Mengurus Ekonomi:
Teori Mahathir Rubbish, Paklah Bebal!
Thailand & Indonesia setahun dulu Pasaran sahamnya hanya sekitar 500 mata !! tetapi sekarang Indeksnya menghampiri indeks BSKL.. Itupun setelah Malaysia menggunakan taktik kotor dengan menaikkan saham berkaitan indeks atau saham Mewah!! bayangkan dalam awal bulan febuari , Pasaran saham Thailand dikejutkan dengan wabak Bird Flu ataupun selsema burung yang melanda wilayah di Thailand..pasaran sahamnya jatuh ketahap bawah 650 mata setelah mencecah  hampir 800mata.. tidak sampai sebulan pasaran sahamnya mengalami pantulan yang memberangsangkan sehingga lebih 100 mata, pada hari ini sahaja pasaran sahamnya melonjak ke paras 753.24mata !! ini menunjukkan Thailand mempunyai paras sokongan yg kuat didalam pasaran sahamnya!! sedangkan malaysia pasarannya terkial kial mencari arah seolah olah malaysia pula yang dilanda wabak selsema burung!! orang lain yang selsema..orang lain yang sakit teruk!! begitulah diumpamakan Thailand dan Malaysia!! kalau tidak, masakan Perdana Menteri Thailand Thaksin sinawatra mengatakan dengan nada sinis.. " Kita tidak perlukan masa sehingga tahun 2020 untuk menjadi negara maju ..kita hanya memerlukan 3tahun untuk menjadi negara maju" dan kini kata kata itu semakin kelihatan Jelas, malah rakyat malaysia disogokkan dengan tahun 2020 yang entah bila tahu akan menjelma berdasarkan Dongeng dari Tukang Karut iaitu Tun Dr.Mahathir,patut la lee kuan yew menggelarkan Dr.Mahathir sebagai "Story Teller".

Dulu Dr.Mahathir menghentam Anwar kerana mahu menggunakan nasihat IMF !! katanya negara akan BANKRUPT atau hancur jika menerima nasihat IMF.. malah dalam roadshow sebelum pilihanrayanya pada tahun 1999.. Dr.M pernah berkata ,KOrea yg menerima bantuan IMF akan lingkup..dan rakyatnya yang sering berdemontrasi di jalanan sehinggakan kerajaan tidak akan ada ruang untuk maju.... tetapi lihatlah sekarang KOREA Selatan kini kuasa AUTOMOTIf DUNIA.. kalau dahulu kita tidak pernah mendengar brand KIA.. Brand..HYUNDAI.. yang hanya kita tahu..TOYOTA.. NISSAN ataupun Mutsibisi jenama kereta dari JAPAN. nahh.. sekarang KIA dan HYUNDAI bukan sahaja kuasa Asia.. sekarang sudah menjadi Brand DUNIA!! sedangkan Proton masih tidak mampu bersaing sehingga memaksa perlaksanaan AFTA ditangguh ke 20 tahun akan datang!! malah HYUNDAI bukan sahaja satu jenama yang menguasai sektor Automotif..malah keperingkat Kuasa baru dalam mengeluarkan perkakasan IT(Komputer) berjenama Hyundai.. Proton sekarang dimana?? sehinggakan   Model proton GEN2 kini menggunakan kepakaran Korea!! malah reka bentukkan Ala kereta Jenama KIA..

Malah PM kita yg Baru PAKLAH lebih gemar berbicara Hal ehwal kemalangan jalanraya dari mencari jalan Bagaimana menguatkan ekonomi negara!! semua dasar Dr.mahathir diteruskan, malah penasihat Hal ehwal ekonomi Dr.Mahathir diambil menjadi Menteri Kewangan sedangkan Mohd Nor YaaCop telah terlibat dalam Skandal Bank negara dimana dia menghaguskan duit negara hampir 10 Billion dengan memperdagang MataWang diperingkat Antarabangsa sewaktu menjadi penasihat pelaburan Bank Negara! mujurlah saudara Anwar Menteri Kewangan selepas itu berjaya mengurangkan sedikit Hutang Malaysia diluar Negara!! kejayaan saudara Anwar mengurus Hutang Negara dipuji Bekas Perdana Menteri Britain Magaret Techer dengan mengatakan " Jika Anwar diibarat pemain Bola sepak.. pasti banyak negara berebut mendapatkannya" . sekarang Anwar dihumban kedalam Penjara atas tuduhan yang direka cipta oleh story teller ataupun Tukang karut Tun Dr.Mahathir.. Penjenayah seperti Mohd Nor yaaCop dilantik menjadi Menteri Kewangan.

