Pirates of Malaysia:

Koleksi Artikel berkaitan:
SKANDAL RASUAH & ROMPAKAN DI SIANG HARI OLEH KERAJAAN UMNO/BN:

1. Pada 1984/85, Bank Bumiputra Malaysia Berhad telah mengalami kerugian akibat daripada skandal BMF di Hong Kong. Akibatnya, wang rakyat sebanyak RM 4,000,000,000 dari Petronas telah digunakan untuk memulihkan semula operasi BBMB.

2. Pada 1988/89, Bank Bumiputra Malaysia Berhad sekali lagi mengalami kerugian besar. Sekali lagi wang rakyat sebanyak RM 4,000,000,000 dari Petronas digunakan untuk memulihkan semula operasi BBMB.

3. Pada 1998/99, Bank Bumiputra Malaysia Berhad mengalami kerugian lagi. Dan kali ini riwayat BBMB terus tamat. BBMB telah ditelan oleh sebuah bank yang lebih kecil daripadanya iaitu Bank of Commerce dalam operasi merompak kekayaan negara oleh Daim Zainuddin. Dengan tamatnya riwayat Bank milik Bumiputra ini maka terbuktilah sudah bahawa UMNO adalah parti yang menjahanamkan bangsa Melayu dan kaum Bumiputra lain.

4. Selepas membuat perancangan rapi, Tan Sri Rashid Hussain iaitu pemilik saham terbesar RHB Capital telah meletakkan jawatannya sebagai Pengarah dan Pengerusi Jawantankuasa Eksekutif Khazanah Holding yang dimiliki oleh kerajaan pada 19 Disember 1998. Perletakan jawatannya itu hanyalah satu muslihat untuk menipu tindakan 'bailout' yang telah dibuat olehnya semasa berkuasa di Khazanah Holding. Lima hari kemudian, iaitu pada 24 Disember 1998, penipuannya terbongkar apabila Khazanah Holding mengumumkan akan membeli 30 % kepentingan RHB Bank yang dikuasai oleh Rashid Hussain melalui syarikat RHB Capital. Kini, tanpa diduga olehnya, RHB Bank berkemungkinan besar akan hilang dan lenyap akibat daripada proses penggabungan bank yang diarahkan oleh Daim Zainuddin.

5.Duit rakyat termasuklah golongan miskin akan dirompak dan digunakan secara paksa untuk menyelamatkan kroni dan korporat Dr Mahathir / Daim / UMNO yang kaya raya tetapi tidak mahu membayar hutang yang ditanggung oleh mereka. Hal ini diumumkan sendiri oleh Daim Zainuddin yang berkata, Malaysia memerlukan RM 60,000,000,000 untuk memulihkan semula ekonomi negara diantara tahun 1998 ke 2000. Katanya, sebahagian besar daripada jumlah RM 60,000,000,000 itu akan diperolehi dari sumber dalam negara iaitu KWSP, SOCSO, Petronas dan Syarikat-Syarikat Insurans. Rancangan pemulihan tersebut termasuklah usaha untuk mengambil alih hutang tidak berbayar yang dilakukan oleh syarikat-syarikat korporat besar yang sudah semestinya kroni kepada Dr Mahathir, Daim dan UMNO.

(Suntingan M@RHAEN) - 06.09.2003


Tapak Cerminan M@RHAEN http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com

Click Here!