Wahai Orang Agama!
Assalamu`alaikum!

Beberapa malam yang lepas RTM telah menjemput 3 orang tokoh agama dalam forum khas. Mereka ialah Datuk Dr. Ismail Ibrahim(DDII), Datuk Noh Gadut (DNG) dan Profesor Abdul Syukor (PASY).

Saya berkesempatan mengikuti perbincangan mereka. Secara umumnya mereka hendak menegaskan bahawa negara Malaysia, negara kita ini adalah Negara Islam.

DDII menyebutkan pembahagian Islam itu kepada 4. beliau menegaskan ibadah, mu`amalah dan munakahah di negara kita telah mengikut cara Islam begitu juga hukum jenayah. Cuma tinggal sebahagian kecil sahaja hudud dan qisas belum terlaksana menurut kaedah Islam.

DNG pula menyebut takrifan para ulama` terhadap Darul Islam. Antaranya beliau memetik daripada (menurut katanya) Syekh Abu Zuhroh. Kesimpulannya ada 2 asas di sisi beliau untuk mengatakan Malaysia adalah negara Islam. Pertama ketua negaranya orang Islam. 2.Orang Islam merasa aman dan dapat beramal menghayati agamanya di sana.

Ahli panel ketiga (PASY) menceritakan tentang sahabat beliau yang datang ke Malaysia. Mereka i`tiraf Malaysia  sebagai negara Islam contoh.

Pada saya persoalan ini adalah persoalan ijtihadiyyah. Untuk mengatakan Malaysia sebagai Negara Islam atau tidak. Ini bukan masalah qot`ie yang melibatkan `akidah.

Cuma ingin saya mengatakan:
1. Seandainya DDII mempelajari feqah Islam dari sumber yang mu`tabar dari kulit kekulit, nescaya beliau tidak akan membuat kesimpulan seperti itu.

2.DNG perlu sedar apa yang dipertikaikan sekarang ialah sistem pemerintahan,adakah ia Islamik atau tidak. Semua rakyat Malaysia telah mengi`tiraf bahawa Tanah Melayu adalah tanah air umat Islam.

Persoalan yang saya mahu utarakan kepada RTM dan kesemua ahli panel, apakah rasional mereka membincangkan isu tersebut di masa ini(adakah RTM menyiarkan rakaman forum yang telah lama).

Perbuatan mereka hanya dilihat sebagai usaha membantutkan kemenangan BA yang mahu mendaulatkan Islam. Mereka  dilihat sebagai alat golongan sekular.

Saya merayu kepada golongan agama seperti mereka supaya marilah kita sama-sama mendokong BA untuk memastikan mereka dapat memerintah. Paling tidak membentuk barisan pembangkang yang kuat. Apakah kita telah buta sehingga tidak dapat melihat begitu banyak kepincangan dan kerosakan institusi penting negara.

Kasihanilah generasi akan datang. Sabarlah seketika. Pendamkanlah perbezaan pendapat yang ada pada kita sementara. Jujurlah kita dengan diri sendiri. Marilah sama-sama kita tewaskan BN.

Selamat mengundi.

Peminat Harun Din - 16.03.2004 (suntingan M@RHAEN)
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN