Undi SMS TV3:  Ulama Pas Masih Relevan
Pada malam 8 April 2004, Buletin Utama TV3 telah membuat satu undian SMS seperti berikut: ‘Kepimpinan Ulama Dalam Pas Sudah Tidak Relevan Lagi’. Setuju atau Tidak Setuju. Undian ini dibuat berdasarkan temubual yang dibuat antara wartawan TV3 dengan penulis Md Sayuti Omar. Dalam temubual itu, penulis tersebut telah memberikan pandangan  bahawa kepimpimpinan ulama di dalam parti Pas sudah tidak relevan lagi.

Berdasarkan undian tersebut, TV3 dengan niat jahat mereka telah mengadakan undian SMS untuk mengetahui sama ada penonton bersetuju atau tidak dengan pandangan penulis tersebut. Jika sebahagian besar penonton bersetuju dengan pendapat penulis tersebut, ia merupakan bonus besar kepada Umno dan BN. Ini akan menunjukkan bahawa kepimpinan ulama sudah tidak diterima lagi oleh sebahagan besar masyarakat terutamanya masyarakat Melayu.

Namun dengan kuasa Allah, niat jahat mereka itu tidak kesampaian kerana keputusan akhir undian SMS itu menunjukkan 58% penonton yang menghantar SMS tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut dan seterusnya tidak bersetuju dengan pendapat penulis tersebut. Ini adalah bukti menunjukkan kepimpinan ulama di dalam Pas telah, masih dan akan sentiasa diterima oleh rakyat Malaysia. Walaupun yang menghantar SMS itu tidak ramai dan mungkin ada yang menghantarnya lebih dari sekali, tetapi ini menunjukkan bahawa rakyat negara ini masih lagi menerim Pas dan kepimpinan ulamanya. Ini menjadi bukti bahawa penyokong dan pendokong Pas adalah besar dan ramai walaupun tewas besar pada pilihan hanturaya yang lalu.

Nampaknya niat jahat TV3 itu tidak kesampaian dengan keputusan undian SMS tersebut. Pandangan penulis itu juga merupakan peribadi yang bersifat syok sendiri dan mencari publisiti murahan. Bagi saya, penulis tersebut telah dipergunakan oleh TV3 dalam menyokong politik kotor pemerintah. Kita rasa bersyukur kerana undian itu memihak kepada kita walaupun kesan undian itu mungkin kecil kepada masyarakat kita. Semoga dilain masa jika ada lagi undian SMS yang bersifat jahat seperti itu, keputusan undian tidak akan memihak kepada golongan-golongan jahat seperti mereka.

Takbir!!!!

Kiriman Rindu Purnama - 09.04.2004 (tanpa suntingan)
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com

Hantar artikel ini kpd sahabat: 

Sertai Maillist M@RHAEN