Imunisasi Campak: Respons kepada Artikel Orang Muda
Saya merasa terpanggil untuk memberi sedikit pandangan sebagai respons terhadap satu artikel bertajuk '
Isu Imunisasi Campak' yang ditulis oleh Orang Muda.

Menurut seorang kenalan saya yang bekerja dengan Kementerian Kesihatan, beliau memberitahu bahawa kempen imunisasi ini ialah sebagai langkah pencegahan wabak campak yang dijangka akan ‘meletup’ tahun hadapan [berdasarkan kajian apa, wallah hu a’lam]. Kalau diikutkan saya yang sedikit paranoid dengan segala apa yang ada dalam perancangan kerajaan kita, mungkin saya boleh katakan ini mungkin ada agenda tersembunyi. Berdasarkan kepada teknologi nano yang semakin berkembang di negara barat, siapa tahu mungkin dalam vaksin tersebut di bubuh nanochip yang dapat mempengaruhi tubuh badan yang diresapinya itu!

Berbalik kepada realiti, saya amat bersimpati dengan CAP Pulau Pinang yang tidak pernah mengenal penat-lelah dan putus asa dalam membangkitkan pelbagai isu dalam Malaysia. Ia satu-satunya yang paling kuat berusaha menegakkan hak-hak rakyat sebagai pengguna. Malang sekali setiap kali ada isu penting yang diketengahkan oleh CAP, seperti biasa kerajaan kita berdiam diri, buat ‘derk’, mengugut, mencaci dan memperlekehkan usaha CAP itu. Tidak seperti SUHAKAM yang lembik lote tidak berdaya untuk membuat sesuatu tindakan, yang terbaik hanya mengeluarkan ‘press statement’ and that’s it!!

Ada najis ataupun tidak dalam vaksin campak , waullah hu a’lam, saya cuba juga untuk mencari info tapi gagal. Imunisasi MMR/campak ini adalah untuk anak-anak berusia 7-15 tahun. Apa yang pasti dalam vaksin itu ialah ia mengandungi ‘mercury’ atau raksa yang beracun.

Saya mendapat banyak bahan bacaan menerusi Internet berkenaan protes dari ibu bapa dan NGO di US yang mempersoalkan apakah kebaikannya vaksin-vaksin tersebut jika ia hanya mendatangkan risiko besar kepada anak-anak? Mereka sudah membuat pelbagai kajian terhadap kesan racun raksa kepada sistem saraf kanak-kanak. Mereka membuktikan anak-anak menghidap autistic akibat vaksin-vaksin itu. Pandangan para doktor juga bercelaru, sekejap mengiakan, dan kemudiannya menafikan. Bila saya sendiri bertanya kepada doktor tempatan, mereka tidak ada sebarang komen, dan ada juga yang menafikan. Adakah kerana ‘oath’ atau sumpah mereka? Kenapa agaknya kerajaan US dan Malaysia berdiam diri apabila rakyat membantah? Saya mengagak ini adalah kerana bidang penghasilan vaksin melibatkan ratusan juta ringgit, ianya satu perniagaan yang menguntungkan, tidak begitu? So what if there were a few casualties along the way?

Saya sendiri pernah menjemput seorang pakar pemakanan dari US untuk meminta nasihat pemakanan untuk anak-anak saya yang menghidap autistik [Asperger Syndrome] berumur 10 tahun, dan yang menghidap Pervasive Developmental Delay [slow learner] berumur 8 tahun. Menurut beliau, tiada yang bagus dalam vaksin ini. Seperti contoh, virus lemah dalam vaksin disaluti oleh sejenis protein yang boleh juga ditemui dalam protein susu, protein kacang soya dan protein telur. Bila vaksin ini disuntik ke dalam badan, sistem imunisasi badan secara automatik akan melawan vaksin lemah ini. Ia akan mengenal virus dan protein ini sebagai musuh dan mesti dilawan. Justeru, tidak menghairankan kenapa anak-anak saya begitu alah kepada susu, kacang soya dan telur. Bukan hanya itu, tetapi banyak lagi makanan yang terpaksa saya pantangkan demi untuk memulihkan saraf-saraf otak mereka.

Bukan niat saya hendak berkempen kepada semua supaya memulaukan imunisasi campak ini, tetapi fikirkanlah. Kalaulah dari dulu lagi semasa anak-anak saya masih kecil saya tahu komplikasi imunisasi ini, saya tidak akan sekali-kali membawa mereka ke doktor.

Walaupun saya redha ini semua kehendak Allah SWT dan merupakan ujian paling berat untuk saya sekeluarga, tetapi saya harap jangan ada lagi anak-anak yang mengalami nasib serupa anak-anak saya.

Saya sebenarnya boleh mengarang sebuah buku untuk menceritakan pengalaman saya dari A sampai Z tentang bagaimana dari awal anak-anak saya didiagnose sebagai penghidap 'disorders' ini. Saya akui kita semua terlalu ‘ignorant’, hanya setelah mendapat anak yang berpenyakit begini, baru saya sedar. Sikap masyarakat umum yang prejudis juga terlalu menyakitkan. Sikap tidak apa kerajaan terlalu menyedihkan. Sikap kebanyakan doktor yang tidak prihatin terlalu menyiksakan.

Sebab itu anak kecil saya berumur 2 tahun tidak divaksin apa-apa pun [kecuali BCG dan dos pertama hepatitis, sebab waktu itu dia berumur sehari dalam nursery hospital,]. Saya hanya menyebut "Tawakal lillah" bila ditanya "tak apa ke dia tak ada imunisasi?"

Fikir-fikirkanlah!

Pengunjung Laman Marhaen - 22.04.2004 - (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertai Maillist M@RHAEN