Dollah bedawi sebelum  menjadi PM,  tidak ada apapun tindakannya yang masuk dek Akal.. ketika  Menjawat Pemangku kepada PM sewatu Dr.M bercuti 3 selama bulan, Kita ketika itu dihimpit masalah Ekonomi..  kononnya mahu mewujudkan peluang pekerjaan kepada warga tempatan dia membuat keputusan menghantar balik semua pekerja Indonesia tak kira..yang tidak ada permit mahupun yang ada permit, kalau tidak mereka akan dihukum sebat !! ketika itu Malaysia mendapat bantahan dari Indonesia.. malah industri perkilangan dan pembinaan menghadapai masalah yang besar kerana kekurangan perkerja , ketika itulah Ekonomi dan pasaran saham mula merudum.. sedar akan kesilapannya itu dia memanggil kembali pendatang asing masuk ke malaysia secara sah.. ape yang Sahnya.. yang ada ermit dulu pun dia hantar balik!! takke Bodoh namanya Dolah bedawi ni..!!

Bukan sahaja isu pekerja Asing, malah dalam soal mahu menambahkan pendapatan negara dia memaksa rakyat mengeluarkan Duit dengan mengerah Polis memeras duit saman kepada rakyat!! malah ketika itu kenderaan seperti Tracktor pun kena Saman trafik punya kemaruknya Polis mencari duit !! Kini bila PAKLAH jadi PM.. dia buat lagi ..kali ni dia akan buat tribunal Trafik..dia akan siarkan nama didalam Akhbar siapa yg tak bayar saman.. kalau siapa yang perasan POLIS sekarang kerap melakukan Operasi , dimana ceruk.. dimana susur jalan ada sahaja pak pacak menunggu untuk mendapatkan mangsa!! maka berhati hatilah.. jerat menunggu anda !!

Dia selalu bercakap Berkobar kobar mahu menaikan Ekonomi negara.. nak buat itu.. nak buat Ini.. tapi Habukpun takde..!!! kalau takat bercakap jee.. baik dia pergi layan bini dia kat rumah..tambah bini dia tengah sakit, tapi apakah kita nampak usaha atau tindakan Drastik Paklah mencari jalan memulihkan ekonomi Negara !! Tidak Ada sama sekali.. dia hanya mampu bercakap dan BerOpera!! malah dasar tambatan ringgit yang dibuat Dr. Mahathir masih dikekalkan walaupun mendapat kecaman dari hampir semua pakar Ekonomi !! namun ketaatan Paklah masih menebal kepada BOss yang Nyanyuk itu Dr. Mahathir !! bayangkan dibawah pemerintahan PAKLAH sebuah syarikat sekukuh TNB telah merekodkan kerugian bagi suku pertama tahun ini!! Apa nak jadi..!! orang sebangang Dr.Awang adek dijadikan pengeursi TNB.. habis jentera TNB digunakan sebagai Jentera pilihanraya UMNO!! itupun sorang lagi manusia yang datang dari bank negara macam Nor Mohd yaacob!! pemain Judi dalam Bank Negara !!

Maka sekalian rakyat terutama warga Niaga.. warga Korperat.. terutama Majoriti berbangsa Cina.. Ambillah Peluang dalam Pilihanraya akan datang menukar Kerajaan yang Baru.. kita bukan mahu menerima Konsep negara Islam.. tetapi kita mahu sebuah Kerajaan Alternatif  yang lebih subur demokrasinya!! Kerajaan yang menawarkan suasan Ekonomi yang lebih Kondusif.. dan memberi kesamarataan ekonomi secara menyeluruh.. Konsep Negara

Islam diperjuangkan PAS akan diimbangi dengan Parti Keadilan dan DAP yang lebih bertoleranasi dalam Soal soal melibatkan dasar rakyat Bukan Islam !! maka Gunalah peluang Keemasan untuk memberikan satu Dimensi  baru negara Malaysia yang dipimpin Kerajaan Alternatif, Moga ekonomi Malaysia selepas ini setanding   Korea selatan kerana suatu ketika dahulu.. Malaysia digelar Harimau Asia !!

Lawan Tetap Lawan!!

Kiriman Reformis Muda - 09.02.2004 (disebabkan kesuntukan masa, artikel ini disiarkan tanpa semakan/suntingan)

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertai Maillist M@RHAEN