Zool
Hilmi Pejuang Muda Yang Menjadi Rebutan (Siri 1)
Oleh
Pendita Muda
Tertarik
saya untuk menulis sepatah kata berkaitan isu geng 12 (macam nama kumpulan
gengster) bukan kerana apa tapi lebih berminat mengupas kisah seorang anak
muda yang terpaksa mengkhianati tok gurunya yang perlu di hayati
oleh semua pihak.
Bermula dengan
Pengenalan siapa anak muda bernama Zool Hilmi b Yahya ini(bukan kenal sangat
tapi boleh la cerita sedikit sebanyak). Saya mengenali beliau kira-kira
4 tahun yang lalu ketika itu anak muda ini baru berusia lingkungan 21 tahun,
anak muda ini boleh saya katakan saban hari berada di perkarangan mahkamah
tinggi Kuala Lumpur mengikuti perkembangan kes DSAI. Anak muda ini peramah
orangnya dan mudah rapat dengan rakan-rakan dari kalangan reformis. Beliau
dilihat cukup rapat dengan kumpulan reformis, selalu terlihat mereka ini
bersama. Anak muda ini dari kaca mata saya cukup bijak mencatur strategi,
dapat dilihat semasa beliau mengasaskan Gabungan Kuasa Pelajar Malaysia
(GKPM) sebuah gerakan bawah tanah pelajar-pelajar IPTS terutama dari UNITEN
dan MMU, dalam masa yang singkat hampir 3 ratus ahli pertubuhan haram ini
berjaya beliau kumpulkan. Anak muda ini juga dilihat cukup berani terutama
ketika berhadapan dengan polis dalam beberapa demo yang pernah saya hadiri.
Selepas terpisah sekian lama (saya berehat sebentar tumpu pada kerja) tahun
lalu saya berkesempatan bertemu lagi dengan anak muda ini di Ipoh dan saya
agak terkejut apabila dimaklumkan oleh beliau yang kini beliau adalah Ketua
Pemuda Keadilan Perak dalam hati tertanya betul ke budak ni kerana usianya
masih terlalu muda. Dari risikan kawan-kawan pemuda Perak cara beliau mentadbir
pemuda Perak lebih mirip kepada cara dua gabungan idola beliau iaitu Hanafiah
Man dan Hamdan Taha. Anak muda ini tidak di nafikan hanya satu-satunya
pendokong B.A di Teluk Intan Perak yang sanggup bergaduh demi mempertahankan
Hamdan Taha Yang sebelum ini dikhabarkan telah menyertai UMNO setelah meletak
jawatan. Anak muda ini bermati-matian mendakwa mentornya itu tidak menyertai
umno, yang pasti anak muda ini cukup taat dengan insan bernama Hamdan Taha.
Pernah terbayang
di pemikiran saya bahawa budak bernama Zool Hilmi ini merupakan jelmaan
kepada Hamdan Taha cuma kalau di bezakan, hanya Hamdan Taha ini penakut
tidak pula pada Zool. Percaturan politik dan stategi anak muda ini tidak
jauh bezanya dengan Hamdan Taha sesiapa yang biasa dengan Hamdan Taha tentu
tahu persamaan yang ketara antara dua insan ini.
Berbalik kepada
kisah geng 12 yang cukup terkenal ketika ini. Anak muda Zool Hilmi ini
bukan sekadar terpaksa membuat satu keputusan yang cukup berat malahan
terpaksa mengkhianati tok gurunya sendiri. Satu perkara yang cukup berat
dan tak dapat di ramal akan berlaku. Saya agak terkejut apabila mendengar
kisah geng 12 dan anak muda ini macam tak percaya pada mulanya tapi apabila
saya berbalik kepada logik akal "tiada yang mustahil", saya berkesempatan
bertemu anak muda ini di rumah sdr Ezam Mohd Nor, soalan saya yang pertama
saya kepada anak muda ini "lawan Hamdan nampak"? Jawapannya terlalu mudah
"dia cuma ajar dan didik saya sebagai pejuang tapi tak sempat nak ajar
saya macam mana nak jual perjuangan" jawab anak muda ini sambil tersenyum
tetapi dari air mukanya nampak sedih setiap kali terpaksa menyebut nama
Hamdan Taha dan nama Hamdan Taha di sebutkan.
Kini difahamkan
anak muda ini berada dalam pelarian, hanya kerana satu laporan polis yang
dibuat oleh sifunya sendiri secepat kilat beliau di buru oleh pihak polis
dan orang-orang Najib, daripada maklumat yang boleh di percayai, Najib
Tun Razak mahukan anak muda ini menarik balik Akuan
Berkanun beliau sebelum Pilihanraya dan dikhabarkan anak muda ini
kita berada dalam jagaan Ezam Mohd Noor. Yang pasti anak muda ini akan
menjadi senjata sulit Ezam Mohd Noor untuk bertempur di Pekan Pahang. Bagi
Najib pula Anak muda ini jika berada dalam genggamannya pasti Ezam jatuh
terduduk di medan peperangan.
akan saya tulis
lagi sambungan kisah ini sedikit masa lagi.......
Pendita Muda
- 25.02.2004 (suntingan M@RHAEN)