TAG 1601:
Agenda Undang-Undang Pengawalan Senjata Api (UUPS)
(The Anti-Gun Agenda) Petikan dari web Satangoverment.org

Apakah tujuan sebenarnya di sebalik gerakan pengawalan itu? Apakah majoriti rakyat mendapat manfaatnya dengan pengawalan senjata api itu? Apakah UUPS di mana ia dilaksanakan telah mengurangkan jenayah dan keganasan? Senapang memang unik sebagai senjata kerana ia membuang kelebihan kekuatan fizikal. Sebelum senjata api menjadi senjata seperti pedang, ia memerlukan kecekapan yang besar dan kekuatan akan tetapi senjata api boleh digunakan secara berkesan oleh sesiapa juga. Sebelum kemunculan senjata api, senjata seperti pedang memerlukan kecekapan dan tenaga yang besar, akan tetapi senjata api mudah dikendalikan dengan berkesan oleh sesiapa sahaja.

Oleh itu senjata api adalah tenaga seimbang yang hebat dalam masyarakat, ia menghalang orang yang kuat dari membuli mereka yang lemah. Sekiranya setiap warga dibenarkan memiliki senjata api, atau disebarkan yang setiap rakyat berhak untuk memilikinya, apakah akan ada banyak kejadian pecah rumah? Saya mencadangkan yang kita sepatutnya akan lebih selamat dengan menghendaki setiap rumah memiliki senjata dari mengharamkannya. Saya katakan begitu supaya kita nampak akan maksudnya dan bukan lah  sebagai satu cadangan yang sebenar. Biarkan saya menyatakan dalam bentuk ini: Bukankah kita telah diberitahu akan konsep jaminan mengelak kemusnahan bersama sebagai hasil dari Perang Dingin, adalah satu-satu nya sebab yang menghalang perang nuklear antara Kuasa Besar?

Kenapa agaknya prinsip yang sama tidak boleh diguna pakai kepada orang perseorangan? Jikalau setiap tuan rumah memiliki senjata api, apa agaknya akan terjadi kepada kumpulan remaja jahanam yang melakukan tembakan rambang seraya memandu dalam kejiranan? Saya rasa mereka akan melakukan kekejaman hanya untuk sekali itu sahaja. Konsep kemusnahan bersama yang tidak begitu enak itu adalah mencukupi untuk membolehkan kerajaan membangunkan persenjataan ketenteraan yang paling ampuh, namun ianya tidak mencukupi pula bagi menghalalkan pemilikan senjata oleh orang awam secara meluas. Ini tentunya adalah perkiraan logik yang amat pelik. Saya merasakan yang gerakan mengawal senjata api itu tidak dihalalkan oleh perkiraan logik langsung, akan tetapi oleh satu agenda yang mahukan supaya rakyat terdedah menjadi mangsa jenayah, lantas menjadikan mereka seperti kambing biri-biri yang bergantung sepenuhnya kepada tuannya, dalam soal ini ialah kepada sebarang inisiatif kerajaan, tidak kira lah sebagaimana teruk diktatornya ia asal sahaja dapat menawarkan sedikit ‘keselamatan’.

Melucutkan senjata orang awam bukan lah cara bagi melindungi rakyat biasa kerana para penjenayah akan menjadi lebih perkasa ekoran perlucutan senjata secara massa sebegitu. Ianya adalah sistem sebuah kerajaan termasuklah penguatkuasaan perundangan yang mengecap untungnya, kerana mereka kini mampu menjadi pelindung tunggal kepada rakyat. Akan tetapi setakat mana kah berkesannya anggota polis dalam melindungi seseorang yang rumahnya dikasari? Anggota polis hanya boleh terlibat setelah jenayah dilakukan lantas menjadikan mereka tidak lagi memainkan peranan berkesan dalam melindungi rakyat dari jenayah serta kekasaran. Perlindungan sebenarnya bagi rakyat hanyalah dengan melengkapkan diri dengan senjata api. UUPS sebenarnya memberi kesan sebaliknya dari apa yang dilaung dan dikelentong oleh pendokong gerakan itu. Sudah lah tidak meningkatkan keselamatan awam, ia sebaliknya melemahkan kedudukan warga ke tahap lebih rendah dari penjenayah kerana lebih mudah bagi penjenayah memiliki senjata api daripada rakyat yang baik.

Bagaimana pula dari sudut ekonomi akan penggunaan UUPS? Apakah ianya kaedah yang begitu menjimatkan bagi menghadapi jenayah? Yang mana satu kah lebih menjimatkan, antara memiliki senjata di setiap rumah supaya setiap tuan rumah mempunyai cara untuk mempertahankan dirinya atau dengan menghantar helikopter polis ke tempat kejadian sebagai tindakan bagi bantuan yang diminta? Saya merasakan yang setiap orang dewasa yang mampu mendail ‘911’ juga mampu menentukan bilakah masanya yang patut untuk menggunakan senjata api. Atau apakah kita berpendapat yang dapat diterima bagaimana rakyat mempertahankan harta benda nya dengan kayu besbol tidak dengan senjata api? Sebenarnya kelibat senjata api itu sendiri sudah mencukupi sebagai cegah rintang kepada niat jahat seorang penyerang. Apakah kita merasakan yang rakyat terbanyak tidak mahir menggunakan senjata api secara selamat? Sekali lagi persoalan mesti ditanya: siapakah sebenarnya yang menggerakkan agenda UUPS dan siapa pula yang mengecap untung di sebaliknya? Kita telah didorong agar mempercayai yang UUPS dikuatkuasakan sebagai tindakan atas desakan orang ramai. Boleh kah dipercayai yang tekanan akar umbi berada di belakang agenda pengawalan senjata api itu? Di sini sekali lagi pendapat lelaki yang berkeyakinan memainkan peranan. Berapa ramaikah lelaki yang bencikan senjata api? Sebenarnya kebanyakan mereka amat tertarik kepadanya.

