TAG 1600:
Perkhidmatan Khas …Atau Polis Rahsia?
(Secret Service...Or Secret Police?) Oleh Russell R. Bingman, Publisher No B.S. News & Commentary

Sebagaimana yang pembaca Internet sedar, pemilik Website Back Box Voting.com, Bev Harris telah menulis bagaimana Perkhidmatan Perisikan AS memaksa beliau memberikan kepada mereka pangkalan data kesemua anggota pertubuhannya- bukan kerana mereka disyaki atas sebarang kejadian jenayah akan tetapi sebagai cara haram untuk mengugut bagi tujuan politik. Laman tersebut didirikan oleh Bev, seorang nenek berusia 52 tahun yang melayari Internet dan secara tidak sengaja telah menjumpai 40,000 fail rahsia berkaitan penipuan pembuangan undi secara elektronik, yang sekali gus mendedahkan betapa sistem itu begitu korup dan sengaja diadakan bagi mengatur keputusan pilihan raya malah sebenarnya ia sudah pun berjaya mencuri keputusan pilihan raya.

Apatah lagi, penyiasatan berikutnya telah menjumpai perkaitan kuat kewangan dan politik antara dua pengeluar utama sistem pengundian elektronik itu yang kini dikenali sebagai mesin pengundian kotak hitam kerana itu lah tujuan sebenarnya matlamat diadakan sistem pengundian elektronik-demi tuan politik-   untuk menakut-nakutkan  dengan pelbagai ancaman haram terhadapnya kerana usaha-usahanya mendedahkan penipuan itu. Lantas Perkhidmatan Rahsia telah berubah rupa dari menjadi agensi penguat kuasa Undang-undang yang sah  yang mana peranan sebenar mereka adalah untuk menyiasat jenayah berkaitan mata wang AS, Perbendaharaan AS, dan melindungi Presiden AS kepada  sekumpulan pegawai haprak seperti mana yang diamalkan oleh negara-negara diktator, yakni Polis Rahsia!

Polis Rahsia di Itali semasa era Mussolini tahun 1940an penuh dengan skandal, akan tetapi gerombolan yang lebih ganas dan ekstrem adalah Polis Rahsia Jerman di bawah Hitler. Di bawah parti Nazi (Sosialisme Kebangsaan), Jerman bertukar menjadi Negara Polis- sebuah negara di mana kuasa haram polis di luar undang-undang terutamanya Polis Rahsia telah berleluasa dan tidak terkawal yang kesemuanya diasap perabun sebagai keselamatan negara.

Asal-usul polis rahsia Jerman bermula dalam SS,   Schutzstaffel (cawangan pertahanan) yang telah ditubuhkan sebagai pengawal peribadi Hitler di bawah SA (cabang ketenteraan dalam parti Nazi) dalam SD atau Sicherheitsdients (perkhidmatan keselamatan) yang telah ditubuhkan dalam tahun 1931 sebagai cawangan perisikan SS. Apabila dinaikkan pangkat sebagai Ketua SS dalam tahun 1929, Heinrich Himmler berkuasa penuh ke atas kegiatan SS. Gestapo (polis rahsia negara) bermula tahun 1933 di bawah Hermann Goering yang kemudiannya bergabung dengan SD. Sebagaimana Gestapo mempunyai anggota yang bergerak secara rahsia di kalangan orang awam, SD pula mempunyai agen yang hanya diketahui oleh Ketua Pegawai SD yang tertanam di setiap jabatan dalam kerajaan Jerman, dalam tentera, dalam parti Nazi, di kalangan eksekutif industri yang utama, dan di kalangan anggota Gestapo sendiri. Sementara Gestapo amat dikenali dan ditakuti dengan meluasnya, kewujudan SD hanya diketahui oleh beberapa orang sahaja.
 

Kuasa yang dimiliki oleh Gestapo, SS dan juga SD amat luas sekali, sebarang orang yang disyaki tidak taat kepada Hitler atau rejim Nazi, ataupun didapati menyimpang dari arus politik atau sosial akan ditangkap, dihukum atau dipenjarakan di kem tahanan. Rejim AS telah membina, mewartakan beberapa dozen kem tahanan seluruh negara itu seperti yang diberitahu Ketua Hakim negara John Aschroft. SS kemudiannya menjadi tentera yang berasingan yang bertanggungjawab hanya kepada Himmler sahaja. Lalu, buat pertama kalinya dalam sejarah, pertubuhan polis rahsia mempunyai kuasa mutlak. Ia juga turut berlaku hari ini di Amerika. Jenayah dan keganasan oleh  kepimpinan rejim Nazi telah dilakukan di Jerman dan seluruh kawasan Eropah yang dikuasainya sepanjang Perang Dunia Kedua dilakukan oleh SS dan Gestapo (Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Jerman) yang mengawal kem tahanan dan kem pembunuhan serta menubuhkan rangkaiannya di setiap negeri yang dijajahnya.

Banyak negara termasuk Argentina, Chile, China, Iraq, Iran, Romania, Rusia dan lainnya telah menggunakan Polis Rahsia bagi mengawal penentang politik. Jerman Timur mempunyai Stasi (kementerian Keselamatan Negara) yang amat ditakuti yang mengawal segenap aspek kehidupan rakyatnya, termasuklah perkhidmatan pos, dan kesemua telekomunikasi sama seperti mana pemantauan yang dibuat kini di AS melalui pencerobohan berbagai kaedah haram seperti Echelon, Magic Latern serta Carnivore. Pihak Stasi memiliki kemudahan sendiri seperti penjara, hospital dan perniagaan pembinaan, seperti mana yang diamalkan CIA untuk 50 tahun yang lalu. Selepas robohnya Tembok Berlin, dianggarkan sekitar 25,000 rakyat Jerman Timur dan Barat telah menyerbu ibu pejabat Stasi dan memusnahkan kemudahan itu. Kerajaan Amerika hari ini telah menggajikan sejumlah bekas agen Stasi dan bekas Polis Rahsia dari negara lain yang bekerja sebagai penasihat dan penyelia teknikal operasi dalam agensi penguat kuasa Perundangan di peringkat Persekutuan, Negeri dan juga kerajaan tempatan.

Dalam sejarah setiap negara atau budaya, mana-mana kerajaan yang memilih untuk menggunakan Polis Rahsia, mereka pasti akan kantul juga dan hancur musnah. Kewujudan Polis Rahsia hanya mempunyai satu tujuan sahaja- mengintip secara haram ke atas warganya sendiri serta menghapuskan musuh politik penguasa. Hanya kerajaan yang haprak dan diktator sahaja memilih untuk menggunakan tenaga Polis Rahsia yang digerakkan di bawah penyamaran untuk keselamatan negara atau bangsa sedangkan hakikatnya ia adalah cubaan terdesak bagi mengekalkan penguasaan diktator. Kapitalisme adalah penggerak di belakang kewujudan kerajaan diktator dan Polis Rahsia- kerana mereka lah yang akan ditimpa masalah sebenarnya. Berapa lama agaknya Polis Rahsia Amerika boleh mempertahankan keganasan mereka?
 
http://www.nobsnews.org
Copyright 2004 - All Rights Reserved -nobsnews@mail2world.com
 
Penutup kata: Artikel ini dengan pantasnya mengingatkan kita akan satu lagi gerombolan Polis Rahsia dalam negara yang dikenali sebagai Siput Babi aka SB. Jika kita melihat apa yang terjadi dalam kes Anwar, tahanan ISA yang lain serta penglibatan mereka dalam perjalanan pilihan raya serta jasa mereka dalam menyakat ceramah dan aktiviti parti yang sah dalam Undang-undang seperti PAS, jelas mereka ini semakin menghampiri kebuasan STASI, Gestapo, Savak dan yang sehaprak dengannya. Takdir akan menentukan nasib mereka satu hari nanti. Setiap perkara ada pembalasannya, a day of reckon.

11.05.2004 - Terjemahan N-SPAR (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertai Maillist M@RHAEN