Wahai Orang Agama! (2)
Assalamu`alaikum!

Sibuklah wartawan dan RTM jumpa orang-orang agama untuk mintak fatwa tentang mengumpat dan seumpamanya.Kepada tokoh-tokoh agama ni aku naklah minta dia orang ni cerdik sikit. Zaman sekarang ni zaman perang propaganda.

Apabila anda didatangi wartawan hendaklah sentiasa ingatkan hal ini. Memang banyak yang anda semua sebutkan benda betul. Tapi cerdiklah sikit RTM, TV3
dan para pengarang akhbar arus perdana ni kaki putar bin belit.

Tidak ingatkah kisah golongan khawarij yang berdepan dengan Saiyyidina Ali. Mereka membacakan ayat-ayat quran untuk menyokong dakyah mereka. Apa jawab Saiyyidina Ali? Perkataan Yang Benar, (tetapi digunakan) untuk menegakkan batil.

Walaupun mereka membacakan ayat-ayat Allah tetapi Saiyyidina Ali tidak menerima perkataan mereka kerana beliau `arif dengan halatuju puak ni. Nah
sekarang anda tengoklah realiti. Jangan tutup mata anda. Jangan pekakkan telinga.

Tak nampakkah kilang arak yang besar-besar tu. Tak nampakkah pusat judi yang besar-besar tu. Tengoklah duit kamu kat Tabung Haji pun mereka dah laburkan untuk niaga judi. Tu belum kira yang hangus kerana tolong kroni. Apa? Bebal sangatkah kita ni. Anda tak tengok ke pesta-pestaan maksiat yang banyak tu.

Kat sini aku nak terjemah sikit apa yang ada kat dalam kita Imam Nawawi al Azkar Bab 'Keterangan Apa yang Diharuskan Daripada Mengumpat'

Ketahuilah! Mengumpat sekalipun diharamkan tetapi ia diharuskan pada beberapa keadaan kerana maslahah

1. Pengaduan terhadap sesuatu perlakuan zalim. Diharuskan kepada mereka yang dizalimi ia membuat pengaduan perlakuan zalim kepada sultan,hakim dan mereka yang lain daripada kedua mereka dari kalangan mereka yang mempunyai kuasa atau kemampuan menasihati orang yang menzaliminya………………………………………

2. Meminta pertolongan untuk mencegah kemungkaran dan mengembalikan orang yang zalim kepada kebenaran…………………..

3. Meminta fatwa………………………………….

4. Memberi amaran kepada muslimin dan menasihati mereka dari terperangkap dengan keburukan/kejahatan. Perkara itu dalam beberapa bentuk
a………….b…………c…………d…………..e………………

5. Orang yang diumpat itu seorang yang melakukan kefasikan dan bid`ah secara terang-terangan seperti secara nyata meminum arak atau menindas orang ramai dan mengambil cukai(yang diharamkan), mengambil harta secara zalim dan memimpin perkara-perkara yang batil. Maka boleh menyebut ke`aibannya mana-mana yang ia zahirkan. sebaliknya haram menyebutkan ke`aiban yang lain………………………….

AWAS orang agama! Jangan biarkan diri anda menjadi alat golongan fasik. marilah kita sabar sikit. Hidup kat dunia ni bukan lama. Janganlah tindakan anda menyebabkan kami golongan muda terpaksa menderita. Marilah kita bebaskan negara tercinta ini dari cengkaman BN yang zalim.

Selamat mengundi.

Peminat Harun Din - 18.03.2004 (suntingan M@RHAEN)
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN