TAG 1572:
Kesamsengan Melalui Teladan
(Gangsterism by example) Oleh Martin Jalleh - 07.04.2004
Dipetik drp Sangkancil Group

Kerajaan telah berjanji mahu membasmi gejala samseng di sekolah-sekolah. Satu jam sejurus beliau dinobatkan sebagai Menteri Pendidikan, Hishamuddin Hussein telah mengumumkan penubuhan satu jawatankuasa khas untuk menangani masalah itu.

Isu ini menjadi hangat sejurus seorang kanak-kanak pintar berusia 16 tahun yang dibelasah di sebuah sekolah Agama di Negri Sembilan. Beliau meninggal dunia akibat didera oleh sekumpulan rakan sekolahnya.

Alangkah pelik cerita ini kerana hanya tujuh bulan yang lalu Menteri Pendidikan basi Tan Sri Musa Mohamed telah membuat Akujanji mahu menangani masalah yang serupa. Beliau turut mengumumkan penubuhan satu pasukan petugas khas untuk memantau masalah kesamsengan di kalangan kanak-kanak sekolah, khususnya yang berada di asrama penuh. (Utusan Malaysia)

Malahan, Musa telah menunjukkan muka marahnya semacam Hishamuddin juga setelah diberitahu bahawa seramai 20 pelajar Sekolah Tunku Abdul Rahman di Ipoh telah menubuhkan apa yang disebut sebagai ‘high council’ (Majlis Tertinggi). Dia semakin menggila apabila diberitahu adanya fenomena yang sama di Maktab Melayu Kuala Kangsar.

Hishamuddin telah berdrama ketika mengumumkan: “Kita mahu gejala samseng di kalangan pelajar dibanteras dan dimansuhkan hingga ke akar umbinya secepat mungkin” (The Star 31.3.04)

Jika benar beliau serius mahu menyelesakan masalah itu hingga ke akar umbi, dia harus mulakan dengan bermuhasabah diri terlebih dahulu.

Tentu dia masih ingat kisah anggota Majlis Tertinggi Pemuda Umno yang didenda oleh mahkamah kerana menyebabkan rusuhan pada persidangan APCET II (Second Asia Pacific Conference on East Timor) di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 1996. Mereka telah memecah masuk pintu bilik persidangan, menggeledah bilik itu dan mula mengamuk sehingga mengugut para peserta persidangan.

Ketika itu Naib Ketua Pemuda UMNO bernama Hishamuddin Hussein, telah memberitahu betapa kejadian kesamsengan itu sebenarnya belum mencukupi lagi. Malahan dia terus mengumumkan: “Kami bangga dengan keberanian dan kematangan mereka” - kerana melanggar undang-undang?

Empat tahun kemudiannya (2000), Hishamuddin memegang tampuk kepimpinan Pemuda UMNO, dan gejala samseng mula bercambah semula. Kali itu mereka tunjukkan di tembok Dewan Perhimpunan Cina Selangor. Mereka membantah terhadap Suqui (Jawatankuasa Rayuan Pilihan Raya Pertubuhan Cina Malaysia) dengan cara yang sungguh mengaibkan.

Ketika itu Naib Ketua Pemuda UMNO (yang bukan pun mempunyai setitik darah Melayu) Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir telah berdiri dengan angkuh menolak secara berulang-ulang tawaran pegawai Suqui agar mereka berdialog. Para wartawan dan jurugambar telah dikasari serta dicaci dalam tunjuk-bagak mereka.

Sikap Hishamuddin berdiam diri dalam hal ini memberi andaian yang dia memang merestui sikap angkuh dan kesamsengan dalam peristiwa tersebut. Dia merenggangkan dirinya daripada Naibnya apabila ada pertanda bahawa pucuk kepimpinan UMNO tidak berapa menyenangi gelagat mereka.

Seandainya Hishamuddin benar-benar mahu merungkai akar umbi masalah gejala kesamsengan, dia harus mulakan daripada peringkat atasan. Dia harus minta bantuan rakan kabinetnya Samy Vellu yang pernah menaja satu kajian terhadap masalah gejala samseng di kalangan masyarakat India, termasuk perangai rombongan beliau semasa dua pilihan raya umum yang baru berlalu.

Semasa Pilihan Raya Umum November 1999 dahulu, calon BA, Dr. Jevaraj Kumar telah mencabar Samy Vellu di Sungai Siput. Beliau terpaksa membuat beberapa aduan polis apabila 15 orang samseng upahan telah menceroboh bilik operasi dan mengugut semua pembantu kempen beliau. Mereka menyerang dengan botol pecah untuk “menghancurkan sesiapa yang sanggup mencabar Samy”. Tidaklah diketahui apakah samseng tersebut merupakan sebahagian kajian tajaan Samy.

Tetapi, nampaknya sekarang MCA pun mempunyai sejarah gemilang mengenai budaya samseng ini. Tahun lalu, Ketua Pemuda MCA, Datuk Ong Tee Keat, telah mendedahkan satu berita mengejut betapa unsur triad dan samseng Cina sudah meresap masuk mempengaruhi urusan pucuk tertinggi MCA. (Dakwaan Mahathir Tentang Tiada Hubungan Antara MCA-Kongsi Gelap Hanya Satu Penipuan Semata-Mata) Link ke artikel lain berkaitan MCA-Triad terdapat di akhir artikel ini.

Beliau telah menyebut dengan terus terang dua nama samseng yang terlibat kepada Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri ketika itu, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi. Kemudian perkara ini disusuli oleh tiga laporan polis daripada pasukan Tim B MCA di Bukit Mertajam, Kelang dan Kuala Lumpur.

Yang memberikan kesahihan kepada dakwaan Ong Tee Kiat itu ialah hubungan antara Presiden Ong Ka Ting dengan pemimpin cawangan MCA yang kemudiannya didakwa merupakan seorang pemimpin triad. Tahun lalu, Ketua Cawangan MCA Gurney Drive di Pulau Pinang, bernama Ong King Ee; ataupun lebih dikenali sebagai Jackie Chan, telah ditahan polis kerana aktiviti kumpulan samseng mengikut Undang-undang Darurat. Tetapi beliau telah diberikan pengampunan kemudiannya dan dibebaskan. (The Sun 5.4.04)

Walaupun sudah tercetus kisah penangkapan seorang pegawai tinggi MCA di Labuan yang melibatkan aktiviti perjudian dan pelacuran (Sun 5.4.04) Ong Ka Ting masih berbangga dengan dakwaan bahawa MCA tidak akan menyekat anggota parti yang mempunyai pertanda pembabitan dengan kumpulan jenayah ataupun triad.

Akan tetapi, tidak ada contoh yang paling baik mengenai gejala samseng dan budaya membuli yang dikaitkan dengan Polis Raja Di Malaysia. Bayangkan mesej yang diserap oleh muda-mudi negara ini apabila Ketua Polis Negara menjadi seorang samseng sekejap dengan menghenyak Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu ditutup matanya dan tangannya digari di belakangnya. Itulah kisah mata lebam yang dilakukan oleh polis di Bukit Aman. Tingkah laku polis yang mengacu senjata api dan membalun dengan belantan anggota masyarakat yang tidak bersenjata, ketika mereka berdemonstrasi secara aman di jalan raya, kemudian membariskan mangsa ini untuk diangkut oleh trak polis laksana haiwan sahaja. Tentu sekali insiden itu mencetuskan perasaan betapa kuasa dan dominasi pihak yang bersenjata itu adalah laksana kumpulan samseng sahaja.

Masyarakat kanak-kanak belajar daripada dunia orang dewasa. Adalah satu kerja membazir sahaja kalau difokuskan usaha terhadap gejala samseng di sekolah-sekolah. Kita memang tidak dapat nafikan betapa gejala samseng sudah menjadi sebahagian budaya masyarakat kita. Sudah tidak menjadi rahsia lagi apabila kumpulan perniagaan menggunakan samseng untuk menangkap, mengugut, ataupun mencederakan sehingga lumpuh malahan membunuh kerana sesuatu alasan ataupun sebaliknya.

Sifat dwi-standard dan kepalsuan dunia dewasa negara ini khususnya di kalangan orang politik mesti dihentikan. Jika tidak kita akan terpaksa menunggu kemunculan seorang Menteri Pendidikan (kini gostan semula menjadi ‘Pelajaran’) baru pula untuk menubuhkan satu lagi pasukan petugas khas dalam usaha membuat kelentungan bagaimana mahu menyekat gejala samseng di sekolah-sekolah.

Martin Jalleh - 08.04.2004 - Terjemahan MT-SPAR (suntingan M@RHAEN)
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com

Artikel berkaitan:
Dr. Nologareng: Kes Jackie Chan: Penyelesaiannya ala-Hollywood
Dr. Nologareng: Apabila PDRM Bertukar Menjadi PRdM
Dr. Nologareng: Isu Samseng: Bukan MCA Sahaja Pengamalnya

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertai Maillist M@RHAEN