![]()
Rindu Adik Mohamad Fawaz
Oleh Sorayanii
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamu’alaikum…WBT.Salam Reformasi & Salam Sejahtera kepada para para Reformis agar menjalani liku liku perjuangan yang mencabar dengan gigih dan kesabaran yang pasti berjaya dengan berkat doa dan air mata…..
Kepada mangsa Fitnah Akbar, Dato Seri Anwar Ibrahim dan Enam Wirawan yang menjadi mangsa Fitnah Ikut Suka Aku… (ISA) tabah menjalani hukuman penganiayaan tanpa bicara Bertwadhuk dan tawajjuh lah pada Nya semuga mendapat berkat dan petunjuk kebenaran diatas pengorbanan sdra sdra sekelian.
RINDU ADIK AMEER MOHAMAD FAWAZ
Al-Fatehah………….untuk Allahyarham Adik Ameer Mohammad Fawaz B Shahidan Didoakansemoga dicucuri rahmat dan tergolong di kalangan syuhada
Abah……MamaTanpa disedari…..Awaz menziarahi Mama dan Abah.
Ku diiringi olih hamba hamba Allah yang menghampar sayap mereka didalam keheningan malam Lailatul Qadar yang lepas; dua malam sebelum Aidilfitri. Kehadiran ku disedari setelah Mama dan Abah terhidu bau harum yang luar biasa dibilek inapan Awaz…..Tiga malam berturut turut Awaz menziarahi Abah dan Mama. Dimalam ketiga baru dirasai kehadiranku………………. setelah mendapat keberkatan doa Abah dan Mama, ku kembali …… sesungguhnya ku merindui mu Abah… MamaKedatangan ku membawa rindu…… rindu pada Mama ……rindukan dakapan malahan himpitan panas tubuhmu sambil membelai,mengusap diriku dengan penuh kasih sayang dan kemanjaan dari seorang ibu yang ku sayangi
Abah…..Awaz sentiasa menunggu kepulanganmu Abah….. Awaz rindukan ribaanmu dan inginku lena dalam usapan mu. Awaz sayang pada Abah……Abah…..
Mengapa Awaz dilahirkan begini…… Abah? Mengapa dibiarkan “tangan tangan” yang menentang kudrat Allah SWT dengan mengizinkan pembedahan keatas kandungan Mama dilakukan supaya tarikh lahir Awaz dan Abah ada persamaannya, justeru Awaz dilahirkan belum matang.Allah SWT Maha Kaya Mama….. dengan mengizinkan Awaz berhubung kasih yang tiada terperi limpah ruahnya dari Abah dan Mama, Awaz dapat hidup bersama abang dan kakak dengan penuh mesra selama hayat 3 tahun …Awaz dimanja dan dibelai begitu syahadu……dunia ketika itu tiada bandingan, kehidupan diisikan dengan asyik dan keseronokan yang membahagiakan.
Kudrat yang menentukan… Dari Allah Awaz datang kepada Allah Awaz dikembalikan... Terputuslah titian kasih yang menghubung sayang Awaz kepada Mama dan AbahAbah…..
Satu lagi kesilapan yang Abah telah lakukan…angkara dek kuasa yang menggila….sekali lagi Abah mengguna “tangan tangan” yang menentang Kudrat Allah SWT dengan menghidupkan segala sokongan hayat (medical life support equipment) keatas Khor Liang Tee sepatutnya mati sebelum Hari Raya Aidil Fitri (hanya isteri mendiang yang mengetahui…tarikhnya) Tetapi sayang…… Abah boleh merancang kematian Mendiang Khor Liang Tee ….tapi Abah tidak boleh merencanakan kematian Awaz, itu lah Kebesaran Allah SWT yang Maha Berkuasa. Insan hanya merancang….yang menentukan hanyalah Allah SWT. Kedua dua insiden kematian yang berlaku adalah penentu Yang Haq dan Yang Bathil dan akan menjadi iktibar bagi penghuni dunia yang FANA ini.Abah…..Mama,
Sepeninggalan…….. lantas Awaz di kerumuni dan berebut berebut berlari lari anak sambil menyingkap betisnya berbayang darah untuk dihampiri olih gadis gadis muda yang beranak mata hijau jeli, jeling menjeling cemburu antara satu sama lain. Awaz dibawa kesuatu tempat dimana lantainya SUBANALLAH!!! hijau bertatah zamrud dan dinding nya kuning berbatu zabarjan tiada tandingannya didunia Sungainya mengalir susu madu dan khamer. Ditebingnya dihiasi pokok buah buahan turange dan delima ALHAMDULIILLAH!!! Tiada nikmat didunia mengatasi nya.Abah ….Mama
Penghuni disini berwajah putih berseri bercahaya tanpa kedut yang menampak kerunsingan. Senyuman mereka menyerlah tampak kepuasan dan lidah mereka sentiasa memuji kebesaran Allah SWT berzikir dan menyebut pada yang baik. Pertuturan mereka MASYAALLAH!!! selembut sutera sedingin salju, lunak dan menawan. Jauh berbeza dari apa yang ada didunia yang penuh kefanaan penipuan dan keburukan yang membusuk.
Abah ….Mama,
Awaz bahagia disini dan tidak mahu kembali ke Dunia lagi Awaz hanya berdoa pada Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang muga muga memberi taufik dan hidayat serta pengampunanNya kepada Abah Mama kakak dan abang dan seluruh Muslimin dan Muslimat dan Awaz sentiasa menunggu diAMBANGNYA ……………….
Awaz sangat merindui…Abah dan MamaAssalamu’alaikum….
Sekian Wallahu’alam
Jazakallahu…Sorayanii.UMNOPURBA Indera Kayangan@Kingdom of Ben Kassim
15 April 2002
![]()
FREE - An online program to make a huge income. more info![]()