TAG 1599:
Rampasan Senjata Di Hong Kong Mencetuskan Ribut Di Malaysia
(A Hong Kong arms seizure causes a messy fall-out in Malaysia) Oleh MGG Pillai - 06.05.2004

Pegawai Kastam Hong Kong yang bertugas pada Khamis 4 Mei, 2004, telah merampas 2,000 laras senapang terpakai, 25,000 butir peluru dan pelbagai lagi kelengkapan lain yang cukup untuk menjadi kelengkapan perang satu divisyen angkatan tentera. Ini juga merupakan rampasan dan tangkapannya yang terbesar. Hong Kong memang memberi kemudahan kepada laluan senjata tetapi mesti diisytiharkan dan kegiatannya berlesen. Ini memberikan andaian bahawa penghantaran barangan daripada Oakland, California daripada Pelabuhan Kelang, tidak pun memenuhi syarat kastam di sana. Inilah yang mencetuskan keributan di kalangan Kementerian Pertahanan dan juga Kementerian Dalam Negeri di mana Panglima Angkatan Tentera dan Ketua Polis Negara telah menunjukkan betapa gelabahnya mereka. Semasa membuat penjelasan akan keadaan itu, mereka tiba-tiba mencetuskan kesangsian bahawa semua senjata purba dan antik itu bukannya untuk digunakan oleh satu muzium di California tetapi untuk mereka yang tidak layak dan patut membelinya. Panglima Angkatan Tentera Malaysia, General Tan Sri Zahadi Zainuddin, telah memberitahu New Straits Times pada 5 Mei 2004, betapa senjata itu bukanlah milik pasukan keselamatan, baik pihak tentera mahupun pihak polis. Dia suda begitu yakin sehinggakan ghairah menantikan ketibaan satu laporan daripada wakil Interpol di Hong Kong. Dengan lain perkataan dia begitu yakin bahawa ini adalah satu usaha mencemarkan nama baik Malaysia. Beliau tidak pula memberikan nama kapal yang mengangkut barangan itu, di mana ianya didaftarkan ataupun apakah senjata itu merupakan barangan transit sahaja. Ketua Polis Negara, Dato’ Seri Mohamed Bakri Omar turut bersetuju dengan pendapatnya.

Rupa-rupanya kedua-dua Ketua angkatan bersenjata itu telah berbohong dengan lantangnya. Rampasan yang dibuat di Hong Kong membuatkan Malaysia menggelabah. Apakah sebabnya kalau segala urusan itu dibuat secara sah? Kisah benar terdedah sudah dengan cepat sekali. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Polis Raja Di Malaysia, Dato’ Musa Hassan, kini mengesahkan bahawa mesingan milik pasukan polis telah dibeli kira-kira setengah abad yang lalu, dan telah dijual kepada syarikat di California yang mahu menjualnya kepada pengumpul senjata-senjata lama. Siapakah garangannya yang memberikan kelulusan agar dijual semua senjata itu, tidak pula dijelaskannya. Apakah Kementerian Dalam Negeri dan keselamatan negara pernah memberikan kelulusan mereka? Dia enggan menjawabnya. Besar kemungkinannya senjata itu dikira sudah terjual kerana pihak polis mahu meningkatkan kecanggihan senjata simpanannya. Tetapi muncul pula satu masalah. Kiriman senjata itu sudah mencukupi untuk memperlengkap satu divisyen tertera Senjata itu bukannya jenis antik. Ada mesingan yang pada awalnya digunakan dalam Perang Boer pada awal abad ke-20 dulu telah dirampas di Afghanistan pada 1990-an. Senjata semacam itu telah digunakan di setiap perang utama di Eropah, di Timur Tengah dan Afrika sebelum ia berada dalam koleksi panglima perang di Afghanistan. Yang lebih penting, bagaimana mungkin pihak polis menjual kelengkapan sebesar itu tanpa ada pembelian senjata baru sebanyak itu juga? Apakah perkara itu pernah dilakukan, tidak dapat dipastikan kerana ketiadaan rekod catatannya. Siapa yang meluluskannya? Itu pun kita tidak tahu lagi.

