Pembangkang Harus Mulakan Kempen Boikot Media
Setelah kita kalah besar hasil penipuan ala silap mata oleh jentera kerajaan terutama SPR, Polis dan JPN. Peranan media juga memainkan peranan penting terutama TV3 !! Penyalahgunaan kuasa Paklah lebih teruk daripada Dr. Mahathir. Kalau tindakan Mahatir menggunakan media secara berleluasa pada pilihan raya 1999 kita boleh faham yang Mahathir bukan orang beretika dan dia terdesak dalam menangkis gelombang kes Anwar.. Tetapi bagaimana pula dengan Paklah? Di mana etikanya? Di mana lembutnya? Di mana Islam hadharinya? Perbuatan Paklah seakan-akan lebih teruk daripada binatang yang mempermain-mainkan agama !!
 
Kemuncaknya, semalam TG nik Aziz berkecil hati kerana tindakan wartawan upahan yang tak beretika. Kalau ia dibuat RTM kita boleh fahamlah.. ini adalah satu stesen TV swasta seperti TV3, termasuk akhbar-akhbar tempatan!! Wartawan tidak ada rasa sensitif dalam etika penyiaran dan soal halal dan haram!!
 
Dengan ini saya mencadangkan.. BOIKOT besar-besaran dilakukan Barisan Alternatif terhadap TV3 dan akhbar tempatan!! Kita akan lihat impak yang besar bakal menimpa syarikat TV3 yang baru distruktur semula. Kini peranan Boikot bukan lagi gerakan reformasi dari laman pro reformasi! Kali ini mari kita lakukan gerakan Boikot TV3 dari semua pimpinan pembangkang!! Setidak-tidaknya, syarikat pengiklanan bakal menjauhi TV3 dan TV3 akan berkurangan hasil pendapatan!! Kini siaran TV sudah bertambah.. Alihkan channel anda ke NTV7 atapun CHANNEL 9 !! Mulakan.. Ayuhh semua pemimpin BA !! Cetakkan poster besar-besaran BOIKOT Media fitnah!! Mulakan gerakan ini..!!! Gerakan BOIKOT Utusan - BHarian dan TV3 !!

Lawan Tetap Lawan!!

Kiriman Reformis Muda - 27.03.2004 (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertai Maillist M@RHAEN