubah haluan meningalkan kem Tengku semasa akhir 1980-an dulu. Itulah peristiwa di mana Najib gagal menghadiri satu majlis sambutan kemasukannya menganggotai Semangat ’46 dan angkat kaki untuk terus menganggotai UMNO Baru pimpinan Mahathir. Saya sendiri tidak tahu apakah Tengku sudah pun memaafkan Najib. Yang pasti, kesamaran perkara itu sudah cukup untuk membuatkan Paklah dan para juaknya resah gelisah tidak tentu arah.
MGG Pillai (mggpillai.com)
pillai@streamyx.com
08.07.2004 - Terjemahan MT-SPAR (suntingan M@RHAEN)
![]()