PERJUANGAN TIDAK PERNAH TERPADAM
Oleh Sirril Asrar
Pilihan raya kali ini adalah yang paling tragis dalam sejarah demokrasi sebuah negara naungan penjajah walaupun pada zahirnya telah merdeka tetapi jelas pada batinnya ia masih terjajah secara halus dari United Kingdom .

Tidak akan British melepaskan sesuatu koloninya khususnya negara Islam tanpa meninggalkan racun atau transponder khas pada bekas jajahannya.

Tidak akan Yahudi dan Nasrani itu redha pada kamu selagi kamu tidak seperti mereka. Inilah hakikat sebuah negara merdeka bernama Malaysia.

Racun yang ditinggalkan adalah Perlembagaan ala British Common Law dan transpondernya yang utama adalah sebuah CPU jenama UMNO. CPU ini berfungsi bersama lain-lain komponen IC seperti MCA dan MIC.

Racun tersebut jelas melemahkan ketuanan Kesultanan Melayu sehingga menjadi boneka yang digerakkan berdasarkan program di Perlembagaan dan kebijaksanaan CPU tersebut yang mengikuti Perlembagaan. Perlembagaan umpama MS-DOS yang asas dalam programming perjalanan dan hala tuju negara tersebut.

Selagi MS-DOS tersebut tidak diubah atau diganti dengan MS-DOS berasakan Al-Quran dan Sunnah selagi itulah ia berfungsi menjahanamkan terus institusi DiRaja yang menjadi payung kepada agama Islam.

MS-DOS tersebut boleh diubah sesuka hati oleh penguasanya mengikut cita rasa semasa. Inilah yang menghenyak terus Islam dari terus bersuara dalam sebutan dan huruf yang sebenarnya.

Pilihan raya hanyalah sandiwara semasa yang mengelabui mata rakyat perihal demokrasi. Ianya telah diprogramkan bagi menentukan kemenangan majoriti di pihak penguasa yang menggunakan aplikasi 3D animasi bagi mengelabui pemikiran dan perhatian rakyat. Penguasa dengan mudah menentukan kawasan terpilih untuk di menangi dan kawasan yang sesuai atau sukar diberikan pada pembangkang. Semua unit dan agensi telah di suntik dengan program perobotan dan arahan tetap dari pihak penguasa. Mana-mana yang enggan akan dinyahcas dan digantikan dengan unit baru.

Pilihan raya kali ini paling tragis dan mungkin paling mahal dengan penggunaan teknologi canggih dan bantuan nasihat dari perisikan dan pakar luar. Pengalaman pilihan raya di Amerika menyaksikan kecanggihan teknologi pemerintah yang bersembunyi di balik tabir memberi kemenangan ke pada Bush bekas pengarah CIA dan kekalahan kepada ALGORE.

Teknologi berperanan mengelabui undi awam dengan teknik silap mata alaf baru. Tetapi di Malaysia masih ada kesan manual dan pembohongan dapat dilihat dengan jelas dan paling hebat kerana kuasa tetap diperolehi walaupun rakyat mengetahui penipuan itu. Jelas program MS_DOS tersebut mampu mendiamkan rakyat dengan cirinya yang menakutkan seperti pelbagai akta yang terkandung di dalamnya mempunyai kesan penyenyap dan mengurangi impak dari rakyat. Sistem perobotan pasukan keselamatan dan pembonekaan institusi DIRAJA mempasifkan keseluruhan gerakan reformasi rakyat.

Ancaman secara manual turut menyokong kekuatan sistem seperti peras ugut dan memblok pergerakan rakyat Fungsi ini dijalankan menerusi unit-unit pemerintah di pelbagai agensi.

Apakah senario ini akan berterusan? Jawapannya ia selagi MS_DOS itu adalah tinggalan British Empire. Selagi ianya tidak diganti dengan ALQURAN selagi itulah ianya berterusan.

Apa yang dapat dilakukan oleh rakyat hanyalah dengan kembali kepada Al-Quran dan Sunnah. Dengan istiqomah pada ajaran Islam yang sebenarnya sahajalah dapat mengembalikan penguasaan rakyat kepada negara. Jika tidak selama itulah kita dijajah British melalui proksinya UMNO dan parti komponennya.

Dengan mencari MUHAMMAD dalam diri kita dan mengenali ALLAH melalui rasa hati maka ketika itulah kita dapat menilai secara jelas siapa pegawai agama dalam kerajaan dan kedudukan mereka di sisi agama. Ketika itulah kita akan menyedari mereka adalah yang paling zalim kerana membenarkan setiap kezaliman dengan membisu dan menutup mata atas setiap kemungkaran.

