Surat Terbuka Untuk PAS/BA
Mungkin pandangan ini agak radikal namun demi masa depan ‘SURVIVAL’ ISLAM saya terpanggil untuk melontar pandangan ini untuk dikongsi bersama:

Pandangan ini berdasarkan PREMIS….bahawa KITA INGIN MEMENANGKAN ‘ISLAM’ DEMI KESEJAHTERAAN UMMAH MANUSIA SEJAGAT…….

Justeru:

1. Perjuangan ini mesti bertolak dari sebuah KE IKHLASAN yang datang dari ‘HATI HATI’ para pendokong perjuangan PAS/BA.

2. Tidak dinafikan kemenangan BN (baca: BARISAN NAJIS) pada PR ke 11 bukanlah kerana sokongan SEBENAR rakyat…tetapi jelas kemenangan adalah atas DASAR PENIPUAN dan SALAHGUNA KUASA yang paling dahsyat dalam sejarah tanah air (bah kan IBLIS laknatullahllah pun TABIK SPRING kat Pak Lah Bedebahwi Al Imam wal Kahalifah Negara Islam Malaysia Al Hadhari Darul Hantu)….urusan tindakan membongkar kemungkaran BN tersebut kita serah kepada kebijaksanaan pimpinan BA untuk menanganinya. Namun yang nak saya perturunkan disini adalah sedikit MAHASABAH INTROSPEKTIF dan sedikit CADANGAN untuk pimpinan BA/PAS berfikir/bertindak sekiranya ada menafaat kepada perjuangan ini…..

3. Saya perhatikan terdapat di kalangan pendokong PAS terutamanya PEMUDA-PEMUDA bakal pelapis (terutamanya di Kelantan) masih menebal sikap keakuan PAS yang tidak boleh menerima para pejuang Islam yang datang berbondong-bondong meng‘intimak’ kan diri dengan perjuangan PAS demi memartabatkan Islam selepas peristiwa DSAI. Mereka ini masih dianggap orang luar (bukan original) yang perlu diberi kerjasama terutama jika terpilih menjadi calon di satu-satu kawasan. (mungkin pernyataan ini tidak 100% merangkumi pemuda-pemuda) Namun rasa cemburu dan curiga kepada pejuang-pejuang Islam yang datang kemudian ini adalah sesuatu yang amat mendukacitakan dan merugikan perjuangan Islam.

4. Begitu juga didapati sesetengah wakil-wakil rakyat PAS setelah berkuasa mula menunjukkan ketidak-prihatinan kepada rakyat yang diwakili dan kadang-kadang tu agak sedikit angkuh (tapi tidaklah seteruk ADUN/MP UMNO/BN …yang sanggup menindas bangsa sendiri terutamanya JKKK atau Tok Penghulu Kampong yang berlagak lebih dari menteri…punyalah mahal …nak dapat tandatangan  pun payah!).

5. Terdapat pejuang-pejuang terutama di kalangan pimpinan PAS yang masih belum 100% meletakkan diri ikhlas berjuang untuk Islam…tetapi untuk kepentingan duniawi (terkecuali Tuan Guru Nik A.Aziz dan Tuan Guru Haji Hadi serta beberapa yang lain yang seumpamanya) sama ada dalam bentuk wang ringgit atau kuasa dan seumpamanya.

6. PAS di Kelantan tidak mengambil sepenuhnya peluang pemerintahan yang diberikan Allah swt untuk betul-betul menjalankan pentarbiahan kepada masyarakat tidak kira warga PAS atau UMNO. Tentang tuntutan Islam ke atas individu, keluarga dan masyarakat…menyebabkan masyarakat umumnya masih belum memahami apa sebenar yang dikehendaki PAS….kerana diperhatikan program-program halakah atau pengajian Quran di Kampong2 dihadiri majoritinya oleh warga PAS sahaja. Tidak ada usaha bersungguh-sungguh untuk mendakwahi mereka dari kelompok UMNO atau atas pagar bagai memahami Islam dan perjuangan PAS.

7. Program untuk pemuda-pemuda atau generasi pelapis negara adalah amat sedikit, amat longgar, amat tidak tersusun dan tidak meliputi secara menyeluruh di semua kawasan terutama di Kelantan. Ini menyebabkan pemuda-pemuda tidak ramai bersama dengan PAS. Sepatutnya hal ehwal generasi muda ini dapat diperuntukkan badan yang khusus di bawah Exco pemuda supaya dapat menyusun program yang teratur. Kita lihat UMNO telah menggarap usaha “membentuk minda/fikrah’ yang mereka kehendaki dalam program Khidmat Negara…yang saya yakin akan melahirkan PEMUDA-PEMUDA YANG SEKULAR bakal mewarisi dan menjadi penyokong kuat UMNO.

8. Dalam kes Latihan Khidmat Negara ini saya mencadangkan pihak PAS/BA menubuhkan sebuah JK yang mungkin boleh dinamakan JAWATANKUASA  PEMANTAUAN DAN BERTINDAK PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA atau JPBKN untuk membuat pemantauan terhadap program tersebut dan mendesak pihak kerajaan mengeluarkan satu DOKUMEN yang TELUS menggariskan APAKAH PENGISIAN yang diberikan/disogokkan secara paksa kepada anak-anak kita secara terperinci… siap dengan jadual programnya, supaya ibu bapa dan rakyat semua tahu apa yang dilakukan oleh kerajaan terhadap zuriat kita.ini penting kerana melalui temu bual saya dengan beberapa fasilitator, peserta-peserta dan ibu bapa yang anaknya terlibat….SECARA KASARNYA MEMBERIKAN GAMBARAN YANG SANGAT MERUNSINGKAN. Pertamanya tiada program khusus dalam pengisian kerohanian (bagi anak-anak Islam) bahkan jadual sembahyang secara berjemaah 5 waktu pun tidak ada sementelah pula dengan peringatan/tazkirah tentang tanggungjawab sebagai seorang Islam/Mukmin tidak disusun sebagai program wajib sedangkan inilah peluang bagi kerajaan untuk memantapkan lagi kefahaman Islam dan peluang membina kekuatan rohaniah  pemuda-pemuda dan pemudi-pemudi…boleh ditambah dengan program qiamullail bagi menguatkan jiwa (untuk non-muslim boleh diatur ikut pendidikan moral yang munasabah). Keduanya PERGAULAN yang amatlah bebas yang memang saya saksikan sendiri dan  bahkan unsur-unsur kemaksiatan lain terbuka luas.Walhasilnya saya yakin anak-anak ini mungkin Patriotik kepada Negara tetapi bagi yang Muslim …. akan ‘graduate’ sebagai Muslim yang SEKULAR!!!!! Justeru pihak BA perlu segera menubuhkan JK tersebut atau fikirkan lain-lain tindakan agar anak-anak kita tidak diserahkan PENTARBIAHANnya selama 3 BULAN kepada TANGAN-TANGAN ber NAJIS dan ber HANTU pimpinan UMNO terutamanya kaki KHALWAT negara yang memimpin program tersebut dengan pengisian cacamarba yang sesuka hati mereka sahaja!!  Semoga dengan itu tidaklah WANG CUKAI rakyat bernilai RATUSAN JUTA habis dibelanjakan begitu sahaja.

