Alahai 2 Mustaffa dan Rahman Othman, Tak Tau Malukah Kalian?
Assalamualaikum Tuan Pengarang!

Izeddin Salim, Kadyrov dan Dolah Hadharirov.

Pilihan raya umum kesebelas hampir dua bulan berlalu, kemenangan yang mengekalkan Umno BN sebagai parti pemerintah untuk musim kesebelas terus diperkatakan orang. Nasib baiklah Imam Hadharirov Dolah Lembik menjadi PM di negara bernama Malaysia yang mana rakyatnya terlalu beradab dan bersabar, kalaulah berada di negara lain sudah lama dia dilucutkan kuasa.

Setakat dilucutkan kuasa sudah dikira baik, di sesetengah tempat pemimpin-pemimpin zalim dan haprak bukan hanya dilucutkan kuasa bahkan kadangkala diceraikan nyawa daripada badan.

Tengok saja, bagaimana baru-baru ini Presiden Chechnya Kadyrov terbongkang katak penangan bom yang dipasang di bawah tempat duduk VIP di sebuah stadium ketika sedang merayakan ulang tahun kemenangan tentera Russia ke atas Nazi (Hitler).

Kadyrov itu pada awal perjuangannya dia turut berada seregu dengan Dzokar Dudayev, Aslan Maskadaov dan Zelimkhan Nazarbayev. Mereka semua berjuang atas dasar Islam yang mahukan kafir Russia berambus dari tanah air mereka.

Satu ketika gabungan para pejuang Islam itu dapat memerintah Chechnya untuk beberapa ketika (pertengahan 90-an kalau tak silap), ertinya Chechnya pernah merdeka. Namun setelah Russia mengajak mereka berunding dan orang seperti Kadyrov berpaling tadah termakan gula-gula Moscow, kemerdekaan Chechnya tidak dapat bertahan lama.

Nasib yang sama terjadi kepada Izzedin Salim, Ketua Majlis Pemerintah Iraq tajaan Syaitan Besar Amerika. Dia kojol dua hari sudah dibom bersama enam orang tali barut lain walaupun berada di bawah kawalan keselamatan ketat di `Green Zone` berhampiran dengan HQ tentera Amerika di tengah Baghdad.

Dia orang tu barua kepada penjajah kuffar. Apa bezanya dengan Imam Hadhadrirov Dolah Lembik? Adakah dia juga boneka kepada penjajah kuffar?

Sekilas pandang Dolah bukanlah barua kepada mana-mana penjajah kuffar secara terang-terangan, walau apa pun yang pasti anak lelaki Arwah Datuk Khailan dan Ustaz Ahmad Badawi itu adalah barua kepada penzalim agung `kepala kepada segala taik` bernama Mahathir a/l Iskandar Kutty PM yang telah meletakkan jawatan tetapi masih berkuasa.

Tetapi seperti apa yang telah saya ajukan tadi, rakyat Malaysia terutamanya kaum Melayu Islam terlalu beradab, sabar dan bertolak ansur sehinggakan hampir licin hak mereka digadaikan oleh Umno kepada puak lain namun mereka masih berdiam. Itu Melayu beragama Umno/atas pagar yang bangang, macam mana pula yang berdegar-degar menyokong BA? Jawapnya dua kali lima juga!

Terang-terang Dolah Lembik memperkudakan Jabatan Pendaftaran Negara dan Suruhanjaya Pilihan Raya melakukan penipuan besar-besaran sehingga ternafinya hak rakyat untuk menghantar seberapa ramai wakil-wakil yang layak menyuarakan aspirasi mereka di DUN dan Parlimen (maksud saya wakil BA), itu pun masih ramai kalangan penyokong dan pemimpin BA yang ragu-ragu untuk bertindak. Balik-balik menggunakan saluran perundangan yang telah lama dijakunkan sepenuhnya oleh Umno BN.

2 Mustaffa dan Rahman Othman patut letak jawatan dari BA.

Terhegeh-hegeh hantar saman dan petisyen, seolah-olah poin penamat kepada perjuangan rakyat itu di kamar mahkamah. Kalaulah mahkamah (maksud saya mahkamah Malaysia Boleh!) merupakan poin penamat perjuangan rakyat (menegakkan keadilan dan kebenaran) gerenti Anwar sudah lama bebas, kem Kamunting kosong, kerajaan BA Terengganu pun tak mungkin jatuh sebab status wang Royalti Petronas tidak boleh ditukarkan sesuka hati kepada wang Ehsan dan Rafidah Aziz, Rahim Tamby Chik, Khir Toyo, Khalil Yaakob serta penyamun-penyamun yang lain sudah lama didakwa atas tuduhan rasuah.

Itu baru tiga empat contoh untuk menyatakan betapa tak berguna dan hapraknya mahkamah kelolaan Mahataik-Dolah Lembik. Masih tak faham-faham lagikah engkau orang semua wahai pemimpin dan penyokong BA? Tak bolehkah sesekali engkau orang buat sesuatu di luar dari batas `undang-undang jakun` tu, buat tunjuk perasaan lah!!!!!

Saya dapat tahu mula-mula bukan main hebatnya BA nak ganyang SPR kerana menjadi barua besar Umno BN, last-last hilang ghaib entah ke mana. Mana perhimpunan besar-besaran anti-SPR tu? Kata 17 April! Tetapi hari ini dah 19 Mei, tak usahkan perhimpunan, para penganjur yang berdegar-degar kokok mereka pada awalnya pun menghilang entah ke mana.

Ada tak ada, 17 Mei lepas, apabila Pas menghantar `saman SPR` ke Mahkamah Sesyen di Wisma Denmark Jalan Ampang. Itu pun yang berarak sekitar 50 orang sahaja bukan beribu-ribu seperti yang diharapkan. Kalau setakat 50 orang… sebelah mata pun Dolah tak pandang!

Saya tak berhasrat untuk menyalahkan PAS atau keADILan, sebab kedua-duanya adalah wadah rakyat. Jika digerakkan ke hulu bergeraklah dia ke hulu,jika ke hilir melangkahlah dia ke hilir! Yang patut diseligi adalah orang-orang yang diberi amanah untuk menerajui parti-parti itu.

Saya yakin kalaulah Mustafa Kamil Setiausaha Agung keADILan, Rahman Othman Timb. Presiden keADILan dan Dato Mustaffa Ali Naib Presiden Pas tidak gatal mulut untuk membatalkan `Perhimpunan Anti-SPR` 17 April lalu, sudah tentu Dolah Lembik tidak sesenang hati sebagaimana dia `berdondang sayang` sekarang.

Mustafa Ali walaupun difahamkan bukanlah anggota Badan Bertindak Penyelewengan Pilihan Raya Umum Ke-11, tetapi diberi hak untuk mengundi bagi membatalkan perhimpunan tersebut. Peraturan apa yang BBPPRU itu pakai? Bukan anggota mana boleh mengundi! Nak jadi jakun macam Umno BN juga kah?

Yang menghairankan lagi Dr Hatta dan Dr Lo` Lo` mewakili Pas membantah pembatalan tetapi Mustafa Kamil (budak lembik) dan Rahman Othman bersetuju. Mustafa Ali melengkapkan undian MK dan RO untuk mengecewakan penyokong di seluruh pelosok negara yang sudah bersiap sedia turun membanjiri KL.

Sepatutnya MK dan RO yang menjuarai mesyuarat agar perhimpunan rakyat itu tidak terbatal, nak tau apa sebabnya? Sebabnya semua pihak selalu mengaitkan bahawa `demonstrasi` adalah lebih condong kepada pendekatan politik yang diguna pakai oleh keADILan jika dibandingkan dengan Pas dan parti pembangkang lain.

Namun keadaan sudah terbalik, Dr Hatta dan Lo` Lo` wakil Pas suka demonstrasi manakala MK dan RO yang mendabik dada sebagai pendekar keADILan tidak menggemari demonstrasi. Mustaffa Ali kalau pun tak suka demonstrasi, tak ada siapa pun yang hairan, kerana fikrah politiknya barangkali hanya relevan setakat 31 Disember 1999.

Last sekali, kalaulah ketiga-tiga pemimpin BA berkenaan masih keberatan untuk mengakui kesilapan mereka kerana membatalkan Perhimpunan Anti-SPR tempoh hari, adalah dinasihatkan lebih baik mereka meletak jawatan dari BA dan serahkan urusan kepimpinan kepada yang lebih berani dan sanggup menanggung risiko.

Walaupun komen saya terhadap gelagat `lawak keterlaluan` ketiga-tiga badut politik BA itu agak terlambat, tetapi saya kira itu adalah permulaan bagi saya untuk lebih berterus terang mengkritik dan menegur sebarang kelemahan dalaman BA demi perjuangan rakyat.

Salam Reformasi dan Salam Perjuangan yang berkekalan buat semua pejuang kebenaran dan keadilan.

Allah hu Akbar! Reformasi! Daulat Tuanku!!!

Berani Kerane Benar!
Hidup Agamaku! Hidup Bangsaku!

SI SONGKOK TINGGI KAPAR  - 19.05.2004 -(suntingan M@RHAEN)
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com
Catatan: Makne perkataan Keling pade saye: Berbohong dari segi perkataan, perbuatan dan niyat macam Mahathir…. . tak ade makne lain tau…)

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN