TAG 1595:
Hasil Tragik Pengawalan Senjata Api
(The Tragic Results Of Gun Control) Oleh Debbie O'Hara - April 27, 2004 NewsWithViews.com

Awalkata: Pendapat peribadi saya mengatakan artikel ini cukup baik sekali untuk rakyat terutamanya orang Melayu renungi. Masalah senjata api kini menjadi rungutan kepada sesetengah petani yang terpaksa melepaskan senjata pergi tanpa boleh diturunkan kepada anak mereka apabila umur menjadi tua. Manakala senjata RELA pula kerap dirampas apabila terjadi beberapa tragedi senjata api yang terpencil. Akan tetapi dalam masa yang sama ahli Kelab menembak seluruh negara diberi lesen berpucuk senjata api yang kekadangnya agak menimbulkan curiga. Ianya begitu ketara sekali selepas jawatan Timbalan Menteri Dalam negeri mula diserah kepada seorang pemimpin MCA. (kita bukan perkauman). Apakah berlaku gejala duit suap atau cenderahati bawah meja kita tidak pasti? Apakah ia juga mempunyai agenda jangka panjang, sama-sama lah kita fikirkan. - Penterjemah

Kita telah didorong untuk mempercayai yang Undang-undang Pengawalan Senjata Api (UUPS) adalah mendatangkan faedah kepada rakyat biasa, akan tetapi apakah hasil sebenarnya dari pengawalan senjata yang seperti itu? Kelompok seperti pendidik belaan kerajaan serta media arus perdana yang akan membuatkan kita percaya betapa rakyat biasa akan terlebih selamat sekiranya mereka tidak dibenarkan memiliki senjata api. Mereka akan membuatkan kita percaya yang monopoli kerajaan keatas tentera akan membuatkan rakyat kita lebih selamat dan terpelihara. Akan tetapi benarkah yang pengawalan senjata api adalah alat yang perlu dalam mencipta masyarakat yang bebas dari keganasan? Apakah pengawalan senjata api akan membolehkan kita hidup tanpa kebimbangan dari dijadikan mangsa oleh penjenayah yang ganas? Apakah warga kita benar-benar selamat apabila keupayaan mereka untuk mempertahankan diri dan ahli keluarga dari  manusia pemangsa itu bercanggahan dengan undang-undang?

Menjenguk ke dalam sejarah akan menunjukkan kepada kita yang pengawalan senjata api tidak mendatangkan faedah kepada rakyat biasa. Malah ianya membuatkan mereka lebih mudah menjadi mangsa kepada jenayah ganas. Selepas penyiasatan yang menyeluruh dalam sejarah pengawalan senjata, sebarang individu yang lojik pemikirannya akan hanya tiba kepada satu kesimpulan—mereka yang cenderung kepada pengawalan senjata api samada seorang yang tidak mengambil peduli ataupun jahat orangnya.

Orang yang kebal di luar kuasa UUPS ialah kerajaan dan penjenayah. Dan malangnya kadang-kadang mereka saling bertukar peranan. Apa akan terjadi sekiranya kerajaan yang jahat mengambil alih negara? Pembunuh bersiri terjahat yang dibuktikan sejarah ialah kerajaan yang bertukar menjadi pemangsa terhadap sebahagian populasinya sendiri. Ketidakupayaan mangsa yang tidak berdosa untuk mempertahankan diri mereka dari kekejaman kerajaan mereka sendiri yang telah meragut nyawa lebih 170 juta manusia dalam Abad ke 20 sahaja.

Pada Februari tahun 1915 satu rancangan rahsia untuk menghapuskan populasi keturunan Armenia di Turki telah dibuat . ianya bukan lah satu tugas yang susah bagi kerajaan baru untuk menggerakkan rancangan itu kerana mereka sememangnya mempunyai UUPS itu yang menghendaki pemilik senjata mendaftarkan senjata mereka. Dengan maklumat yang sedia ada , adalah tugas mudah bagi penguasa untuk melakukan geledahan dari rumah ke rumah merampas senjata dari minoriti Kristian Armenia di kampong-kampong. Rumah diselongkar dan penghuninya diseksa bagi mendapatkan senjata mereka. Pada 26 Jun 1915, bahagian akhir perancangan itu pun dilaksanakan. Kerajaan mengumumkan yang kesemua bangsa Armenia akan dihantar ke kem tahanan. Pengawal bersenjata mengepung mereka yang kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, orang tua serta golongan hilang upaya. Mereka diheret berkawat di lerengan bukit dan padang pasir di mana ramai orang yang mati akibat dari suhu tinggi dan keletihan. Hanya kurang dari 1 dalam 10 yang terselamat dari kawad maut itu yang kemudiannya disembelih pula akhirnya oleh ejen penguasa. Jumlah keseluruhan yang dibunuh adalah 1,500,000 atau tiga per empat dari populasi Armenia di Turki.
Awal tahun 1930an tatkala dunia semua diputar mindanya untuk mempercayai Soviet Union adalah syurga para pekerja, hakikatnya jutaan rakyat negara itu telah mati kebuluran oleh tindakan kerajaan mereka sendiri. Demi merampas bijirin dari Ukrain bagi membiayai pengembangan industri, Stalin memerlukan petani menyerahkan tanah milik mereka untuk dimajukan sebagai ladang berkelompok. Dek kerana UUPS yang diperkenalkan 10 tahun sebelumnya,  para petani tidak mempunyai jalan untuk mempertahankan diri mereka apabila tanah mereka dirampas kerajaan. Jutaan petani yang makmur hidupnya sebelum itu samada telah dipaksa ke kem buruh atau ditembak mati ketika itu juga. Dengan gudang-gudang bijirin yang penuh, sesetengahnya menganggar betapa Stalin telah membiarkan sekitar 10 juta orang rakyatnya kebuluran.

Menjelang tahun 1935, kerajaan nasionalis China telah melarang rakyat nya dari memiliki senjata api. Ini tentu sahaja tidak membuatkan rakyat China selamat apabila dari tahun 1942-44, empat juta rakyatnya mati kebuluran apabila kerajaan merampas hasil pertanian mereka. Sementara lagi empat juta yang lain telah diseksa dan dibunuh apabila mereka tidak mahu menyertai kerahan tentera atau tidak bekerjasama dengan tentera. Dalam tahun 1937 ratusan ribu wanita dan kanak-kanak Nanking telah dibiarkan tanpa perlindungan dari penceroboh Jepun kerana UUPS menegah mereka dari mempertahankan diri. Mereka telah dirogol, ditanam dan dibakar hidup-hidup, dan dipaksa melihat bagaimana organ tubuh mereka dipotong terpisah dari badan. Yang paling dahsyat ialah malapetaka yang berlaku pada tahun 1949 apabila komunis mengambilalih pemerintahan yang menyaksikan pembunuhan lagi 35 juta rakyat China. Sesetengah sejarawan  mengatakan angka kematian oleh kekejaman komunis setinggi 100 juta orang. kita boleh mempercayai Pengerusi Mao Ze Dong apabila beliau memberitahu yang senjata adalah sumber kekuatan teragung kesemua kuasa politik.

Hitler telah terpilih ke persada kuasa pada Januari 1933, disebabkan UUPS telah pun dikuatkuasakan 5 tahun sebelumnya, Hitler sudah pun mengetahui siapa yang memiliki senjata. Rampasan senjata besar-besaran telah menjadikan rakyat Jerman terkutik lemah. Hitler kemudian menguatkuasakan satu lagi UUPS pada tahun 1938. sehari selepas Kristallnacht, malam jahanam yang diketuai Nazi dalam mengasari dan membunuh Yahudi, keturunan Yahudi telah dilarang dari memiliki senjata api, cotar atau sebarang senjata tajam. Tanpa perlindungan diri, dengan data maklumat dan kad pengenalan sebagai Yahudi, adalah mudah bagi kerajaan untuk menangkap kaum Yahudi dan menghantar mereka ke kem tahanan. Lebih 5 juta (angka yang digelembongkan Yahudi-Penterjemah) Yahudi telah dibunuh dalam kem maut itu. Ramai tahanan politik, pasifis, Slav, Gipsi dan kaum lainnya yang dibunuh semasa rejim Hitler. Hampir 21 juta manusia telah maut di bawah Hitler kerana mereka telah dijadikan lemah oleh UUPS.

Sebaik sahaja Pol Pot mencengkam kuasa di Kemboja dalam tahun 1975 bedebah itu terus melucutkan pegangan senjata di kalangan rakyatnya. Rakyat negara itu benar-benar tidak menyedari dan menjadi tidak bermaya untuk menghadapi bencana selepas itu. Keseluruhan penduduk Kemboja telah dikerah menjadi buruh ladang kolektif. Keseluruhan negara itu ditukar menjadi sebuah kem tahanan besar di mana rakyatnya tiada rumah, tiada hak milik malah tidak lagi memiliki keluarga. Satu perkataan mulia kepada kanak-kanak boleh menjadi satu jenayah besar sehingga dihukum bunuh. Wawasan Pol Pot tentang komunis “Utopia” menyeru kepada pemurnian negara itu dengan menghapuskan pemimpin agama, sami, nun, padri, penceramah, keturunan Vietnam serta pelbagai kaum etnik, professional serta cerdik pandai. Sehinggakan mereka yang berkaca mata juga telah diintai maut. Matlamat Pol Pot ialah untuk mengurangkan populasi Kemboja dari 7 juta kepada 1 juta sahaja. Nasib baik lah pembunuhan kejam itu telah dihentikan sebelum matlamat keji itu tercapai, akan tetapi angka kematian memang amat dahsyat. Terdapat 2,035,000 orang awam yang tidak bersalah telah dibunuh, UUPS tidak pun mendatangkan faedah kepada rakyat Kemboja.

Pemimpin politik dunia menerima Idi Amin sebagai pemerintah di Uganda tahun 1971. sebelum Idi Amin mencengkam kuasa, UUPS telah pun dikuatkuasakan yang warga biasa tidak boleh memiliki senjata api. Idi Amin dengan pantas telah mengarahkan pembunuhan kesemua tentera yang diragui ketaatannya. Lebih 16,000 orang ghaib dalam beberapa bulan berikutnya. Amin mendakwa yang Tuhan beliau telah mengarahkannya menendang keluar kesemua keturunan Asia dari Uganda. Kemudiannya beliau telah diarah Tuhan untuk mengusir keluar kesemua keturunan Inggeris.

Tanah dan harta mereka telah dirampas. Keadaan huru-hara menimpa negara dan akhirnya 300,000 manusia yang tidak berdosa dibunuh dengan kejam di Uganda termasuklah Hakim Mahkamah Tinggi yang berani membuat keputusan yang bercanggah dengan kehendak Idi Amin. UUPS jelas tidak membawa keamanan kepada Uganda.

Pengawalan senjata api sudah tentu tidak membantu nasib malang kaum Tutsi di Rwanda dalam tahun 1994. dengan gabungan tidak bersenjata dan kezaliman oleh kerajaan mereka sendiri, dalam 100 hari sahaja 800,000 Tutsi telah dibunuh. Menteri Pertahanan yang menganugerahkan kebenaran permit senjata dan menjaga pendaftaran senjata api juga adalah orang yang sama mengepalai kempen pembunuhan itu. Bagi menghalang mangsa dari melarikan diri, sekatan jalan telah diadakan dan Kad pengenalan telah diperiksa identity setiap orang yang telah dijatuhkan hukuman mati hanya kerana mereka adalah kaum Tutsi.

Mensasarkan orang awam untuk penghapusan bukanlah satu yang asing dari dahulu , akan tetapi ia berterusan sehingga hari ini di tempat seperti Tibet, Bangladesh, Zimbabwe, Sudan dan lain-lain. Cuba gaulkan perasaan benci, kerajaan dan warga yang tiada pertahanan diri apa agaknya akan terjadi? Jutaan orang tidak bersalah dibunuh. Akan tetapi nasib baiklah ia berlaku di tempat yang jauh dan kepada manusia yang berbeza dari kita, kan? Ia tak mungkin berlaku di sini.

Sebagai sebuah negara, AS juga tidak terkecuali dari mensasarkan orang yang tidak bersalah hanya kerana siapa diri mereka. Dalam Abad 19, sehingga 4 juta orang berkulit hitam telah dijadikan hamba dan tidak mempunyai hak. UUPS awal yang dibuat Amerika telah disasarkan kepada hanya satu kaum untuk menjadikan ia lemah. Negara mengadakan undang-undang yang melarang sebarang kaum Kulit Hitam tak kiralah samada ia seorang yang merdeka dari membawa senjata api. Hubungan juga tegang antara keturunan Indian dan orang Putih. Kedua belah pehak melakukan jenayah sambil menuduh puak yang satu lagi sebagai pelaku nya. Merampas senjata dari kaum Indian tentu sahaja tidak menjadikan mereka selamat dari sasaran kaum kulit putih yang bersenjata lengkap. Semasa PD2, 110,000 orang, kebanyakannya keturunan Jepun telah dikepung, dilucutkan senjata milik mereka dan dihantar ke kem tahanan di Amerika. Dua pertiga dari mereka adalah warga negara Amerika sendiri. Mereka tidak pun melakukan jenayah, akan tetapi menjadi warganegara Amerika bukanlah jaminan mutlak mereka dilindungi. Seperti juga negara lain, UUPS pada tempoh awalan Amerika digunakan untuk menyakat sesetengah kumpulan minoriti dan melemahkan mereka. Akan tetapi mungkinkah UUPS akan lebih berkesan di Amerika hari ini?

Pada 16 Oktober 1991 di Café Luby Killeen Texas, UUPS telah mengakhirkan riwayat 23 orang yang telah dibunuh oleh seorang yang bersenjata api. Seorang doktor muda tidak berupaya melindungi kedua orang tua nya dari dibunuh semasa kejadian itu sedangkan beliau teringat yang senjatanya tersimpan di dalam kereta kerana adalah menjadi satu kesalahan membawanya dalam beg. Undang-undang itu juga telah menyebabkan maut kepada anak-anak Carpenter pada 23 Ogos 2000 yang tinggal di kawasan kampong di California. Walau pun kesemua lima anaknya tahu bagaimana menembak, Undang-undang California menghendaki senjata dikunci serta disimpan jauh dari mereka. Kanak-kanak itu telah terbiar tanpa pertahanan dari seorang penceroboh yang bersenjata garpu rumput ‘pitchfork’. Pintu damn tingkap telah dikunci dan talian telefon diputuskan. Penceroboh itu mula menikam Anna yang berumur 14 tahun apabila adik perempuannya yang berusia 9 tahun Ashley datang membantu. Bedebah itu kemudiannya menikam Ashley sehingga mati namun beliau sempat berteriak agar kakaknya melarikan diri. Mereka terfikirkan akan senjata api yang ada tetapi ianya telah dikunci. Ketiga-tiga anak perempuan yang tua telah lari meminta senjata api dari jiran sebelahnya. Mangkuk hayun itu enggan membantu kerana bimbangkan kerajaan akan merampas pula senjata nya nanti. Pehak berkuasa dipanggil dan tiba lima hingga sepuluh minit kemudian. Akan tetapi ianya terlalu lewat kepada Ashley 9 tahun yang mati akibat dari 138 liang luka dan John William 7 tahun yang mati akibat dari 46 tikaman.

Apabila seseorang menerima untuk senjata nya dirampas mereka bukan sahaja menyerahkan kebebasan diri mereka, akan tetapi mereka telah pula menjadi sasaran mudah kepada penjenayah walaupun mereka menggunakan senjata ringkas—cotar, garfu rumput malah pemotong kotak juga. Memang menakjubkan yang kita masih belum mendengar kebenaran tentang UUPS walau setelah pembunuhan 9/11. kenapa dunia tidak menyoal soalan yang tepat tentang sistem yang membenarkan ribuan orang mati hanya kerana mereka dibiarkan lemah berhadapan dengan penjenayah yang hanya bersenjata pemotong kotak!!

Apa yang dikatakan oleh Diktator Komunis Mao Zedong tentang kuasa politik yang diperolehi melalui laras senjata api itu memang benar seklai. Atas alasan itu lah kenapa ‘American Bill of Rights’ mengandungi Pindaan Kedua. Kuasa politik sepatutnya berada dalam tangan rakyat- bukan hanya dalam genggaman kerajaan! Nenek moyang kita memang tahu sejarah yang dilalui mereka. Apa yang membezakan AS dari negara-negara lain di dunia ialah mempertahankan diri adalah HAK, bukannya keistimewaan sesiapa.

Saya berharap yang anda semua akan bekerja bersama saya, bukan sahaja untuk memastikan yang tiada Rang Undang-undang akan diluluskan Kongres malah setiap UUPS yang sudah pun dilaksanakan dibatalkan. Kehidupan dan hak generasi masa hadapan kini dalam bahaya. tidak dapat saya fikirkan yang kita akan menjadi sahabat Syaithan kerana tidak melakukan sesuatu.

© 2004 Debbie O'Hara - All Rights Reserved

03.05.2004 - Terjemahan E-SPAR (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertai Maillist M@RHAEN