TAG 1603:
Operasi Psikologi: Mencipta Alih-tumpuan
(PsyOps: Creating A Diversion) Oleh pauljanahoward@aol.com
Bagaimana AS CIA/Tentera/Pentadbiran Bush Membunuh warga Amerika
How the US CIA/Mililtary/Bush Administration Killed Another American


Para penipu dalam pentadbiran Bush kini terhenyak dalam masalah besar lain pula.

Ianya akan berterusan tanpa ada hentinya.

Daripada pembohongan 911 sehinggalah kepada penangkapan (dan kemudiannya dibebaskan) para penggembala kambing Afghanistan di Teluk Guantanamo sementara Osama dan para pemimpin kanannya telah ‘diiringi’ ke tempat yang selamat ke Pakistan oleh CIA.

Tiada perkaitan antara Saddam Hussein dan Osama Laden. (musuh berbahaya)

Tiada Senjata Pemusnah Besar yang dijumpai. (kita TAHU di mana ianya disembunyikan)

Kita menjatuhkan rejim jahat dan kemudiannya meletakkan pula para General yang sama untuk mengawal Fallujah.

Kita ‘membebaskan’ negara itu dengan mengepung dan mendera orang awam. Rumsfeld telah menghadapi Kongres pada Rabu (12/5/2004) dan berkata betapa wanita Iraq yang dirogol serta kanak-kanak yang dipukul dan juga 90 peratus dari tahanan itu perlu dibebaskan SELEPAS didera- kesemua mereka adalah ‘pengganas’. Oleh kerana itu, Konvensyen Geneva dan peraturan Perang tidak dapat diguna pakai ke atas perogolan dan penderaan kerana ‘pengganas’ itu bukannya anggota tentera dan mereka tidak tertakluk di bawahnya.

Kesemuanya nampak imej Amerika sedang menggelongsor -memang patut pun- dan pentadbiran Bush amat memerlukan bantuan dan pertolongan.

Masuk pula Nick Berg yang malang.

Nick Berg ialah seorang kontraktor telekomunikasi yang pergi ke Iraq untuk “membantu”. Akan tetapi beliau dan seluruh ahli keluarganya bukan lah tidak dikenali oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat.

Pada 7 Mac, 2004, satu senarai kumpulan anti-perang @ ‘para musuh’ telah dihantar ke Web Free Republic.

Antara mereka yang disenarai ialah “Michael Berg, guru, Prometheus Methods Tower Service, Inc.” itu ialah bapa Nick Berg, Michael yang bertindak selaku Pengurus kepada firma Radio dan komunikasi milik anaknya dan keluarga, Prometheus Method Tower Service.

Hanya setelah beberapa hari “Michael Berg” dan “Prometheus Methods Tower Service” muncul dalam senarai “musuh” perang Iraq, anak lelakinya kembali ke Iraq di bawah nama perniagaan Prometheus Methods Tower service.

Nick telah ditahan, mulanya oleh Polis Iraq, kemudiannya selama 13 hari oleh tentera Amerika Syarikat di Iraq. Semasa dalam tahanan AS beliau mengaku telah disoal sebanyak 3 kali oleh FBI. Mereka tidak mahu membebaskan dia walaupun tiada sebarang tuduhan-atau benarkan ia bercakap dengan peguam.

Beliau adalah “simpatisan kepada pengganas” dan ditahan dengan pakaian ‘jump suit’ berwarna oren milik AS (seperti yang ditahan di Guantanamo) dan ditempatkan bersama tahanan rakyat Syria dan Iraq.

Tetapi mereka kini mendakwa yang Nick Berg TIDAK PERNAH ditahan bawah jagaan AS. Betulkah begitu??

Untuk memperkukuhkan dakwaan betapa Berg telah ditahan oleh AS sendiri, keluarganya telah menyerahkan kepada Associated Press salinan email dari Beth A. Payne, seorang pegawai Kedutaan AS di Iraq.

“Saya telah mengesahkan yang anak lelaki anda Nick kini sedang ditahan oleh tentera AS di Mosul. Beliau selamat. Beliau telah ditangkap lebih kurang seminggu lalu. Kami akan mencuba untuk dapatkan maklumat tambahan berkaitan dengan penahanannya dan seorang yang anda boleh berhubung dengan mereka secara terus,” begitulah bunyi tulisan B. A. Payne kepada bapa Berg Michael pada 1 April. Payne mengulangi yang Berg “telah ditahan oleh tentera AS” dalam satu email pada hari yang sama kepada ibu Berg, Suzanne.

Oleh kerana kecewa serta tidak mampu mendapatkan kedudukan sebenar anaknya, keluarga Berg telah menyaman di mahkamah Persekutuan Philadelphia pada 5 April dengan mendakwa yang anak lelaki mereka telah ditahan oleh tentera AS dan melanggar Hak Asasi beliau.

