TAG 1588:
BN Mula Merekah Gara-gara Penderhakaan Di Luar Kawalan
(The BN crackles and crinkles amidst more mutinies than it can handle) Oleh MGG Pillai - 22.04.2004

Segala keceriaan yang tertonjol secara mendadak dulu kini bertukar kepada kesangsian betapa banyak perkara yang tidak menentu. Empayar Barisan Nasional (BN) sudah mula merekah dan berkedut di bahagian pusatnya, di bahagian luar dan di pinggiran dan diwarnai unsur perdombaan di merata tempat. Keadaan menjadi kalut lagi apabila para pemimpin mengeluarkan kenyataan dan maklumat dasar yang kerap bercanggahan. Para pemimpin terutamanya menteri kabinet dan Menteri Besar sudah mula menghilangkan diri menyorok di sebalik kubu kuat mereka, sambil menyuarakan kenyataan yang tidak masuk akal. Sebab sebenar tidak akan difahami oleh rakyat Malaysia kerana segala kenyataan itu dilaporkan tanpa sebarang dakwa-dakwi ataupun penyelesaian kepada soalannya. Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badwi, memang mempunyai niat yang baik, cuma dia kerap dihalang oleh keputusan kemenangan besar di luar jangkaannya, dalam pilihan raya bulan lalu. Beliau tidak mampu merombak kabinet yang diwarisi daripada ketuanya dahulu. Kalau anggota kabinet itu semacam barangan pengguna, tarikh luputnya sudah muncul dan dimusnahkan bertahun-tahun dulu lagi. Paklah baru dengan jawatannya itu dan terpaksa menentukan dia akan dilantik memegang jawatan Presiden UMNO dalam empat bulan lagi, kerana itu dia tidak mampu meminggirkan sesiapa kerana mahukan sokongan mereka. Kerana itu dia tidak mampu mengecutkan kabinetnya lagipun seseorang negarawan itu mesti menunjukkan kebolehan sebagai seorang ahli politik yang akan menang lagi jawatan yang dipegangnya. Kewaspadaan begini yang membuatkan beliau mengambil kira pihak lain dengan melantik mereka, tetapi lantikan itu dibuat begitu tidak menentu sehingga mencetuskan keresahan akar umbi yang tidak dapat dielakkannya.

Fenomena sedemikian bukan sahaja sedang menghantui UMNO. Sumber di MCA berkata Presiden parti, Dato’ Seri Ong Ka Ting mahu cuba nasibnya selepas melihatkan kemenangan besar MCA dalam pilihan raya umum yang lalu, dengan mengeluarkan sindiran betapa sepatutnya negara mempunyai jawatan Timbalan Perdana Menteri Kedua, dan beliau adalah calon paling cocok untuk jawatan itu. Andaian ini adalah laksana sehelai kain merah yang dikibarkan di hadapan mata lembu UMNO. Sepatutnya dia tidak mencuba nasibnya semacam itu. Sepatutnya dia mengkaji dahulu kisah lama melibatkan Presiden MCA satu ketika dahulu, pada tahun 1974. Tun Tan Siew Sin, telah gagal sehingga parti itu terpinggir begitu sahaja. Sepatutnya dia mencuba perkara itu di Persidangan Majlis Tertinggi BN. Namun demikian dia memang tidak berapa berani berbuat demikian. Sepatutnya dia sudah lama sedar betapa dia hanya akan dapat apa yang dimintanya melalui pujuk rayu kepada Presiden UMNO dan bersabar sahaja, bukannya dengan merayau dan meracau dengan kata-katanya. Mungkin dia berfikir, kalau Paklah sanggup menggugurkan kawan baiknya, Dato’ Chua Jui Meng dan seorang Timbalan Presiden MCA, daripada menganggotai kabinet, kerana Presiden MCA tidak mengingini beliau, itu sudah menjadi dalil yang cukup yang pendapatnya akan selalu dirujuk dan didengar juga. Walaupun UMNO sedang berpecah-belah, ia mudah bingkas dengan tegas apabila ada orang luar yang menunjuk-nunjuk mahu agihan bahagian yang lebih besar daripada yang sepatutnya. UMNO mampu melupakan pecah-belah itu untuk seketika hanya untuk menghumban orang luar yang datang mengacaunya. Apa yang kita lihat sekarang ini sama dengan apa yang sedang dihadapi oleh sebuah negara yang paling perkasa di dunia ini, yang digugat oleh pejuang Iraq yang tidak pun mempunyai senjata canggih dan bantuan dunia luar selain nekad berjihad. MCA tidak faham akan perangai orang Melayu. Lagipun kalau MCA berasa bangga kerana menang besar dalam pilihan raya itu, UMNO pun menang besar juga.

