Plumber Jumpa `Bungkusan Wang`
Dalam Tangki Air Rumah Khalilov Yaakub
Assalamualaikum Tuan Pengarang!
Oleh kerana tak lama lagi SUA Umno Khalilov Yaakub akan ditabalkan sebagai TYT Gabenor Melaka ke 6, maka eloklah sangat kalau saya turut sama mengalu-alukan keberangkatan `perompak balak Pahang itu` dengan membongkar sebuah cerita benar ketika Khalilov menjadi MB .
Selepas tarikh pertabalannye sebagai TYT 4 Jun ini, mungkin saye sudah tidak boleh mengutuknye lagi maklumlah dah jadi Gabenor yang mane standardnye rendah sedikit daripada Raje. Silap-silap kutuk takut nanti akan didakwe sebagai kaki hasut.
Datin Seri Zurina hilang sombong apabila dimadu.
Nak tau apa ceritanya? Begini……kisah benar ini diceritakan kepada saya oleh seorang kaum kerabat saya yang kebetulan isteri kepada seorang pegawai PGA (dulu Polis Hutan) di Briged Tenggara Kuantan Pahang. Beliau pangkat kakak dengan saya kalau disusun dari susurgalur tali persaudaraan.
`Kakak` itu kebetulan pernah aktif didalam Umno (United Marxist National Organisations – Parti Kebangsaan Marxist Bersatu – saya pakai istilah Zahid Ibrahim, sebab lawyer Umno yang bencikan hukum hudud sudah pun mengkomuniskan Umno baru-baru ini) sehingga ketahap hubungannya dengan Datin Seri Zurina isteri pertama Khalilov begitu rapat.
Menurut `kakak` saye itu pade mulenye Datin Zurina tu adelah sesombong-sombong perempuan tetapi bile Khalilov pasang lagi satu kebetulan pulak PAnye sendiri (Setie Usahe Peribadi) barulah Zurina kurang sikit anginnye.Barulah nak mengenal orang untuk diajak berkongsi penderitaan bagaimane `pahitnye` madu.
Api kemarahan Zurina pada madunya itu nampaknya amat sukar untuk dipadamkan.Kata `kakak` saya tak kira majlis marhaban ke, bacaan Yaasin ke, doa selamat ke atau apa saja majlis anjuran Zurina yang dihadiri oleh seluruh wanita-wanita kenamaan dari seluruh Pahang maka caci maki terhadap sang madu itu menjadi agenda paling afdhal.
Bila saye tanyekan `kakak` apekah perangai buruk itu terbawak-bawak sampai sekarang, `kakak` saye tak dapat memberi jaminan penyakit Zurina itu akan sembuh.
Kalaulah begitu gayenye pakai nampak kempunan dan meloponglah seumur hidup madu Zurina itu untuk menjejakkan kaki di Istana Melaka kediaman rasmi TYT.
Plumber jumpa wang berguni di dalam tangki air.
Kita lupakan kerenah dan ragam Zurina itu biarkan dia dengan ragamnya.Biarkan Khalilov sahaja yang melayan kerenah bininya itu.Kita terus kepada kisah benar ini.
Menurut `kakak` saye kisah ini terjadi hampir sepuluh tahun lalu ketika Khalilov sedang berade dipuncak kuwase membalun segale macam khazanah negeri Pahang terutamenya balak.
Keistimewaan Khalilov iyelah diye pandai menjage Sultan. Segale-galenye boleh kowtim. Sebab itulah Sultan tak kacau diye, tak macam Dato` Rahim Bakar yang lebih mengutamekan rakyat akhirnye tak lame jadi MB.
Pade suatu hari sekitar pertengahan 96, kediaman rasmi MB Pahang mengalami gangguan bekalan air secara mengejut. Selaku MB Kahlilov hanya perlu memetik jari lalu menggelupurlah Pengarah Bekalan Air Pahang mengarahkan anakbuahnya untuk segera bertindak.
Untuk memastikan tindakan berkesan dan cepat make tige orang `plumber swasta paling mahir` (kontraktor) telah dilantik serte merte. Lalu ketige-tigenya pun bergegas kerumah Khalilov itu.
Cari-cari punya cari, kesan punya kesan namun punca kerosakkan tidak dapat juga dikenalpasti. Paip bekalan tiada yang bocor, semuanya ok tetapi air tetap tidak boleh terpancut keluar.
Last-last bincang punye bincang, fikir punye fikir make mereke bertiga sepakat membuat keputusan untuk memerikse tangki air utame ( main water tank ) yang terletak dibahagian bumbung rumah kediaman rasmi itu.
