TAG 1606:
Kem ‘Abu Ghraib’ Kamunting
(Report details abuses in Malaysia) Rights group says inmates were assaulted in interrogations 
The Desert Sun
- The Associated Press May 15th, 2004


KUALA LUMPUR, Malaysia – tahanan yang dituduh sebagai angggota kumpulan ekstremis yang mempunyai kaitan dengan al-Qaeda telah dengan kerapnya dibogelkan, dipukul, ditendang serta terdedah kepada penderaan seksual oleh para penyiasat polis, menurut dokumen hak Asasi manusia yang diperolehi oleh The associated Press.

Pegawai keselamatan berkata yang soal-siasat itu telah berjaya mencungkil maklumat tentang plot oleh Jemaah Islamiyah untuk mengebom kepentingan AS dan lain-lain negara barat di Singapura dan pelbagai operasi ekstrimis di Asia Tenggara. Maklumat juga diperolehi tentang penglibatan Malaysia sebagai pusat pertemuan bagi operatif kanan al-Qaeda yang terlibat dalam serangan11 September kata pegawai itu lagi.

Malaysia sering berkongsi maklumat perisikan tentang Jemaah Islamiyah dengan Washington dan dalam tahun 2002 membenarkan FBI menyoal seorang tahanan yang disyakki anggota al-Qaeda di Kem Tahanan Kamunting. Tidak terdapat dakwaan yang mengatakan FBI terlibat dalam sebarang penderaan di Malaysia, namun sesetengah aktivis hak asasi telah mempersoalkan samada kerajaan AS telah memejamkan mata kepada layanan yang tidak wajar kepada mereka yang disyakki (difitnah?-Penterjemah) oleh sekutunya sebagai pertukaran kepada maklumat yang diberi.
 
Tuduhan penderaan terkandung dalam satu laporan yang dilihat oleh The associated Press minggu ini. Laporan itu telah dikumpul oleh Suhakam yang ditubuh kerajaan ekoran rungutan tahanan yang disampaikan oleh peguam serta aktivis Hak Asasi. Suruhanjaya itu berkata yang mereka tidak menyiasat dakwaan itu dan hanya mengajukan dokumen itu kepada Pegawai Polis yang kerap kalinya menafikan pula penganiayaan terhadap tahanan.

Tidak sepertimana skandal yang melibatkan penderaan AS keatas tahanan di Iraq, tidak ada koroborasi bebas dalam tuduhan di Malaysia seperti gambar foto atau testimoni dari saksi bukan tahanan.

Kumpulan aktivis Pemerhati Hak Asasi Manusia berkata yang mereka akan menyiarkan laporan pada hari Rabu tentang penderaan keatas mereka yang disyakki sebagai pengganas.

Malaysia sehingga kini menahan sekitar 100 orang di Kem Tahanan Kamunting di bawah undang-undang keselamatan ISA yang membenarkan mereka yang disyakki ditahan tanpa dibawa ke muka pengadilan. Lebih kurang 70 dari nya adalah apa yang didakwa sebagai militant Islam yang ramai disyakki sebagai anggota Jemaah Islamiyah yang direka AS dan Singapura itu.

Para Pegawai Malaysia mendakwa yang tahanan itu mengancam keselamatan Negara dengan bersumpah untuk melaksanakan jihad bagi mewujudkan Negara Islam Raya di Asia Tenggara. Sesetengahnya dituduh terlibat dalam plot untuk mengebom sasaran di Singapura. Pengeboman didakwa telah didalangi oleh seorang militant yang dikenali sebagai Hambali, rakyat Indonesia yang berperanan dalam al-Qaeda dan juga Jemaah Islamiyah yang telah dipersalahkan kerana serangan yang membunuh lebih 200 orang sejak empat tahun yang lalu.

AP sebelum ini mendakwa yang dakwaan penderaan keatas tahanan yangd isyakki sebagai militant Islam di Malaysia, akan tetapi dokumen yang diperolehi minggu ini telah memberi butiran yang lebih luas dan lengkap terhadap tuduhan itu.

31 orang dari tahanan telah menandatangani rungutan yang dibuat kepada SUHAKAM pada bulan  Januari. Para tahanan telah menyenaraikan 57 jenis deraan yang didakwa telah dilakukan keatas mereka selepas ditangkap. Sesetengah tahanan telah memberi lakaran tentang layanan buruk yang mereka lalui.

rungutan meliputi dari kata nista dan penafian kebebasan beragama sehinggalah kepada pengurungan dan penderaan fizikal serta penghinaan.

“Saya telah dipaksa berbogel…dan Cif Inspektor telah memanggil beberapa rakannya ke dalam bilik untuk m,elihat keadaan saya tanpa seurat benag, kemudiannya mereka ketawa beramai-ramai terhadap saya,” kata seorang tahanan Sulaiman Suramin yang menulis dalam surat yang dikepilkan bersama rungutan itu.

“Saya telah dipaksa melancap,” tulis beliau. “Mereka telah mengancam untuk mencabut keluar kuku-kuku saya jika enggan melakukannya.”

Sekurang-kurangnya sekali, Sulaimna mendakwa yang beliau telah diarah berdiri atas sebelah kaki sahaja dengan ssebelah tangan didepangkan selama 20 minit semenara para penyoal sia-siat menyoalnya bertubi-tubi.

di waktu yang lain, “Saya telah dipaksa mengangkat tong sampah yang dipenuhi dengan abu rokok dan lain-lain sampah. Saya kemudiannya telah diarahkan memasukkan kepala saya ke dalam tong sampah itu dan menghidu abu rokok sambil berkata ‘saya bodoh’ berulangkali,” kata beliau lagi.

Para tahanan lain mendakwa yang mereka telah biasa dipukul, ditendang dan diludah semasa soal siat-siat. Salah seorang berkata yang janggutnya telah dibakar. Setengahnya pula dipaksa melakukan tugasan seperti mengurut kaki para penyoal siat-siat. Para tahanan mendakwa yang Pegawai polis telah mengugut untuk menangkap isteri mereka sekiranya mereka tidak memberikan maklumat.

Beberapa orang tahanan telah mendakwa yang mereka dipaksa tidur atas sekeping papan lapis  dan dinafikan bantal serta tilam.
 

Seorang jurucakap PRdM, Jamshah Mustapa berkata Jumaat lalu yang ia belum melihat lagi dokumen Suruhanjaya itu.

“Akan tetapi sekiranya terdapat rungutan sebegitu, kami akan menyiasatnya,” kata Jamshah. “Kami tidak melakukan kekejaman sebegitu,. Ianya tidak beretika. Ia juga sebenarnya tidak berkesan.”

Ketua Suruhanjaya itu, Hamdan Adnan mengesahkan yang laporan yang diperolehi oleh AP itu adalah dokumen yang dihantar kepada Suruhanjaya. Beliau berkata yang ianya telah diajukan kepada polis beberapa bulan lalu, tetapi “kami tidak tahu apa yang terjadi dengannya.”

Malaysia sebuah Negara yang didiami majoriti penduduk Islam dari 25 juta rakyatnya  telah menjadi pengkritik yang keras terhadap perang AS keatas Afghanistan dan Iraq. Akan tetapi kecenderungan kepada Islam moderate dan penangkapan anggota militant yang melumpuhkan Jemaah Islamiyah telah mendapat penghargaan peribadi dari Presiden Bush.

17.05.2004 - Terjemahan J-SPAR (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertai Maillist M@RHAEN