Kenapa Saya Di Kambing-hitamkan?
Oleh Sorayanii.com
Assalamualaikum…wbt

Salam Reformasi Salam sejahtera warga cyber sekalian

Rasuah-merasuah-perasuah adalah budaya dulu, kini dan selamanya ia telah wujud dari akar umbi UMNO/BN!!! Dalam “surat terbuka” ini adalah salah satu kerenah rasuah bagi yang terperangkap dengan permainan rasuah dan penyelewengan. Surat ini telah berada di edaran dalam negeri Perlis selepas tertangkap Encik Baharudin Ahmad bekas Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kangar dan didakwa oleh Mahkamah Sesyen Kangar.

Sorayanii. Com telah berusaha menyalin semula dan menyunting supaya dapat diedar di Laman Laman Reformasi. Sila baca dan buat penilaian siapa yang sebenarnya rasuah-merasuah dan perasuah
 
Kenapa Saya Di Kambing Hitamkan?
Surat ini di tujukan Kepada seluruh warga Perlis Indera Kayangan agar dapat disebarkan meluas demi membersih nama saya yang telah tercemar.

Pada hari Isnin, 9 Februari 2004, Mahkamah Sesyen Kangar telah mendakwa saya di bawah kesalahan melakukan rasuah di bawah Seksyen 11(A) Akta Pencegahan Rasuah dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan  di bangunan Majlis Perbandaran Kangar, di dalam sebuah kereta  di Kuala Lumpur dan di kedai makan di Padang Besar jumlah keseluruhan Rasuah RM387,500 sepanjang bulan Februari sehingga Oktober 1999

Saya tidak terkejut dengan pendakwaan ini kerana saya telah menduga bahawa diri ini akan dijadikan kambing hitam oleh orang nombor satu di negeri Perlis.

Tetapi sebaliknya, inikah balasan terhadap pengorbanan yang telah saya lakukan selama ini terutamanya terhadap Shahidan Kassim dan saudara kandungnya yang amat disayangi iaitu Ismail Kassim.

Untuk makluman semua, sebelum ini, saya pernah berkompromi dengan Ismail Kassim  bagi memberi laluan kepadanya sebagai Ketua Pemuda Bahagian Arau walaupun pada ketika itu majoriti Ketua Cawangan dan para perwakilan Pemuda telah bersetuju untuk memenangkan saya.

Selepas tragedi pemilihan parti tersebut, saya sekali lagi .telah berkorban kepada Ismail Kassim dan Shahidan Kassim pada Piliharaya Kecil Parlimen Arau tahun 1998  apabila menerima pencalonan Ismail Kassim walaupun saya mendapat pencalonan utama sebagai calon UMNO/BN dalam pilihan raya tersebut.

Demikian juga dengan pemilihan parti selepas itu di mana kerusi Timbalan Ketua Bahagian Arau telah saya korbankan kepada Ismail Kassim sedangkan sayalah yang paling layak ketika itu memandangkan saya lebih senior daripada Ismail Kassim kerana telah berkhidmat secara aktif selama sembilan tahun kepada Parti.

Hasil daripada kompromi-kompromi tersebut saya telah disogok dengan jawatan Yang diPertua Majlis Perbandaran Kangar untuk menenang hati saya.

Saya percaya penganiayaan terbesar terhadap saya ini adalah berdasarkan faktor populariti saya ketika ini di mana Ketua Ketua Cawangan dan kebanyakan AJK Bahagian Arau ingin mencalonkan saya ke jawatan Ketua Bahagian dalam pemilihan parti akan datang. Antara muka-muka pembesar yang menyokong saya ialah YB Mastika Junaidah Ahli Parlimen Arau, YB Bakar Ismail ADUN Pauh dan Sdr Ammar Hj Hassan Ketua Pemuda Bahagian Arau.

Saya ingin menjelaskan kesempatan di sini bahawa wang RM387,500 yang dikatakan disuap kepada saya itu adalah arahan yang datang  dari Shahidan Kassim sendiri untuk kegunaan parti khususnya di Bahagian Arau.

Shahidan Kassim mengkambing Hitamkan saya demi melindungi penyelewengan besar yang dilakukannya. Antaranya ialah hasil rasuah dari Projek KUKUM sebanyak RM 2.5 juta, Projek Lebuhraya Kuala Perlis-Changlun sebanyak RM13.3 juta, wang kutipan Zakat dan Fitrah  BaitulMal PerlisRM 250,000 dan juga dari hasil komisyen yang dikenakan ke atas para kontraktor  ber “WIBAWA” dan “GERAK” yang berpilih-pilih bulunya. Shahidan Kassim juga terkenal dengan gelaran MR 20% dan telah membuat tuntutan luar biasa angkanya apabila membuat lawatan keluar negara.

Pernah juga beliau menyebut di khalayak dia tidak menyentuh gaji dan elaun sebalik didermakan pada tabung tabung kebajikan rakyat yang menghadapi kesulitan. (Penyunting: waaahhhh hebat juga pemimpin niiiii)

Bintong Construction merupakan kantung tadahan projek projek anugerahan dari Yang Berkuasa dan merupakan proxy bagi Shahidan Kassim memetik keuntungan dari projek tersebut.

Shahidan Kassim!,

Kenapa saya dizalimi sedemikian rupa?
Apakah dosa saya kepada mu?

Saya yang benar,

Baharudin Ahmad
Disunting oleh Sorayanii


Kesian Sdr Baharudin !!!!

Ditolak jatuh tangga ditimpa tangga
Jatuh terkangkang mulut ternganga
Datang  pula….bapa ayam mematuk biji mata
Bala datang bertimpa timpa
Gelap gelita didepan semesta

Dasar tersepit tak dapat tanduk dipulas telinga
Begitu lah adanyaaa
Kehaprakan UMNO empunya cerita
Walau bagaimana pun hidup nya bakal selesa
Banglo sebuah dikota bagaikan istana
Di kampung, banglo kedua membeliak mata
Impiannya  kian ternyata….

Hukuman bakal menimpa
Minima penjara 14 hari cuma
Terhapus dosa pahala (Dunia) menebus jika……………………….

 Cerita akan disambung …………………coming soon

Perhatian kepada Barisan Alternatif !:: Puak UMNO di Perlis sudah mula mesyuarat Peti Undi di setiap cawangan ini bermakna Parlimen bila-bila masa boleh dibubarkan.

Sekian wallahu’alam

Sorayanii.Com
Perlis Indera Kayangan
24 Feb 2004 (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat:

.

Sertai Maillist M@RHAEN