DUN LUNAS: Terus Mara
Oleh Spy Lunas
Pekan Lunas telah ditawan oleh Keadilan sejak malam pertama kempen. Kerancakan memasang bendera dan sepanduk di sepanjang deretan rumah kedai di situ pada malam tersebut telah berlarutan sehingga jam 2.00pagi. Dewan kemegahan MCA yang dijadikan bilik gerakan di tengah-tengah pekan itu pula tertutup rapat, tidak pun dibuka malam itu Sebaliknya,bilik gerakan Keadilan di Pekan Lunas penuh sesak malam itu dengan petugas-petugas sukarela menampal poster dan menyerikan bilik tersebut.

Pagi berikutnya, saya singgah untuk bersarapan pagi di salah sebuah kedai makanan Melayu di Pekan Lunas. Kebetulan pula calon BN, saudara Ganesan (DUN Lunas) dan Puan Lim (Parlimen Padang Serai) sedang meronda di kawasan yang sama untuk program “jalan-jalan cari simpati” mereka. Kedua-duanya memasuki kedai makan di mana kami berada dan terus bersalaman dengan para pelanggan di kedai tersebut. Saudara Ganesan, yang merupakan muka baru bertanding, dengan penuh kesopanan bersalaman sambil merayu (betui punya merayu ni!) “tolonglah ye, undi barisan”. Manakala Puan Lim, yang lebih senior, bersalaman sambil dengan nada yang agak angkuh berkata, “Barisan, Barisan”. Begitu rupanya cara mereka berkempen meraih simpati. Sang junior dengan cara yang begitu merendah diri (maklumlah pertama kali!), manakala sang senior dengan cara yang tanpa segan silu mengangkat dirinya.

Sebelum sempat Puan Lim beredar pergi ada suara nakal yang meminta Puan Lim membelanja kami semua yang sedang makan di dalam kedai itu. Sang senior yang angkuh itu membalas dengan berkata, “Eh, tak boleh. Masa kempen tak boleh buat macam tu!” Cewah….cayalah calon BN!. Masa kempen tak boleh belanja, lepas kempen lagilah jenuh nak merasa belanjanya kerana dia takkan mai langsung dah. Tunggu ler pulak 5 tahun lagi! Beredar sahaja Puan Lim dari kedai itu, salah seorang pelanggan berbangsa Cina yang turut makan di situ bangkit membayar makanannya sambil sempat berkata, “Kita bayar sendiri apa yang kita makan lagi bagus sebab ini duit halal!”. Kami semua ketawa dan ternyata secara kebetulan para pengunjung yang ada di situ “satu kapal” rupanya!

Pertembungan petugas-petugas MIC dan petugas-petugas bilik gerakan Pekan Lunas berlaku tanpa disangka-sangka tengah malam tadi(15/3/2004) pada jam lebih kurang 12.30 pagi. Pada masa itu mereka cuba menyibukkan diri memasang bendera dacing berkarat di pekan yang telah di kuasai oleh bendera Keadilan itu. Malang sekali buat mereka kerana reformis yang tidak asing lagi, saudara Tan, berada di situ dan terus mengepalai sorakan dan laungan REFORMASI petugas-petugas di situ. Kemeriahan suasana pada ketika itu bagaikan seperti berada di pondok panas di hari pengundian. Namun begitu suasana masih terkawal dan berakhir dengan baik.

Semoga semangat sebegini dapat diteruskan sehingga ke hari pengundian.

Spy Lunas - 17.03.2004 (suntingan M@RHAEN)
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com

Hantar artikel ini kpd sahabat:

.

Sertai Maillist M@RHAEN