DUN LUNAS: Pertempuran Bermula
Oleh Spy Lunas
Minggu Kempen pilihan raya telah pun bermula. Para petugas DUN Lunas N.34 dan P.17 Padang Serai telah pun bersiap sedia. Menariknya kali ini adalah penyertaan aktif dari kaum India. Beberapa kelompok masyarakat India telah datang sendiri ke Bilik Gerakan dan menawarkan diri untuk membantu meraih sokongan dari masyarakat India di Lunas. Mungkin inilah rezeki kita. Jika semasa pilihan raya kecil Lunas dahulu kita berjaya mendapatkan sokongan padu dari masyarakat Cina, kini kaum India pula menyatakan sokongan mereka dengan rela hati tanpa sebarang paksaan.

Pergilah ke kawasan Padang Serai. Sudah ada cawangan daripada masyarakat India di sana. Pada pilihan raya yang lepas, kawasan tersebut merupakan kubu kuat Barisan Najis dan usah bermimpi untuk membuka cawangan di sana. Kini jika kita pergi ke Ladang Victoria, nah tersergam megah bilik gerakan yang terletak betul-betul di tepi jalan utama dengan bendera Keadilan berkibaran dengan meriahnya.

Penamaan calon DUN Lunas, Parlimen Padang Serai dan DUN Merbau Pulas dijalankan di Sekolah Menengah Keladi. Lucunya kali ini perarakan berjalan dengan senyap dan sunyi lantaran tidak dibenarkan sebarang sorakan mahupun laungan takbir. Lebih kelakar lagi adalah apabila bendera mahupun sebarang sepanduk juga tidak dibenarkan dibawa di dalam perarakan. Menyedari banyak peraturan ketat dan undang-undang baru yang kelakar telah diperkenalkan oleh pihak SPR kali ini, maka para pendokong BA menurut sahaja dan bersabar dengan arahan tersebut. Namun, jiwa reformis yang telah sebati itu bagai meronta-ronta untuk mengembalikan kehangatan pilihan raya dan membakar semangat rakan-rakan seperjuangan. Apabila mula berhimpun di hadapan sekolah tempat penamaan calon, maka terpacullah kembali segala kata-kata pembakar semangat reformasi yang memang tidak pernah dilupai itu. “Takbir! Reformasi! Selamatkan Islam! Selamatkan Malaysia! Selamatkan Anwar! Mansuhkan ISA!” kembali bergema di Lunas. Paling menarik sekali setiap kali laungan keramat itu disebutkan ianya pasti diakhiri pula dengan laungan, “Undur-undur, Dah Lama Dahhhh! Tak Mau Dahhh!”. Laungan “Kaikek” dan “Maru Malarchik” juga turut berkumandang dan diberikan sambutan oleh rakan-rakan dari masyarakat Cina dan India yang turut sama di dalam perhimpunan.

Pencacai-pencacai di sebelah sana pula hanya bermodalkan lagu-lagu yang sudah basi dan meloyakan. Anjing-anjing kaki belasah rakyat pula berkubu rapat di hadapan perhimpunan kita manakala di sebelah sinun pula tidak dihiraukannya. Ishh, ishh…masih tidak berubah lagi depa ni rupanya!

Apabila Sdr. Tian Chua, calon DUN Lunas, dan Ustazah Siti Ashah selamat diterima pencalonan mereka, semua merasakan satu kelegaan kerana sebelum itu diberitakan bahawa terdapat bantahan dari pihak pencacai di sebelah sana.

Maka akan bermulalah kembali satu pertempuran hangat di Lunas. Kali ini kita akan menunjukkan semangat juang dan setiakawan yang tidak berbelah bagi dengan mengundi Sdr. Tian Chua untuk DUN Lunas, Ustazah Siti Ashah untuk DUN Merbau Pulas dan Sdr. Saifudin Nasution untuk Parlimen Padang Serai.

Selamat Bertempur!

Spy Lunas - 13.03.2004 (suntingan M@RHAEN)
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com

Hantar artikel ini kpd sahabat:

.

Sertai Maillist M@RHAEN