TAG 1570:
Demokrasi: Satu Kemestian Untuk Malaysia, Bukan Untuk UMNO
(Democracy is a must for Malaysia, not for UMNO) Oleh MGG Pillai - 04.04.2004

UMNO sudah tidak tercabar lagi, dan ternyata sedang menguasai segala-galanya. Malaysia dan Barisan Nasional (BN) mesti menari mengikut rentak gendang paluannya. Walaupun ternyata sudah bermaharajagila, pencapaian tahap itu memang tidak berbaloi kudratnya. Kerja-kerja haprak mencekik Pembangkang memang merupakan kerja biasa oleh UMNO tetapi tidaklah sampai menjadikan pemimpin UMNO itu begitu tercemar wibawanya. Laungan tuduhan bertalu wujudnya mainan kotor yang terlampau melepasi batasan dalam Pilihan Raya Umum yang baru berlalu membolehkan BN menang besar di Parlimen, sedangkan bahan bukti penipuan mega itu masih terus terbongkar memang boleh ditepis dengan mudah, tetapi tidak semudah itu pula pemimpin UMNO dapat berdiri megah. Sememangnya kalau mengikut pandangan kasar, tidak ada apa yang boleh menyekat BN pimpinan UMNO menguasai dunia politik, kerajaan dan Malaysia untuk lima tahun yang akan datang. Tetapi hakikat yang sebenar menampakkan betapa UMNO sedang gelabah kerana berusaha menyekat perpecahannya. Disebabkan kemenangannya yang besar, UMNO dihenyak masalah perpecahan yang besar juga, jika tidak ditangani dengan bijak, segala-galanya akan meledak. Inilah hakikat yang sudah disedari oleh pemimpin UMNO. Mereka terpaksa bertindak dengan mengamalkan pendekatan yang tidak demokratis dengan menonjolkan golongan yang suka berpura-pura untuk berkongsi kuasa.

Itulah sebab utama kenapa diulang-ulang agar dua jawatan tertinggi dalam UMNO tidak dipertandingkan. Mereka mahu jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak tercabar. Kita diberitahu betapa tiga Naib Presiden UMNO tidak mahu jawatan itu dicabar, kerana takutkan UMNO akan pecah terburai. Inilah hukum-hakam Presiden lama UMNO, Tun Kepala Taik Mahathir Mohamed, semasa beliau dicabar sebagai Presiden UMNO. Itulah juga menyebabkan UMNO diharamkan oleh mahkamah pada 1988. Kesannya, UMNO Baru ditubuhkan di mana golongan yang mencabar beliau tidak diterima keahliannya dan inilah yang membolehkan beliau mencengkam kuasa selama satu setengah dekad apabila dua jawatan tertinggi tidak dipertandingkan. Namun, arahan yang terbaru ini tidak mempunyai asasnya. Umno tidak mempunyai Presiden dan Timbalan Presiden kali ini. Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Razak hanya menjadi pemangku jawatan yang mereka pegang. Dengan kata lain, dua jawatan tertinggi itu masih kosong, maka tidak timbul kisah pertandingan dan pencabarannya. Sesiapa sahaja yang kepinginkan jawatan itu boleh masuk bertanding.

Akan tetapi, Paklah dan Dato’ Najib yang memangku jawatan itu sekarang, tidak pula mahu dicabar. Kalau diambil-kira pertandingan UMNO 1978 dahulu, tentu kita boleh risau juga. Ketika itu Dato’ Hussein Onn telah dicabar oleh Dato’ Suleiman Palestin, (paman kepada mantan Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim) Sekitar 30 peratus  perwakilan telah menyokong pencabar. Inilah yang meresahkan Tun Hussein Onn akhirnya, dan selama tiga tahun seterusnya dia menerima nasib untuk berundur secara penuh kerelaan setelah menyedari wujudnya pencabar budaya feudal. Akan tetapi, Dato’ Suleiman akhirnya mendedahkan dia tidak pun dibayar mengikut yang dijanjikan, dan akhirnya mendedahkan secara terperinci apa yang sebenarnya terjadi kepada sesiapa sahaja yang sanggup mendengarnya. Ada desas-desus mengatakan bahawa Tun Kepala Taik Mahathir telah mendalangi pencabaran itu.