Francis Xavier suatu ketika dulu menceritakan bahawa sukar untuk mengembangkan ajaran Nasrani di Nusantara dengan katanya penduduk di sini telah MOHAMMADEN. Maksudnya penduduk Islam di sini bukan sahaja Islam tetapi MUHAMMAD (bukan Nabi Muhammad) Sebagai seorang pendeta kata-katanya ada makna.

Muhammad yang dimaksudkan adalah jiwa dan pekerti penduduk di situ adalah berdasarkan ALQURAN dan SUNAH sekali gus menampakkan ciri-ciri Islam yang sebenar. Bukanlah semua penduduk itu melalui peringkat tarikat atau tasauf tetapi pemerintahnya dan ulama yang menaungi rakyat adalah berjiwa sufi dan berciri MUHAMMAD sekali gus menaungi rakyat jelata dengan panduan ALQURAN dan SUNNAH sekali gus membentengi rakyat dari murtad atau terpengaruh dengan ajaran yang bercanggah dengan ISLAM.

Laporan Francis Xavier ini memberi isyarat kepada Eropah betapa umat ISLAM di Nusantara harus dipisahkan dari agama agar Muhammad itu dapat dilenyapkan dari diri mereka. Penjajahan bermula dengan teknik campur tangan dan mengikat hubungan dengan puak yang bertelagah dengan pemerintah. Perpecahan umat ISLAM terjadi akibat ramai yang meninggalkan ALQURAN serta mengambil ayat dan hukum AL-QURAN separuh-separuh. Apabila penjajahan berlaku teknik pecah dan perintah digunakan dengan sebaiknya seterusnya menjana proses pemisahan agama dari lain-lain sistem kehidupan. Akibatnya pengasingan politik dari agama berlaku sebagai method utama selain pemisahan agama dalam banyak cabang kehidupan.

Apabila sekelompok umat Islam menerima didikan dan asuhan penjajah seperti UMNO umpamanya berjaya dihasilkan maka negara itu dilepaskan secara beransur-ansur. Namun penjajah masih mengekang negara tersebut sehingga ajarannya betul-betul sebati dengan anak didiknya. Setelah itu ianya akan memuji kehebatan negara anak didiknya dan tidak peduli jika ada filem yang mengisahkan kekejaman mereka oleh rakyat bekas jajahannya selagi racun dan programnya berfungsi.

Berapa ramai yang membaca sejarah dan menonton filem sejarah/ tidak menjadi masalah kepada penjajah. Mereka tonton dan dibaca, kemudian lupa sambil berjoget ria di kelab malam dan bermaksiat. Sejarah tidak mengajar mereka kerana CPU utama seperti UMNO tetap utuh menjalankan kerja perhambaan rakyat pada Ratu England secara rahsia.

Bahkan ada anak didiknya yang selamba memperli mereka mudah lupa tanpa menyedari maksud di sebalik kata-kata rakyat diajak menangis bersama sambil dalam hati sang pengungkap kata tertawa manja.

Sebab itu rakyat dijana memisahkan agama dari politik supaya mereka tidak bersatu dalam sebuah pemerintahan berasaskan Al-Quran Ini membahayakan MS_DOS British Common Law dan merosakkan CPUnya iaitu UMNO selain membakar hangus lain-lain IC serta komponennya.

Kita harus sedar dalam perjuangan pasti ada yang terkorban. Kalau tidak ada yang terkorban maka tidak adalah perjuangan itu. Semakin ramai yang terkorban semakin berharga dan berertilah perjuangan itu. Lihatlah ketentuan Ilahi itu adalah benar.

DAN KATAKANLAH APABILA DATANGNYA KEBENARAN ITU KEBATILAN PASTI AKAN LENYAP,DAN SESUNGGUHNYA KEBATILAN ITU PASTI AKAN LENYAP.

Masalahnya bila datangnya kebenaran itu? Bila kita berjuang …..kerana perjuangan itu menceritakan sesuatu.

Bila kebatilan akan lenyap? Bila kita terkorban… kerana pengorbanan itu membuktikan sesuatu.

Ayat ini ditegaskan sekali lagi dengan dikatakan SESUNGGUHNYA KEBATILAN ITU PASTI AKAN LENYAP…

KERANA APA? ?????
KERANA PERJUANGAN DAN PENGORBANAN YANG BERTALI ARUS ITU UMPAMA OMBAK YANG MEMUKUL PANTAI. SEHINGGA PANTAI AKHIRNYA BERUBAH.

Ingatlah sekalian pejuang sesungguhnya janji Allah itu benar…perjuangan tak seharusnya terhenti..

LAWAN TETAP LAWAN.

Salam perjuangan untuk semua ..
pada yang terkorban….dan yang terpenjara…..

SESUNGGUHNYA KESUDAHAN YANG BAIK ITU BAGI MEREKA YANG BERTAKWA.

Sirril Asrar - 25.03.2004 (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat:

.

Sertai Maillist M@RHAEN