Apakah titik asal kecenderungan lelaki kepada pertahanan diri secara semula jadi nya telah menghilang dan memberi laluan kepada pandangan benar politik yang mereka mahu bergantung kepada khidmat polis? Maksud saya ialah sekiranya tuntutan awam memaksa gerakan demokrasi bagi melucutkan senjata, sudah tentu sahaja tuntutan sebegitu tidak berpunca dari kecenderungan semula jadi lelaki terhadap sukan agresif serta permainan video, lantas tentu sahaja sukar untuk melihat bagaimana gerakan pengawalan senjata api itu berasal dari masyarakat yang dikuasai lelaki yang sejarahnya mengatakan mereka begitu cenderung menggunakan kekerasan bagi menyelesaikan pertikaian.

Apakah kecenderungan lelaki yang sama yang dahulunya memilih untuk berlengan dan bertempur dengan senjata tiba-tiba beralih untuk mengangkat telefon dan mendail 911? Ini memang suatu yang sukar untuk dipercayai. Saya berpendapat yang gerakan pengawalan senjata api tidak mungkin berasal dari tekanan demokrasi, kerana tidak ada bukti yang mencadangkan betapa mereka telah mengubah kecenderungan terhadap kaedah jantan bagi mempertahankan diri mereka. Apakah kita terpaksa percaya yang gerakan itu dipandu oleh seruan di kalangan wanita pula yang mahukan orang lelaki dilucutkan senjata yang mungkin mengancam mereka? Susah sikit untuk menerimanya kerana di sini, kesetaraan kekuatan menjadi isu, ia tentu sahaja tidak menguntungkan wanita kerana tanpa senjata api, perbezaan kekuatan fizikal begitu tidak mungkin lagi boleh diatasi.

Pengarang tidak menyeru kepada penggunaan senjata sebagai penyelesai sengketa. Saya mencuba secara santai untuk menunjukkan yang sebenarnya tiada penerangan logik bagi menjelaskan yang UUPS adalah berasal dari tuntutan proses demokrasi akar umbi. Bukankah proses demokrasi yang dipandu oleh undi individu memberi kelebihan kepada mereka yang tertentu yang kemudiannya memperbaiki kedudukan peribadinya pula? Bagaimana mungkin UUPS memberi manfaat kepada pengundi secara individu? Sekiranya seseorang itu melihat ia dikelilingi oleh penjenayah dengan senjata api, adalah sukar untuk mempercayai yang ia akan memilih pihak yang menafikan satu-satu nya cara yang boleh melindungi dirinya.

UUPS ialah agenda yang dipacu oleh kerajaan yang menyedari secara sejarahnya betapa senjata api sangat berkesan dalam menyeimbangkan kekuatan fizikal sehinggakan ia menghalang kerajaan dari menyalahgunakan kuasa bagi menekan rakyatnya. Senjata api menimbulkan masalah kepada kerajaan melalui dua cara. Pertamanya, mereka mengurangkan kebergantungan rakyat biasa terhadap agen penguat kuasa undang-undang dengan cara memberi mereka kaedah bagi mempertahankan diri sendiri. Ini bermakna yang agensi penguat kuasa undang-undang menjadi kurang ampuh dalam menghalalkan taktik kepolisan yang keras, lantas mengurangkan kuasa negeri untuk menguasai kehidupan rakyatnya. Yang keduanya, senjata api yang dimiliki oleh sebahagian besar majority akan menyukarkan kerajaan untuk menggunakan kekerasan bagi memaksakan polisi yang ditentang rakyat.

Cara kedua itu menjadi begitu ketara apabila dilihat melalui konteks sejarah, apabila melihat pada zaman sebelum senjata api mudah diperolehi. Pada ketika itu pahlawan berbaju perisai di atas kuda akan digunakan untuk memperhambakan rakyat ramai, dan ianya merupakan asas kepada Feudalisme, di mana majority rakyat akan menjadi hamba sahaya selamanya di atas tanah yang dimiliki oleh Tuan mereka. Apabila senjata api menjadi mudah diperolehi, sebarang hamba sahaya yang tidak sehaluan cara lama akan mudah sahaja menjatuhkan pahlawan berkuda itu dari belakang tunggangannya – satu keadaan yang menimbulkan tekanan yang hebat kepada Tuan-tuan Feudal yang amat bergantung kepada ugutan ketakutan fizikal bagi menguasai populasi.

Pengajaran dari sejarah ini memang difahami oleh kerajaan moden, kerana kerajaan memang sentiasa mengambil tahu akan masalah mengawal tindak tanduk rakyatnya. Tidak ada kerajaan yang pernah ujud dalam dunia ini yang telah membangunkan kaedah untuk mengawal rakyatnya yang tidak meningkatkan keberkesanannya, malah ianya akan berlarutan sehinggalah akhirnya rakyat memberontak. Adalah suatu yang semula jadi bagi sebuah kerajaan bagi mencari kaedah bagi mengawal rakyatnya, senjata secara sejarahnya adalah ancaman tunggal yang paling bahaya sekali terhadap kaedah sebegitu kerana ia membolehkan rakyat biasa cara untuk mempertahankan diri mereka dari sebarang tindakan ganas.

13.05.2004 - Terjemahan J-SPAR (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertai Maillist M@RHAEN