Sejurus Tun Hussein mengumumkan persaraannya, saya telah menyatakan kisah bagaimana dia telah disungkit keluar oleh Timbalan Perdana Menteri beliau sendiri. Hussein naik angin dan menyuruh saya keluar dari pejabatnya. Saya tidak menemui beliau selama beberapa tahun. Sementara itu Dato’ Sulaiman telah memperakukan apa yang saya dengar semasa dia mendedahkannya kepada satu kumpulan manusia di Coffee House Hotel Equatorial. Turut hadir ketika itu ialah Tan Sri Mohamed Rahmat yang sedang menghadapi krisis politik sejurus disingkir daripada jawatannya dalam kabinet dan dilantik sebagai Duta ke Indonesia. Beberapa tahun kemudian, atas permintaan Tun Hussein yang ketika itu sudah menjadi Penasihat Petronas, saya telah aturkan pertemuan beliau dengan Dato’ Sulaiman. Mereka bertemu di Pulau Pinang dan saya telah menjadi saksi atas permintaan mereka juga. Saya tinggalkan mereka selepas makan malam untuk mereka menyambung cerita sepanjang malam. Keesokan harinya Tun Hussein tidak dapat menahan amarahnya, bukan disebabkan beliau disungkit keluar tetapi kerana cara hukum-hakam feudal yang telah dicemari. Tidak syak lagi ketika UMNO diharamkan, untuk memberi laluan kepada UMNO baru, di bawah pimpinan Mahathir TKT, dia tidak dapat menganggotai parti itu. Itulah kesan keputusan pemilihan UMNO pada 1987, yang sepatutnya dimenangi oleh Tengku Razaleigh Hamzah dan bukannya TKT Mahathir. TKT Mahathir menang hanya setelah berlaku penipuan kepada kertas undi seperti mana pilihan raya umum yang terbaru ini ditipu juga.

Sesungguhnya Paklah dan Dato’ Seri Najib bukan sangat takutkan perpecahan UMNO berbanding kemungkinan mereka akan dikuis keluar dalam pertandingan terbuka. Ataupun mereka tidak berjaya merangkul undi melebihi dua pertiga. Seandainya perkara begini terjadi, dan berkemungkinan akan terjadi juga, sudah tentu ia akan mencetuskan huru-hara dalaman yang akan memusnahkan UMNO juga. Pemimpin UMNO sedar perkara ini, tetapi bukannya semua pemimpin yang lain, lebih-lebih lagi mereka yang begitu bergantung kepada media perdana yang dikuasai oleh BN untuk mendapatkan maklumat mereka. Kali ini memang sudah wujud satu masalah tambahan. Sebelum pilihan raya umum lagi, segelintir panglima perang parti, yang sudah lama wujud, sudah mula menunjukkan bagak, apabila Paklah naik. Apabila salah seorang mereka, Tan Sri Muhammad Taib tidak dipilih sebagai calon, sedangkan beliau adalah seorang Naib Presiden, dia telah menghilang daripada Selangor untuk berkempen mempertahankan jawatannya dalam parti. Sepatutnya kemenangan besar BN sudah mampu menghakiskan statusnya, tetapi tidak juga.

Apabila Paklah memaparkan betapa lemahnya kepimpinan beliau gara-gara tidak berani membuat tindakan tegas, sedangkan mempunyai segala bidang kuasa untuk melaksanakannya, sekali gus kuasa beliau semakin longgar. Tetapi ini pun masih tidak menyedarkan banyak pihak. Kini dia mengharapkan tidak ada sesiapa yang akan menentangnya, untuk beliau mula mencengkam kuasa dalam UMNO. Mungkin juga selepas ini dia lebih takutkan panglima perang dalam UMNO daripada pihak Pembangkang. Inilah yang tidak menyelerakan. Paklah terpaksa kitar semula apa juga yang pernah dijanjikan oleh setiap Perdana Menteri yang baru naik pangkat. Dan terpaksa melupakan semua janji itu dalam masa beberapa bulan selepas itu, sambil bertegas mahu kelakuan yang lebih baik daripada wakil rakyat yang akan menggunakan kad laporan untuk menilai kebolehan mereka. Pada waktu yang sama, Paklah sudah pun melupakan kisah pembanterasan korupsi yang dilaung-laungkannya dulu. Ada seorang menteri yang berani mencabar dengan menyebut kisah ‘18 ekor jerung’ yang perlu didakwa kerana rasuah. Beliau telah diturunkan kepada satu jawatan kecilan sahaja. Pada waktu yang sama di seluruh Kuala Lumpur dan merata tempat lain, sudah ada angka ‘18?’ yang distensil di dinding-dinding. Petugas majlis Bandaran kini terpaksa mencarinya dan memadam lakaran itu. Namun, angka tersebut kerap muncul juga. Mesejnya memang amat jelas: kenapa ’18 Jerung sahaja’? Tentu kita mula termenung memikirkan apakah pilihan dalam UMNO nanti satu kemenangan di medan pertempuran sahaja, sedangkan kekecewaan sudah lama dirasakan dalam peperangannya?

MGG Pillai
pillai@streamyx.com
08.04.2004 - Terjemahan MT-SPAR (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertai Maillist M@RHAEN