Najib Keterlaluan di Kuala Berang
Oleh Roslan SMS

Semalam semasa berkempen di Kuala Berang Timbalan PM Najib Tun Razak telah mengeluarkan satu kenyataan yang dikira keterlaluan, terlampau, tidak "gentleman". Semasa berucap meresmikan Klinik Kesihatan di Kampung Sg. Ular sebagaimana yang disiarkan oleh TV3 beliau berkata bahawa Nik Aziz, MB Kelantan pun semasa sakit jantung baru-baru ini mencari hospital yang dibina oleh kerajaan BN.

Dalam erti kata lain maksud Najib kalau tidak kerana BN yang bina hospital pasti Nik Aziz tidak akan sihat. Hospital BN lah yang menyelamatkan Nik Aziz (ini tak masuk bab aqidah lagi). Barangkali menyedari bahawa Kuala Berang ini letaknya di Hulu Terengganu, sebuah kawasan pendalaman, kawasan hulu, Najib menyangka pasti mereka akan terima bulat-bulat kenyataan beliau itu, maklumlah orang darat.

To put the record straight, Nik Aziz tidak berlari ke hospital BN pun, tapi pada awalnya dimasukkan ke Perdana Specialist Centre di Kota Bharu. Malah kalau pun beliau masuk ke hospital yang dibina kerajaan sekalipun bukankah Nik Aziz pun seorang Ketua Kerajaan sebuah negeri dalam Perseketuan Malaysia.

And by the way, bukan duit UMNO dan BN yang bina hospital-hospital kerajaan termasuk klinik di Sg. Ular itu tapi duit kerajaan yang datangnya dari rakyat juga.

Najib jangan pula marah kalau orang lain nanti mengatakan bahawa Pak Lah sendiri tak percaya kepada hospital kerajaan BN kerana isteri beliau yang sakit tidak dirawat di sini tetapi menerima rawatan pakar di hospital di Amerika Syarikat....... Oleh itu Pak Lah lebih percaya kerajaan Republikan Presiden Bush dari kerajaan BN beliau sendiri?

Sila lawati BLOG saya di http://n32.blogspot.com/

Oleh Roslan sms
roslansms@hotmail.com
roslan_s@yahoo.com - 21.08.2004 (suntingan M@RHAEN)


Hantar artikel ini kpd sahabat: