![]()
Zainudin Maidin: Jangan Jadikan Agama Seperti Candu
Tajuk Utusan Malaysia (m/s – 12) 'RTM akan siar semula Amanat Haji Hadi di Banggol Peradong'UM memetik kenyataan Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan Zainuddin Maidin di Langkawi yang bersungguh mahu menyiarkan melalui RTM rakaman ucapan Tuan Guru MB Trengganu pada 7/4/1981 dahulu di Banggol Peradong yang kononnya memfatwakan bahawa perjuangan menentang UMNO adalah jihad. Dan fatwa ini kononnya mengakibatkan Assyahid Ustaz Ibrahim Libya menjadi taksub dan bangun menetang pasukan Polis di Memali.
Dalam berita yang sama perenggan 8, Zam dipetik sebagai berkata:
“Mereka ini menjadikan agama sebagai CANDU, itu yang bahayanya kerana ia menepati apa yang kominis kata bahawa agama adalah candu………”“Kita tidak mahu AGAMA dijadikan CANDU sebagaimana yang berlaku di Kelantan, sehubungan dengan itu kita akan cuba sedarkan rakyat supaya tidak jadi begitu.”
Adakah menghayati dan melaksanakan sepenuhnya tuntutan Islam menjadikan seorang itu sama sebagaimana penagih yang ketagihkan najis dadah? Mana satu yang patut kita bimbang, antara mereka yang taksub kepada Allah dan Rasul atau mereka yang mencela dan menolak Allah dan Rasul?
Kenyataan Zam ini mencerminkan betapa celaru pemikiran pimpinan UMNO masa kini. Kerana bimbangkan pengaruh politik PAS, pimpinan UMNO tergamak menyatakan bahawa menghayati agama sama dengan menagih candu. Mengapa Islam perlu diserang demikian rupa? Kita yakin insyallah kebiadapan pimpinan UMNO seumpama ini akan hanya memberikan “advantage” kepada kita yang mendukung perjuagan Islam ini kerana rakyat yang celik agama bukan lagi sebagaimana lembu dan kerbau yang mereka sangkakan.
ROSLAN SMS
Setiausaha Penerangan PAS Negeri Selangor
01/03/2002
![]()
FREE - An online program to make a huge income. more info![]()