Sebaik-baik sahaja tangki air utama diperiksa , alangkah terkejutnya mereka. Rupa-rupanya di dalam tangki air utama itu terdapat 5 karung plastik ( warna hitam) sampah yang di isi sesuatu. Kebetulan salah satu daripada karung itu terkoyak lalu sebahagian isinya terkeluar dan menyumbat paip outlet (paip keluar) yang membekalkan air keseluruh kawasan rumah kediaman rasmi itu.
Pade mulenya plumber-plumber itu tidaklah mengesyakki ape-ape yang pelik apebile melihat isi karung sampah yang dibalut dengan plastik tebal ( kalis air ) berukuran 2 kaki panjang x 1 kaki lebar x 8 “ tinggi, tetapi setelah memberanikan diri membuke nye alangkah terperanjatnye mereka ; rupe-rupenye bungkusan (parcel)itu membalut wang kertas RM 100/. Bayangkanlah berape amaunnye.
Sebungkus (parcel) berukuran 2`x1`x 8” diisi wang kertas RM 100, 10 bungkus (parcel) setiap satu karung plastik sampah , dharabkan dengan lima karung. Siapa yang tak gelap mata bukan manusia normal namanya.
Tanpa berfikir panjang ketige-tige plumber tadi berpakat untuk menggeledah kelime-lime karung palstik tadi dan menyapu sebahagian daripada isinye. Mereke tahu kalau wang itu `wang bersih` pasti tidak disimpan dalam tangki air. Seorang MB tidaklah sekuno itu untuk tidak menyimpan wang didalam bank.
Kesimpulannya wang itu mestilah wang haram, dan Khalilov tidak akan berani membuat laporan polis kalau dia berbuat begitu bodoh sangatlah dia. Begitulah pendapat ketiga-tiga plumber tadi, ternyata pendapat mereka betul kerana sehingga hari ini sesudah hampir 10 tahun berlalu Khalilov tidak pernah membuat apa-apa laporan polis terhadap kehilangan wang simpanannya di dalam tangki air itu.
Kate `kakak ` saye lagi ketige-tige plumber berkenaan kini telah pun kaye raye dan memiliki lesen kontraktor kelas A. Semuwe dah jadi taukeh besar bukan lagi kuli batak!
Kalaulah cerita itu betul, bagaimana agaknya nanti tektik dan teknik Khalilov menyimpan timbunan wang haram yang diperolehi daripada pembahaman harta rakyat, adakah wang itu akan disimpan di dalam tangki air rumah Kediaman Rasmi TYT Melaka seperti dia menyimpan wang-wang haram itu di Kediaman Rasmi MB Pahang dulu?
Same-samelah kite tunggu ye, last sekali kalau rakan saye Haji Rahman (kontraktor) yang kini masih menjadi orang kuwat parti komunis Umno Bahagian Bukit Katil Melaka belum lagi memiliki lesen `plumbing`, segerelah memohon untuk mendapatkannye.
Manelah tau entah esok ke, luse ke, tulat ke atau tahun depan ke tibe-tibe sahaje Kediaman Rasmi TYT dilande gangguan bekalan air, tak ke Tuan Haji beruntung kalau `plumber` Tuan Haji yang dipanggil untuk memperbaikkinye.
Baiki punye baiki terjumpe pulak wang tunai didalam karung plastik sampah yang disembunyikan dalam tangki air di Kediaman Rasmi TYT …kaye rayelah engko Haji Rahman oooiii!
“MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH , YDP NEGERINYA BAPAK RASUAH ”
Allah hu Akbar! Reformasi! Daulat Tuanku!!!
Berani Kerane Benar!
Hidup Agamaku! Hidup Bangsaku!SI SONGKOK TINGGI KAPAR - 31.05.2004 -(suntingan M@RHAEN)
Catatan Penulis: Sukukata `OV` yang ditambah pada penghunung nama-nama tertentu di dalam artikel ini adalah berdasarkan arahan yang telah diwajibkan ke atas (nama) orang-orang Islam di negera tertentu Eropah Timur dan Asia Tengah oleh pihak komunis USSR satu ketika dulu. Kini fahaman komunis hampir-hampir pupus, tetapi Zahid Ibrahim `lawyer buruk Umno` menghidupkan semula fahaman itu dengan melabelkan bahawa “Sistem Umno sama dengan komunis” – Jadi tak salahkan kalau nama mereka dikomuniskan!
Makne perkataan Keling pade saye: Berbohong dari segi perkataan, perbuatan dan niyat macam Mahathir…. . tak ade makne lain tau…)
![]()