2003-2005 Tahun Melawat Perlis… Satu Agenda Politik
Oleh Sorayanii

Assalamu’alaikum..wbt
Salam Sejahtera & Salam Reformasi

Kalau MB Pahang ada strategi mengapa tidak pada Shahidan Kassim, beliau merupakan sutradara yang bakal mementas satu drama sensasi melurut jiwa, bisa memaut hati yang bergelombang dan bercelaru…….

Tahun Melawat Perlis 2003>2005 …..begitulah mukadimah persembahannya. Berbagai acara akan disusun atur mengikut rentak dan kehendak selera Rakyat M@rhaen

…..Yang tersirat akan tersurat jua….Shahidan Kassim ada strategi politik… bagai api dalam sekam …..akan merampas 3 DUN milek PAS/BA yang sedia ada justeru mampu menyapu licin 15 kawasan DUN…seluruh Perlis.

…..UMNO/BN akan bertahta di persada Indera Kayangan…..

Homestay adalah flatform utama, Desa Wawasan menjadi sasaran, kunun nya menampung pelancong yang berbondong bondong akan turun ke Perlis, jutaan malahan puluhan juta ringgit akan di pohon peruntukan dari kerajaan Pusat untuk memastikan “Pelancong Pelancong” mendapat keselesaan dan menikmati suasana kampung yang asli, rumah rumah kampung yang lama dan uzur akan dibaik pulih dan akan diisikan dengan kemasan dalaman termasuk set penginapan dan bilek air yang baru.Masakan ber “menu” akan disediakan olih pemilik homestay sendiri. Pemilik homestay akan diberi kursus perhotelan dan permakanan untuk keselesaan dan mengenakkan lagi masakan  melayu. Inilah ciri ciri Homestay yang menjadi impian dan harapan Shahidan Kassim.
 
Selepas perasmian berbagai pesta akan diadakan dan pelancong berbagai warna kulit akan keluar masuk, maka akan tiba masanya pelancong merasa jemu dan mula beredar tinggallah homestay tanpa penghuni…lompong …itu sangkaan kita!

Tetapi tidak pada Shahidan Kassim…sebalikny Homestay akan disikan olih PELANCONG PELANCONG HANTU yang terdiri dari kakitangan KEMAS BTN dan pegawai khas dari berbagai kementerian datang nya dengan berhajat memastikan kemenangan UMNO/BN dalam PRU 2003>2004 di Perlis Indera Kayangan

Konsep Homestay mengikut percaturannya, 750 unit akan disediakan untuk 15 kawasan DUN seluruh Perlis dimana 1 kawasan DUN akan memperuntukan 50 unit. Difahamkan bahawa 50 unit ini akan dicambah dikawasan atau disekeliling kubu“hijau” ahaa!!!! satu pendekatan yang menakjubkan keberkesanannya. Konsep ini ada persamaan dengan konsep Bapa Anak atau Emak angkat yang dilaksanakan di PRK Indera Kayangan yang lalu. Pendekatannya lebih berkesan pada pengundi memandangkan permit ceramah tidak akan dikeluarkan sehingga hari percalunan.Sesiapa yang pernah bertandang ke PRK Indera Kayangan dulu, akan mengalami bahang kekuatan yang sama malahan lebih hebat lagi tentangan nya, bakal dialami olih BA.

PELANCONG PELANCONG HANTU akan duduk berinteraksi bersama pemilik homestay dan hidup dalam kekeluargaan yang inteem.Semua kemudahan asas akan disediakan dan di Upgrade untuk keluarga yang tidak mampu. Berbagai aktiviti kemasyarakatan akan diadakan termasuk kenduri kendara ceramah ceramah agama secara ringan ringan dan ziarah berziarah pada kesimpulannya dalam ertikata

mendekat pada yang jauh
merapat pada yang renggang
memujuk pada yang merajuk,
melembut pada yang keras
melurut pada yang cekang
menatang pada yang bangkang

Penyerapan mesej melalui konsep homestay bakal memutihkan yang hijau

Tanah nya selembu….t baldu
Air nya sesejuk…. salju
Api nya membara…. jitu
Angin nya membalut….kalbu

Pada Tok Guru Nik Aziz,Datuk Fadzil Noor, Datuk Seri Tuan Hj Hadi Awang DS Wan Azizah YB Pak Shahnon dan lain lain pejuang di jemput kerapkan melancung kePerlis

Para pendokong Barisan Alternatif!!! waspadalah khususnya PAS/BA Perlis agenda ini sangatlah halus….tidak terdaya akal menahan nya. Carilah dan rancang lah pendekatan
yang lebih berhemah dan berhikmah, banyak berdoa agar kebenaran terpancar olih NYA

Sekian sekadar berpesan…wallahu’alam

SorayaniiUMNO PURBA Indera Kayangan@kingdom of Ben Kassim - 8 Mei 2002


FREE - An online program to make a huge income. more info
Click Here!