Presiden UMNO sedar akan kelemahannya dan semua parti BN adalah laksana serigala yang menjaga reban ayam, serta bersiap sedia untuk menerkam apabila perhatian terhadapnya melencong ke arah lain. Ini bukannya satu perkara yang mudah. Kecemerlangan UMNO begitu telah diikuti oleh keadaan sebuah parti yang berkemungkinan berpecah-belah seandainya segala riak pemberontakan tidak ditangani sehingga ke akar umbi. Kemenangan besar hanya boleh ditangani seandainya pucuk kepimpinan parti memang benar-benar mantap. Inilah yang ternyata tidak wujud sekarang ini. Perdana Menteri basi, Tun Kepala Taik Mahathir, memang tidak memberi ruang kepada sebarang pemberontakan, dan dia memang begitu bertegas, sehingga mencapai satu kesan yang sungguh menghenyak beliau akhirnya, apabila dia membuang, menangkap dan mengaibkan orang yang telah dipilihnya untuk mengganti tempatnya, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Memang dia berjaya dengan usahanya itu. Cuma dia mencengkam kuasa terlalu lama, tanpa memberi ruang kepada Paklah masa yang cukup untuk menggantikan tempatnya dengan keupayaan sendiri. Kini, semua panglima perang sudah menunjukkan bagak mereka malahan sebelum pilihan raya umum itu lagi. Sejurus pilihan raya selesai, ramai pemimpin UMNO yang ikut serta. Lebih ramai masuk campur apabila Majlis Tertinggi UMNO membuat keputusan bahawa jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri akan dicabar sebagai Presiden UMNO dan Timbalan Presiden UMNO. Inilah yang tidak baiknya. Waktu ini memang tidak ada Presiden dan Timbalan Presiden UMNO. Bagaimana pula majlis tertinggi UMNO boleh membuat keputusan bahawa dua jawatan itu tidak boleh dicabar?

Kini sudah ada cakap-cakap yang serius di kalangan pemimpin UMNO yang tidak puas hati, dengan rencana untuk mencabar kedua-dua jawatan ini, dan dengan janji agar kedua penyandang akan bertarung untuk mencapai kejayaan sendiri. BN dan UMNO memang mudah setuju tanpa banyak soal apa yang dimahukan oleh Presiden UMNO. Sesiapa yang tidak bersetuju akan kehilangan jawatan dan dipinggirkan. Adalah amat berbahaya kalau seseorang pemimpin UMNO menonjolkan pendapatnya yang mencabar kewibawaan Presiden parti. Para pemimpin UMNO tidak mempunyai golongan penyokong tersendiri, tetapi mereka akan bernaung di bawah kalau mereka berjaya. Hari ini, para pemimpin yang unggulan dalam UMNO baik masih memegang jawatan mahupun tanpa jawatan adalah mereka yang mempunyai kumpulan penyokong sendiri walaupun sudah dikenakan beberapa bentuk hambatan daripada menonjolkan diri. Ada antara mereka yang sudah menjadi mangsa kepada peperangan politik begini: sebagai contoh pihak bank mempunyai kepandaian untuk mendesak hutang yang bertapuk daripada mereka yang secara kebetulan sedang bertelagah dengan Presiden parti. Kali ini, perkara itu tidak semudah begitu.

Pertama, peralihan jawatan kepada Paklah kini sedang berserabut dengan dakwaan wujudnya penipuan dalam pilihan raya. Dia mungkin tidak terbabit dalam perkara itu, tetapi UMNO sudah menunjukkan minat yang mendalam dalam perkara ini. Paklah sudah menunjukkan keengganan mengecutkan saiz kabinet beliau dengan 'tunggul mati' dalam kabinetnya, dan beliau enggan mengaitkan Menteri Besar yang tidak diminati ramai dalam parti ataupun istana ataupun kedua-duanya sekali, sambil berdolak-dalik dengan beberapa dasar dan program yang tidak menentu kesannya. Contoh yang terbaik ialah cara beliau mahu membanteras rasuah. Keadaan menjadi lebih kelam-kabut apabila muncul satu masalah lagi: Mursyidul Am PAS, Dato’ Nik Aziz Nik Mat telah mengajak umat Islam agar bersama-sama bersolat hajat agar Allah menghukum sesiapa yang membuat aniaya semasa pilihan raya dulu. Dia sudah mulakan solat hajat beramai-ramai itu di Kelantan, Terengganu dan di ibu pejabat PAS di Gombak, Kuala Lumpur. Begitu juga di bahagian utara semenanjung dan di Jengka, Pahang. Inilah sembahyang hajat yang amat menakutkan kesannya, setelah melihat kesan sembahyang hajat yang sama dibuat dahulu sejurus Anwar Ibrahim diaibkan. Beberapa orang yang terlibat dalam kes penganiayaan Anwar telah menemui kematian yang dahsyat, ada yang punah-ranah, dan seorang tokoh utama yang terbabit dalam skandal itu sudah tergagap-gagap kini sehingga pergi bertemu Anwar Ibrahim meminta keampunannya, semasa Anwar berada di mahkamah. Ada seorang insan yang bertugas sebagai seorang hakim mahu meminta maaf juga tetapi dia telah diberitahu agar melakukannya secara peribadi. Himpunan manusia bersolat-hajat kini sudah mencecah 5,000 orang setiap kali ia diadakan. Inilah yang sudah menjadi dalil sekali lagi betapa berpecah-belahnya masyarakat Melayu sekarang ini.

MGG Pillai
pillai@streamyx.com
24.04.2004 - Terjemahan MT-SPAR (suntingan M@RHAEN)
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertai Maillist M@RHAEN