TAG 1587:
AS Sedang Terhenyak Oleh Hutang
Dollar Boleh Merudum Bila-bila Masa

(USA in debts. Dollar can collapse any minute) Oleh Vladimir Fedorov (Financial Markets Analyst)

AS kini adalah negara penghutang yang tersohor dengan setiap saat hutangnya bertambah $13,194. jumlah hutang negara AS telah mencapai tahap rekod yang mengkagumkan- lebih dari 7 Trillion pada Februari 19,2004. ini adalah pertama kali terjadi dalam sejarah Amerika. Jumlah hutang itu bersamaan dengan 2/3 KDNK negara itu.

AS merudum ke tahap bajet deficit yang menyedihkan sejak 1.5 tahun yang lalu. Tahun kewangan 2002 pada 30 September menunjukkan bajet deficit sebanyak $159 billion. Deficit itu mencanak dengan pantasnya, dan pada penghujung tahun kewangan 2004, ia akan melampaui angka $0.5 billion. Jangan lupa yang  Washington memerlukan lebih banyak wang untuk tenteranya.

Sedikit masa dahulu ianya kelihatan bagai sebuah mimpi. Apabila Presiden ke 42- William Jefferson Clinton berakhir, George Walker Bush mewarisi simpanan kewangan yang amat ketara. 3.5 tahun yang lalu lebihan bajet telah mencecah rekod sebanyak $236.9 dan para ekonomis meramalkan yang kewangan AS akan kekal sihat sehingga 2010. State Treasury AS menimbangkan untuk emmbeli kesemua hutang negara.
 
Malangnya panas tidak sampai ke petang. Tradisi politik AS ialah: Apabila Demokrat memerintah, deficit bajet akan berkurangan, apabila Republikan mengambilalih, defisiti akan mencanak.

Kita boleh mengatakan yang AS tidak bernasib baik. Apa yang malang ialah pada tahun 2000 lalu apabila mantan Timbalan Presiden AS, Demokrat Albert Gore telah tewas 1000 undi kepada George Bush yang menentukan keputusan pemilihan Presiden. Kejatuhan pasaran saham yang berlaku semasa Presiden Clinton yang diikuti pula kemelesetan ekonomi yang melanda ekonomi terbesar dunia. Kemudiannya berlaku serangan pengganas 9/11 pada tahun 2001 dan dua kempen ketenteraan di Afghanistan serta Iraq memerlukan bajet tambahan.
 
Hasilnya, pada bulan Oktober 2002 ‘jam hutang’ yang masyhur di new York telah mula mengira jumlah hutang negara AS semula. Jam itu telah terhenti pada September 2000 apabila pentadbiran Clinton mempertahankan imbangan positif akan bajet negara dan mengurangkan bebanan hutan. Selepas 2 tahun jam itu terhenti, nombor 13 digitnya muncul semula pada papan kenyataan gergasi dan ianya meningkat dengan berterusan. Setiap hari hutang negara AS meningkat sebanayak 1.77 bilion dollar dan pada perkiraan sekarang ia bermakna yang setiap warga AS berhutang sebanyak $23,980.88 kepada pemiutang dalaman dan juga luar negara.

Sebuah jam digital yang besar telah dibina pada persimpangan jalan 6th Avenue dan 42nd Street. Penajanya ialah Pemaju hartanah di New York Seymour Derst yang membelanjakan $2000 sebulan bagi menarik perhatian rakyat Amerika terhadap isu hutang negara. Namun pengorbanan beliau tidak mencapai matlamatnya. Namun, George Bush kini bertanding untuk kedua kalinya jawatan Presiden berjanji untuk memotong deficit bajet dari 5 peratus kini kepada angka yang lebih diterima 2 peratus. Pun begitu, janji manis sebelum pilihanraya memang begitu selalunya, manis umpama madu.

Vladimir Fedorov - 24.04.2004 - Terjemahan N-SPAR (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertai Maillist M@RHAEN