Kemalangan Jalan Raya: Satu Lagi Projek Barisan Nasional 
Setiap kali tiba musim perayaan seperti Hari Raya dan sebagainya banyak berlaku kemalangan jalanraya terutamanya di Selangor. Maka menyerulah para pemimpin-pemimpin Umno supaya orang ramai berhati-hati di jalan raya untuk mengelakkan kemalangan jalan raya dalam musim perayaan.

Kadang-kadang kita lihat pemimpin-pemimpin Umno bercakap seperti orang tak ada otak. Hanya pandai menyalahkan orang ramai sahaja bila berlaku kemalangan jalanraya. Tapi bagaimana dengan tanggungjawab kerajaan untuk menyediakan kemudahan yang selesa kepada rakyat yang membayar cukai, seperti jalanraya?

Cuba lihat di selangor dibawah kepimpinan Dr Khir Toyo, Jalan daripada Tanjong Karang ke Sabak Bernam adakah jalan tersebut merupakan jalan yang selamat bagi pengguna jalan raya khususnya dalam musim peryaan seperti sekarang? Khir Toyo yang dengan angkuhnya pada tahun lepas mengatakan pembangunan di Sekinchan jauh lebih baik dari Bandar Kota Bharu, Kelantan, kita lihat adakah jalan di Sekinchan sekarang lebih baik dari Kota Bharu??? Dengan keadaan jalan yang berlopak-lopak menyusahkan orang ramai.

Sepanjang berhari raya di kampong dan melalui jalan Tg Karang hingga Sabak Bernam pasti berlaku beberapa siri kemalangan kecil atau besar sebab apa?? Bukan sebab pemandu cuai, tetapi disebabkan jalan raya yang sangat teruk, berlubang-lubang disana-sini. Sebagai pemandu bila melihat lubang yang besar di jalan raya mestilah kita mengelak supaya kereta tidak rosak, tapi kalau lubang terlalu banyak hendak mengelak di mana? Dalam keadaan mengelakkan jalan yang teruk itulah yang menyebabkan  berlaku kemalangan. Jadi hendak salahkan siapa?

Pembesar-pembesar Umno seperti Khir Toyo dan Noh Omar memang lah tak terasa apa menggunakan jalan berkenaan sebab mereka menggunakan kereta mewah seperti S320L dan sebagainya. Kalau kereta rosak sekalipun akibat jalan rosak yang membayar ialah kerajaan menggunakan wang rakyat. Tapi bagi orang ramai bila kereta mereka rosak dalam kemalangan akibat jalan raya yang teruk sapa yang akan bayar?

Itulah akibat terlalu banyak songlap wang rakyat sampaikan kebajikan rakyat diabaikan oleh pemimpin-pemimpin Umno seperti Khir Toyo dan kuncu-kuncunya. Dalam perjalanan pulang pada petang ahad dari arah Sabak Bernam dan melalui mahligai Khir Toyo di Simpang lima Sg Panjang dan rumah Noh Omar di Batu 12 Sg. Burong, yang membuat rumah terbuka, dalam keadaan jalan yang sangat teruk ditambah dengan kesesakan jalan raya disebabkan open house di rumah kedua-dua pemimpin Umno tersebut, berlaku kemalangan jalan raya disebabkan oleh jalan raya yang sangat teruk, tidak jauh kemudian terjumpa beberapa buah kereta  berhenti di tepi jalan dan sedang asyik menggantikan tayar sama ada di depan atau belakang kereta mereka… itulah satu lagi projek kerajaan Barisan Nasional… menyusahkan orang ramai dalam musim perayaan dengan keadaan jalan yang sangat teruk, tetapi yang asyik disalahkan ialah rakyat.

Selat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Segala yang baik datangnya dari Allah dan segala yang buruk datangnya dari pemimpin-pemimpin Umno dan kuncu-kuncunya

Perdana V6 - 30.11.2003M - (suntingan M@RHAEN)

Sertailah Forum M@RHAEN: http://marhaen.board.dk3.com/2/
Dapatkan maklumat terkini di Forum M@RHAEN.



Tapak Utama: http://marhaen.internations.net
Anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN.

Click Here!
Hantar artikel ini kpd sahabat: