Imam Khir, Makmum Mike Tyson dan `Father` di SUK.
Assalamualaikum Tuan Pengarang!

13 Mac 2004 telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai Hari Penamaan Calon bagi Pilihan Raya Umum Kesebelas tanah air tercinta ini.

Pada hari tersebut akan diketahui siapa calon sebenar mewakili parti-parti yang bertanding, beruntunglah mereka yang tercalon walaupun belum pasti menang dan tak kurang pula akan murung dan melolong kerana tidak dipilih menjadi calon meski banyak masa dan wang ringgit dihabiskan untuk berkempen dan melobi bagi memenuhi tujuan tersebut.

Hal itu biasanya berlaku di dalam Umno BN, manakala di dalam BA jarang-jarang sekali kedengaran.

Senarai Calon Umno BN Belum` Finalised`

Sehingga artikel ini ditulis, BN dikatakan belum pun lagi memutuskan senarai muktamad calon yang akan bertanding walau hari Penamaan Calon kian hampir..

Rebut merebut, lobi melobi dan kempen mengempen yang dahsyat berlaku di dalam BN untuk mendapatkan pencalonan, terutamanya di kalangan Umno menyebabkan PM Lembik belum mampu lagi menyediakan `final list`.

Kata sesetengah orang-orang Umno, PM Lembik terpaksa merujuk kepada Endon Mahmud terlebih dahulu sebelum mengumumkan senarai muktamad.

Jadi kepada sesiapa dari kalangan Umno yang mahu dicalonkan untuk pertama kali ataupun mahu mengekalkan kerusi begitu juga yang mahu bertukar kerusi masih belum terlambat untuk menemui Endon.

Tetapi sebelum Endon boleh ditemui, pihak yang berkenaan terpaksalah menemui Nori anak Endon juga selaku isteri kepada Khairy Jamaluddin.

Di dalam dunia politik Umno sekarang tidak adalah seorang insan pun yang paling dipercayai oleh Abdullah Ahmad Abdullah Faahim al-Badawi kecuali Khairy Jamaluddin menantu kesayangannya.

Cepat! cepat! cepat! jangan lambat nanti kalian tak dapat tempat……. ingatan ini juga ditujukan khusus kepada Dr Khir Toyo yang diberitakan kembang kempis hidungnya kerana terlalu khuatir kehilangan kerusi MB Selangor.

Jika dulu, Khir Toyo menggunakan Mirzan anak Mahathir Kutty untuk mengisi kekosongan jawatan MB Selangor yang ditinggalkan oleh DS Abu Hassan, apa salahnya pula kalau kini Khir Toyo cuba berani-beranikan diri membodek Khairy. Gerenti Khairy bawa Khir jumpa Endon punya!!!!!

Khir Imam, Mike Tyson Makmum

Apabila disebut sahaja nama Khir Toyo semua pihak sama ada ahli politik,tokoh akademik, ahli korporat, tok-tok guru, perompak, penyangak dan sekalian rakyat jelata pasti mengagumi nama itu.

Kagum bukan kerana karisma atau kebaikannya tetapi disebabkan kehebatannya membaham rasuah. Sehinggakan ada ungkapan yang menyebut: “Umno itu Rasuah, Rasuah itu Khir Toyo.” Ertinya di dalam bab rasuah ini martabat Khir hampir-hampir menyamai martabat Sang Penguasa Mulia Tun Mahathir Kutty,

Kalaulah Khir bukan Perasuah Elit, masakan TS Muhammad Mohd Taib (Mike Tyson) merelakan diri menjadi makmum. Lazimnya imam pasti lebih hebat dari makmum. Ya! terbukti Khir lebih hebat rasuahnya dari Mike Tyson.

Bekas suami Ku Yah itu terpaksa menunggu sehingga penggal kedua sebagai MB sebelum ligat membaham rasuah. Beliau akhirnya terbongkang apabila pihak berkuasa Australia memberkasnya kerana menyeludup 18 kg wang ke negara itu. Akibatnya jawatan MB terpelanting.

Khir Toyo pula tidak perlu menunggu begitu lama, memadai tidak sampai 120 hari sebaik-baik saja mengambil alih kerusi MB dari DS Abu Hassan Omar untuk memulakan episod membaham rasuah.

Mulai dari saat itu sehinggalah di saat ini, negeri Selangor hampir-hampir bankrap gara-gara amalan rasuah Khir Toyo.

Jika Mike Tyson mengumpul aset dan cash sekitar RM200 juta melalui rasuah untuk tempoh dua penggal, Khir Toyo sudah pun menghimpunkan kekayaan berlipat kali ganda kata setengah orang hampir RM 1 billion.

Bayangkanlah belum pun sampai sepenggal berkuasa sudah hampir licin khazanah Selangor dirompak oleh anak Wak Toyo itu, bagaimana nanti kalau sepenggal lagi dia berkuasa! Alahai Imam (Rasuah) Khir Toyo!!!!!!!!

Bila SUK Berlagak Menjadi `Father.`

Menyedari dirinya sudah disucikan daripada dosa rasuah, lalu Khir Toyo pun menghebahkan kepada seluruh penghuni alam bahawa senarai calon Umno BN Negeri Selangor telah dihantar kepada pihak polis dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk proses saringan.

Menurut Khir terpulanglah kepada polis dan BPR untuk bertindak. Gambaran diberi seolah-olah BPR dan polis cukup berkuasa untuk membatalkan mana-mana calon yang sudah pun diangkat ke pengetahuan Pengerusi BN Dolah Lembik.

Maknanya pihak polis dan BPR berhak membatalkan keputusan yang telah dibuat oleh PM Lembik. Puiih!!! Hebat betul polis dan BPR! Apa benar demikian?

Kelentung rakyat hidup-hidup tu dong! Mana mungkin kedua-dua agensi tersebut sehebat itu kerana orang kurang akal pun tahu polis dan BPR seperti juga SPR, status mereka tidak lebih dan tidak kurang dari `kuda kayu` tunggangan Umno BN jua.

Tengok saja diri Khir sendiri, puluhan kes yang disyaki sebagai `rasuah besar` sudah pun dilaporkan kepada BPR oleh Ahmad Lutfi Othman, Pemuda Pas dan BA serta orang perseorangan tertentu lebih dua tahun lalu, namun segala-galanya senyap sunyi.

BPR tidak pula menafikan Toyo Khir tidak terlibat dengan rasuah, yang sibuk berbuat begitu hanyalah Khir Toyo dan juak-juaknya sendiri. Kalau benar laporan berkenaan dipenuhi unsur-unsur fitnah mengapa tidak direpot sahaja kepada polis untuk tindakan saman terhadap para pemfitnah terlibat.

Antaranya pemfitnah yang mungkin akan didakwa ialah Dato Hassan Ali, Azmin Ali, Salehin Mokhyi dan ramai lagi pimpinan BA Selangor…. tetapi hal itu tidak pernah berlaku kerana Khir Toyo dan juak-juaknya cukup tahu bahawa amalan rasuah itu memang sahih.

Akhirnya untuk memadamkan dosa-dosa besar rasuah itu, SUK (Setiausaha Kerajaan) di Shah Alam telah diarahkan untuk memberitahu SPR secara rasmi, bahawa BPR telah memutuskan tidak ada sebarang kes rasuah yang melibatkan Khir Toyo.

Begitu mudah proses pembersihan kes rasuah Khir Toyo, sesenang seorang penganut Kristian membuat pengakuan kepada Sang Paderi (Father) bahawa dia sudah membuat terlalu banyak dosa, lalu Father mengkhabarkan kepada `anaknya` yang berdosa itu: “Bahawa dosa kamu telah diampunkan.”

SUK bertindak sebagai Father manakala Imam Khir Toyo sebagai `anak yang berdosa`. Senangnya kes rasuah itu hapus ya! Apa benar BPR sudah menulis kepada SUK tentang `pembersihan itu`, kalau benar mana hitam putihnya? SPR sendiri ketika ditanya oleh wakil BA tidak dapat menjawab.

Kata SPR mereka hanya menerima surat rasmi SUK sahaja. Apa pun itu tidak menghairankan sesiapa kerana dengan `kuasa wang` apa saja boleh dibeli.

Ya! Khir Toyo Umno BN dengan wang rasuah telah merasuah SUK, BPR, Polis, SPR dan lain-lain instrumen kerajaan kerana mahu terus mengekalkan kuasa.

Awas ya BA! `isu rasuah Khir Toyo` itu mungkin sudah dikategorikan sebagai perkara tidak boleh disentuh selaras dengan Akta P/Raya baru yang mahukan para pendokong demokrasi menjadi manusia bisu.

Hanya rakyat yang boleh menumbangkan mereka! Jadikan undi kalian sebagai penentu untuk menghantar para pemimpin curang ke penjara!

Catatan: Kalau Khir Toyo sudah `maksum rasuah`, Rahman Palil selaku `banker perasuah elit ` itu pula maksum apa?

Allah hu Akbar! Reformasi! Daulat Tuanku!!!

Berani Kerane Benar!
Hidup Agamaku! Hidup Bangsaku!

SI SONGKOK TINGGI KAPAR  - 09.03.2004 -(suntingan M@RHAEN)
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com
Catatan: Makne perkataan Keling pade saye: Berbohong dari segi perkataan, perbuatan dan niyat macam Mahathir…. . tak ade makne lain tau…)

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN