Calon Ketua Bahagian Minta RM30 Ribu Daripada Ustaz
Oleh Pendekar Nusa
Semakin hampir hari pengundian memilih jawatan-jawatan penting untuk sesi 2004-2007 bagi menerajui Umno Bahagian Kuala Selangor,pelbagai ragam dan karenah calon-calon yang menawarkan diri bertanding dapat disaksikan.
Kempen-kempen yang berlangsung sama ada secara senyap- senyap atau terbuka kadang-kadang melanggari etika dan peraturan yang telah ditetapkan oleh parti. Bagi golongan yang tidak mempunyai kekuatan diri dan prinsip mereka sebenarnya tiada memiliki kekukuhan hujah untuk disampaikan kepada para perwakilan.
Maksud atau motif turun ke gelanggang terlalu kabur,ahli-ahli biasa Umno di peringkat bawahan pun kebanyakannya keliru siapa yang harus dipilih untuk memimpin mereka. Namun semuanya itu akan terhakis apabila `penampar` hingggap ke dalam kocek-kocek mereka.
`Penampar` adalah bahasa popular orang-orang politik yang membawa maksud wang. Kekuatan penampar terbukti mampu mengatasi kekentalan prinsip dan pendirian bagaimana pun ada juga yang tidak termakan dengan `penampar` tetapi bilangan adalah terlalu sedikit.
`Kem banyak skandal` yang diketuai oleh Adun Jeram YB Amiruddin cukup sedar bahawa peluang mereka untuk memimpin Umno Kuala Selangor adalah terlalu tipis jika berbekalkan gigi dan lidah sahaja,apatah lagi kempen-kempen yang mereka jalankan pun kurang mendapat sambutan jika dibandingkan dengan `kem ramai bini` pimpinan YB Datuk Daud Tarihep MP Kuala Selangor.
Sdr. Ish** Har** selaku campaign manager berpendapat hanya `penampar` yang boleh menyelamatkan YB Amiruddin dan kemnya. Kadar yang ditetapkan adalah RM 200,300 dan 400. Ertinya nilai seorang perwakilan cawangan Umno sekadar berlegar pada kadar tersebut, biasa - RM 200, sedikit liat - RM 300 dan terlalu liat - RM 400.
Untuk tujuan itu YB Amiruddin memerlukan hampir RM 100 ribu wang kontan. Bagi meringankan beban yang terpaksa ditanggung dan atas nasihat Sdr Ish** Har** , YB Ustaz Sayuti Adun Bukit Melawati selaku calon Timbalan Ketua Bahagian telah dipaksa oleh YB Amiruddin mengeluarkan RM 30 Ribu.
YB Ustaz Sayuti yang sebelum ini mengamalkan politik bersih difahamkan benar-benar terperanjat apabila diminta oleh YB Amiruddin berbuat begitu.
Menurut sumber yang rapat dengan Ustaz Sayuti beliau terhalang untuk menunaikan permintaan YB Amiruddin disebabkan oleh dua perkara. Pertama memang beliau tidak punya wang dan kedua beliau tidak bersetuju dengan amalan politik wang,haram katanya!
Apakah dengan bantahan Ustaz Sayuti itu beliau akan disingkirkan oleh `kem banyak skandal ` atau Ustaz terpaksa mengikut rentak YB Amiruddin yang sedang dibonekakan oleh campaign manager Sdr. Ish** Ha**. Sama-sama kita tunggu sejauh mana kekuatan iman Ustaz Sayuti.
Pendekarnusa - 08.07.2004 (suntingan M@RHAEN)
![]()