“Ibu bapanya telah menghubungi pejabat kita , FBI dan Jabatan Negara,” kata Wakil Republikan dari Upper Uwchlan Township di Pennsylvania, Jim Gerlach.

Wakil Rakyat Gerlach telah bertemu dengan keluarga Berg pada hari Selasa. “Mereka mendapat maklumat yang tidak mencukupi,” kata beliau. “Mereka merasakan yang mereka tidak mendapat jawapan lengkap.”

Bapa Nick Berg, Michael Berg begitu marah sekali, “Saya merasakan yang semakin ramai orang majai dengan penghakisan Hak Asasi Manusia yang terjadi dek perkara ini,” beliau berkata lagi. “Saya tidak fikir pentadbiran ini punya kesungguhan kepada demokrasi.”

Sehari selepas keluarga Berg menyaman di Mahkamah Persekutuan pada 5 April di Philadelphia, Nick Berg dibebaskan. Beliau telah menghubungi ahli keluarganya dan memberitahu yang ia akan kembali ke Amerika. Pada hari berikutnya beliau telah keluar dari hotelnya di Baghdad dan terus hilang tanpa berita.

Pada kemuncak skandal penderaan rakyat Iraq oleh tentera AS, badan Nick Berg telah dijumpai pada Sabtu 8 hb Mei yang dilaporkan telah disembelih pada hari yang sama oleh Muslim radikal- khususnya al-Qaeda. Dan secara ajaibnya, sebuah video muncul tersebar seluruh dunia menunjukkan yang ‘Al-Qaeda” menawan Nick Berg (yang anehnya masih lagi berpakaian jump suit oren) pada tempoh yang sepatutnya beliau sudah pun dipancung oleh Abu Musab al-Zarqawi yang kununnya Amerika dakwa sebagai ketua Al-Qaeda di Iraq. Bukan setakat Al-Qaeda merakamkan video itu, akan tetapi nama Zarqawi serta tandatangannya juga dikepilkan bersama.

Sungguh menyelesakan bagi rejim yang terhenyak itu kan? Ya, dan bagaimana pula.

Sebenarnya akan timbul lagi banyak masalah dengan penerangan ini.

Sedikit masa dahulu, semasa cuba mengaitkan Al-Qaeda dengan Iraq, Collin Powell mendakwa yang Zarqawi telah menggunakan kaki palsu (prostetik) di Hospital Baghdad (yang pada ketika itu disebut sebagai petunjuk utama ujudnya kaitan antara Al-Qaeda dan Saddam Hussein).

Namun pembunuh dalam video itu telah berjalan mundar mandir serta bergerak dengan baik menggunakan kedua belah kakinya. Zarqawi tentu sahaja bukan pembunuh seperti mana yang didakwa. Lagi pun kenapa agaknya kesemua pembunuh itu memakai sarung kepala bagi menyembunyikan identiti tetapi menandatangani pula video itu dengan nama dan mendakwa diri sebagai Al-Qaeda??

Ia sebenarnya tidak pun terjadi. Sebagaimana yang dilaporkan oleh London Telegraph dan juga CNN (transkrip CNN)

O'BRIEN: Menarik sekali. Kini pendapat terakhir anda. Anda telah membuat terjemahan sendiri yang amat teliti akan kenyataan itu. Dan dalamnya, anda tidak pun menjumpai akan rujukan terhadap al-Qaeda sedangkan terjemahan rasmi rejim AS mengatakan sebaliknya. Tolong terangkan kenapa agaknya ia bisa terjadi.

NASR: Memang ianya satu yang menarik bagi saya kerana tidak ada hujan mahupun ribut tetiba ada disebut tentang al-Qaeda dalam terjemahan rasmi kerajaan AS. Ia mengatakan “Apakah al-Qaeda memerlukan lebih banyak alasan lagi?” sebarang penutur dalam Bahasa Arab akan dapat membezakan antara perkataan al Qaeda, yang bermaksud “pangkalan” dan al qaed yang bermakna “mereka yang berpeluk tubuh tanpa melakukan sesuatu.” Terjemahan saya berbunyi: “adakah sebarang alasan bagi mereka yang berpeluk tubuh tanpa melakukan sesuatu?” Secara asasnya mereka memberitahu rakyat, anda tidak mempunyai alasan untuk berdiam memeluk tubuh sahaja, juga untuk tidak bertindak dan mempertahankan Islam dan seterusnya. Manakala terjemahan AS pula menambah Al Qaeda kepada kenyataan itu yang tidak pun wujud dalam rakaman pita itu.

Akan tetapi ia menjadi semakin buruk.

Video Berg itu adalah suntingan dari dua perakam video yang berbeza. Ia nya begitu jelas dari penanda masa pada sudut bawah kanan rakaman yang berubah dengan berubahnya sudut penggambaran yang dibuat.

Perhatikan gambar kanan yang kepala Berg telah dipotong pada jam 13:47:49 (1:47), tetapi pada gambar kiri, pada jam 2:44 - setelah satu jam kemudiannya- beliau masih duduk dengan kepala yang sempurna!

Dalam video yang disebarkan seluruh dunia, lelaki yang berada di tengah (berpakaian serba hitam) adalah orang yang memotong kepala Berg, akan tetapi secara tiba-tiba apabila kepala diangkat, ia dipegang oleh lelaki yang memakai topeng putih pula.

Sebagai tambahan, rakaman suara adalah 7 saat terlewat dari rakaman gambarnya.

Jadi, apakah pendapat anda?

Sekarang mari kita lihat, seorang rakyat Amerika yang dianggap sebagai musuh kepada Perang Iraq AS tiba-tiba telah ditangkap sebagai tahanan di Iraq, yang dinafikan oleh AS sehinggalah keluarganya menyiarkan e-mail dari seorang pegawai AS di Iraq dan menyaman kerajaan negara itu, kemudiannya Berg yang malang itu dibebaskan pula- kata kan lah beliau tidak ditahan. Bolehkah kerajaan haprak ini berkata benar?

Kemudiannya beliau hilang dan muncul kembali pada ketika AS sedang terhenyak dan amat memerlukan satu kejadian bagi menutupi kesemua liputan tentang kekejaman mereka di Iraq.

Tiba-tiba, musuh kerajaan AS itu berada dalam tangan Al-Qaeda, bukan setakat di tahap anggota biasa, akan tetapi di tangan kepimpinannya yang kemudiannya menandatangani dan mengaku dalam video betapa beliau menyembelih Berg- walaupun kita tahu lelaki yang membunuh Berg yang malang itu sepatutnya berkaki palsu sedangkan lelaki dalam video itu sebaliknya pula.

Kemudiannya disebarkan seluruh dunia betapa Al-Qaeda bukan lah dalang di belakang kejadian itu dan AS secara sengaja telah mengubahsuai transkrip dalam video itu.

Kenapa agaknya lelaki yang dalam tahanan AS selama berminggu-minggu, selepas dibebaskan dan bersedia untuk pulang ke kampung halaman tidak menanggalkan baju ‘jump suit’ berwarna oren itu?

Kenapa agaknya lelaki “Al Qaeda” yang bertudung kepalanya itu begitu putih sekali kulitnya? Ramai orang Islam yang mengatakan loghat yang digunakan dalam rakaman itu tidak langsung berbunyi Timur Tengah.

Apakah lelaki itu kelihatan seperti orang Arab?

Kita kembali melihat kepada ‘kumpulan berlima’ pengganas Arab itu. Apakah penampilan, lenggok badan serta kulit mereka yang putih itu membuktikan mereka sebagai Arab atau mereka adalah tentera AS sendiri yang berpakaian ala pengganas?

Satu-satunya alternatif lain yang dapat diterima ialah ia merupakan satu operasi rahsia, berniat jahat yang dilakukan sebagai sebahagian dari polisi luar AS yang secara umumnya akan ditampilkan apabila fotografi rakaman sebenar telah menyentuh jantung nurani orang awam untuk bangun menyanggah mereka.

Berita NBC (Andrea Mitchell) melaporkan pada 6 Mei betapa pasukan khas operasi seperti Delta Force dan Navy SEAL juga terlibat dalam mendera tahanan orang awam di Iraq. Untuk melindungi diri mereka, rejim Bush telah menyiarkan maklumat yang Nick Berg telah disiasat semasa penyiasatan 9/11 kerana mempunyai hubungan dengan Zacharias Moussaoui. Atau mungkin Moussaoui telah menggunakan alamat email Berg. Apakah mungkin Nick Berg adalah baru anggota Yahudi Al Qaeda yang baru ditubuhkan?

Pembohongan dan kelentungan akan terus menderu datangnya dari pentadbiran ini sehinggalah orang ramai menghentikan kerja jahat mereka itu. Bolehkah anda membantu saya?

Paul Jana Howard
http://www.rense.com/general52/psyy.htm

Penutup kata: Memang dahsyat sekali apa yang melanda Amerika kini di mata dunia. Akibat keangkuhan, sombong dan juga sistem demokrasi yang telah dikuasai kelompok elitis dan juga pelobi Yahudi, Amerika menjadi seperti manusia yang tidak stabil otaknya. Apa yang dibuat orang Islam dan Iraq dalam membela negara sendiri dikatakan pengganas, manakala kejahatan Zionis Israel dihalalkan pula atas semangat TIDAK anti-semitik. Sebagaimana biasa apabila ia terhenyak teruk satu isu alih-tumpuan diadakan. Kali ini Nick Berg menjadi mangsa. Terbukti kini yang video pembunuhan Berg bukan asli, tetapi lakonan CIA yang menyamar sebagai al-Qaeda. Sekali gus ia mengingatkan kita akan kejadian di Sauk yang memakan 3 nyawa. Najib mungkin tahu cerita selebihnya.

15.05.2004 - Terjemahan N-SPAR (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertai Maillist M@RHAEN