9. PAS perlu menilai semula bentuk kepimpinan terutama dari sudut ‘IMAGE BUILDING”. Cuba lihat macam mana Dolah Badwi  mempromosikan ‘image’ beliau walaupun ianya satu ‘sandiwara’. Ia berjaya menipu dan membohongi rakyat dengan membawa image yang sebegitu rupa dengan menumpang image datuknya Sheikh Fahim….rakyat tidak faham bahawa Islam dan kealiman itu tidak turun temurun atau diwarisi begitu sahaja macam pewarisan anak raja….Islam perlu kita pelajari dan AMALkan untuk menjadikan kita benar-benar mukmin bukannya hipokrit…jadi IMAM solat…tetapi pada masa yang sama menjadi PEMIMPIN MAHAZALIM YANG TAK BERHATI PERUT!!!..LIHAT SAJA KES DSAI…ISTERI SENDIRI BERUBAT DI LUAR NEGARA BERKALI2….NAMUN DSAI ….TENGOK SEBELAH MATA PUN TAK MAHU!!!!….BELIAU MEWARISINYA DARI TUN KEPALA TAIK …. namun yang dimomokkan kepada rakyat bahawa Datuknya Alim…maka cucunya pun Alim lah…walaupun sebenarnya alim-alim kucing!!….Justeru PAS perlu rancang dengan teliti bagi membuang image parti ‘militan’, parti caci mencaci, parti ‘tok lebai’ dan lain-lain yang negatif.

10. Saya Cuma nak beri pandangan kepada beberapa noktah sahaja pada kali ini…….yang PERTAMAnya…kepimpinan ulama….saya fikir kita tak usahlah tonjolkan itu sangat.kita perlu mengangkat ‘level’ kepimpinan setaraf atau melebihi ‘level’ UMNO dari segi kepimpinan….tonjolkan mereka yang ‘PROTAZ’ (profesional Ustaz) yakni mereka yang mendokong perjuangan Islam yang faham selok-belok Islam dan pada masa seorang yang profesional yang dilihat oleh rakyat dari semua kaum dan lapisan masyarakat boleh menjadi pemimpin ALTERNATIF kepada UMNO/BN.KEDUA setiap wakil rakyat (ini bagi yang belum ada) perlu melantik secara rasmi atau pun tidak rasmi ‘THINK TANK’  untuk berfikir bersama wakil rakyat atau bakal wakil rakyat atau kepada pemimpin-pemimpin utama untuk melakar strategi janka pendek dan panjang untuk kawasan dan negeri serta negara. Juga jangan lupa adakan pejabat-pejabat ADUN/MP masing2 dengan pekerja2 tetap ….

KETIGAnya kegiatan ceramah hendaklah lebih berhikmah dan dalam bentuk ‘DAKWAH’ yang boleh diterima oleh semua golongan masyarakat UMNO/PAS/DAP/MCA/MIC dll…. kitakan INGIN menegakkan KEADILAN ISLAM SEJAGAT…jadi INTONASI ceramah tidak perlulah menyakitkan hati para pendengar (mad’uu’) yang bukan dari kelompok PAS/BA sahaja….cara penyampaian Tuan Guru Nik Aziz seperti dalam kuliah tafsir di Dewan Zulkifli itu amatlah baik dan boleh menarik semua golongan masyarakat…dengan itu insyaAllah masyarakat lebih menerima Islam sebagai satu cara hidup…. ISLAM dan PAS tidak boleh disamakan…PAS adalah VEHICLE… untuk menyampaikan ISLAM…jangan pula nanti PAS sebagai sebuah PARTI menjadi PENGHALANG rakyat umum MEMAHAMI ISLAM dek kerana gelagat atau cara penyampaian pemidato2nya yang boleh menyakitkan hati para pendengar…kalau ingin menyampaikan fakta…sampaikanlah fakta jangan ditambah dengan perli memerli dsbnya.…dakwah perlu pendekatan yang boleh menarik hati pendengar…… wallahua’lam

Sekian dulu….banyak lagi nak tulis…masa tak mengizinkan….
Mana yang baik itu  dari Allah swt  dan mana pandangan yang tak berkenaan itu dari kelemahan saya,  justeru buangkan saja….

Maaf sekiranya terkasar atau ada salah dan silap dalam penulisan ini…

SEMOGA PERJUANGAN INI HANYA IKHLAS UNTUK ALLAH SWT
DAN HANYA UNTUK ISLAM…BUKAN UNTUK PARTI SAMATA-MATA!!!!!!

Wallahua’lam.

Rakyat Prihatin - 12.04.2004

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN