Bukan Harga Kereta Saja Tapi Dengan Tol Lebuhraya Sekali
Mutakhir ini heboh diperkatakan kenaikan harga kereta. Ada di antara sahabat kita di laman pro-pembakang mencadangkan supaya isu harga kereta ini diletakkan dalam Manifesto BA sebagai usaha memikat hati rakyat Malaysia.

Ini kerana apa yang kita lihat, AFTA hanya mengenyangkan para kroni pemimpin Umno-BN, sedangkan rakyat terus sengsara.

Ia akan menjadi lebih elok lagi jika para pakar ekonomi dalam Barisan Alternatif dapat mengkaji segala tol lebuh raya di Malaysia, bagi mengurangkan sebanyak 30 peratus jika BA memerintah negara.

Ia bagai serampang dua mata untuk memikat hati pengundi. Isu-isu menyentuh kepentingan rakyat harus diberi formula baru bagi membawa keuntungan kepada golongan bawahan.

Kini rakyat mengeluh kerana perbelanjaan yang meningkat saban hari, tidak kira perbelanjaan makanan, pendidikan, perubatan, perumahan, pengangkutan dan lain-lain lagi.

Justeru, isu-isu rasuah yang banyak menghanguskan berbilion sumber negara juga dapat ditangani dengan baik. Akhirnya rakyat dapat melihat bahawa BA benar-benar serius untuk kepentingan rakyat, bukannya seperti BN yang hanya memperalatkan rakyat untuk membina kekayaan dan mengaut kemewahan sendiri.

Pedang Samurai
Negara matahari terbit - 16.01.2004 (tanpa suntingan)

Hantar artikel ini kpd sahabat: 

Sertai Maillist M@RHAEN