Dato’ Musa telah cuba memberikan dalil dengan menyebut nama sebuah syarikat, Global Forecasting Sdn Bhd. yang mempunyai seorang Pengarah Urusan bernama Lt. Kol. (B) Che Halim Che Hussein. Dalil itu mencetuskan kecelaruan lagi. Pihak polis dikatakan telah menjual semua senjata lama itu pada tahun 2002 kerana menganggap barang-barang itu sebagai bahan kutipan pengumpul senjata dan antik kerana semuanya sudah berusia “lebih 24 tahun”. Jika demikian, bagaimana pula Ketua Polis Negara tidak mengetahuinya? Bagaimana pula perkara ini tidak diketahui oleh Panglima Angkatan Tentera Malaysia? Kementerian Dalam Negeri ketika itu telah memberikan kebenaran agar dijual “senjata ringan, seperti pistol jenis 9mm dan peluru serta kelongsongnya” tetapi bukannya mesingan. Dua muatan kapal mengandungi barangan yang sama telah berjaya dieksport tanpa masalah, cuma yang satu muatan kali ini mencetuskan masalahnya. Lt. Kol. (B) Che Halim tidak menjelaskan kalau 2,800 laras mesingan dan pelbagai peluru serta kelengkapan lain merupakan sebahagian daripada muatan yang dimaksudkan. Jika demikianlah seperti yang diandaikannya, kenapakah Malaysia begitu tertekan dan takut apabila ditangkap. Mesti ada udang di sebalik batu dalam perkara itu. Memandangkan perkara ini melibatkan keselamatan negara, kenapakah tidak ada koordinasi antara kedua-dua kementerian yang terlibat, yakni Kementerian Dalam Negeri dan Pertahanan. Sedangkan dua menteri yang terlibat ialah Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Dato’ Seri Najib Tun Razak. Secara kebetulan pula mereka berdua adalah Perdana Menteri dan Timbalannya. Bagaimana mungkin mereka berdua tidak mengetahui cerita ini? Seandainya mereka sudah mengetahuinya, kenapa mereka tidak mencegah penjualannya?

Malaysia memang kerap terjebak dengan jerat bikinan sendiri kerana alasan yang baik-baik juga. Pada 1970-an dulu, Malaysia telah dijadikan tempat persinggahan semasa Libya menghantar senjata dan dana kepada Bangsa Moro di Selatan Mindanao. Penghantaran dibuat pada 17 Disember setiap tahun sepanjang 1970-an dulu, yakni satu minggu sebelum perayaan Hari Natal (Krismas). Tujuannya untuk membolehkan hantaran itu berada di Mindanao tanpa banyak karenah dan campur tangan rasmi kerajaan. Perdana Menteri Malaysia Kedua, Tun Abdul Razak memang menyokong projek ini dan menggunakan Ketua Menteri Sabah ketika itu, Tun Datu Mustapha bin Datu Harun sebagai orang tengah. Berita kegiatan ini memang dirahsiakan, tetapi pendedahan wujudnya satu bankdraf bernilai US$1 juta Dollar daripada Citibank Hong Kong kepada Tun Mustapha telah mencetuskan banyak teka-teki dalam urusan ini. Wang itu dipercayai berasal daripada Libya dan telah menyebabkan kekalutan di Kuala Lumpur pada 1970-an dulu, seperti berlakunya kekalutan sekarang ini. Pada ketika yang sama ada seorang wartawan TV Belgium telah berada di Mindanao untuk merakamkan perihal pemberontak Mindanao sedang bertugas, termasuk kisah sebuah pesawat juang tentera udara Filipina yang telah ditembak-jatuh oleh kumpulan pemberontak tersebut. Suara saya telah digunakan untuk suara latar dalam penayangan gambar itu, dan kami telah pergi ke Tripoli pada 1976 dan ke Eropah dua tahun yang lalu untuk memasarkan filem itu. Stesen TV NBC telah membelinya dan telah menayangkan satu segmen selama lima minit dalam rencana berita biasa mereka.

Pada ketika itu, saya terkejut dengan pandangan yang menyeluruh di Eropah tentang pembabitan Libya di Mindanao, dan Malaysia sebagai pusat kegiatannya. Akan tetapi, hubungan baik mereka menjadi tegang setelah berlakunya kematian terhadap seorang agen Libya di tangan penyiasat kumpulan Polis Cawangan Khas (Special Branch). Libya enggan mengaku bahawa orang itu adalah warganegaranya dengan bertegas bahawa pasport yang dimiliki oleh orang itu adalah satu pasport palsu.

Malaysia telah bertindak sendirian untuk membantu kumpulan Islam berjuang mendapatkan kemerdekaan, dan menjauhkan diri daripada Libya dan beberapa negara lain yang ingin membantu. Ahli kumpulan hitam dalam program semacam itu masih lagi meneruskan kerja mereka secara senyap-senyap dan perkara ini terus disyaki berterusan semasa Tun Kepala Taik Mahathir masih menjadi Perdana Menteri. Ramai manusia yang dituduh terbabit dengan perang keganasan kerap bertemu di Malaysia. Ada yang telah menubuhkan sekolah agama, seperti mereka yang terbabit dengan pengeboman di Bali. Ketika krisis Kosovo meledak, Malaysia telah menyewa beberapa pesawat terbang untuk menghantar senjata dan membekalkan pemberontak Kosovo, dengan menggunakan pesawat milik negara Latin Amerika dan membeli senjata tersebut daripada banyak tempat seperti di Lubnan, dan menghantarnya melalui Karachi. Apabila diambil-kira segala aktiviti Malaysia pada masa lalu, tentu ia mencetuskan banyak kesangsian akan apa yang sedang terjadi di Hong Kong, kini.

MGG Pillai
pillai@streamyx.com
09.05.2004 - Terjemahan MT-SPAR (suntingan M@RHAEN)
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertai Maillist M@RHAEN