Penyelewengan Istilah Islam Hadhari
Saudara Webmaster!

Menjelang hari penamaan calon Pilihan Raya ke-11 saya telah melayari beberapa laman web untuk mendapatkan maklumat calon-calon yang akan bertanding. Antara laman tersebut termasuklah Al Haq daily.com

Saya tergamam apabila membaca tajuk satu artikel di dalam laman web ini. Muka baru BN mampu realisasikan Islam Hadhari.

Selepas membaca artikel tersebut fahamlah saya bahawa perjuangan UMNO Terengganu ke arah merealisasikan “Islam Hadhari Terengganu Bestari” Apakah yang difahami daripada istilah Islam Hadhari ini?

Hadhari  perkataan Arab yang terbit dari perkataan hadharah. Kalimah Hadharah dalam penggunaan semasa sentiasa diertikan sebagai tamadun atau makna yang seumpama dengannya.

Apabila kita memberi sifat kepada Islam sebagai Islam yang bertamadun ini akan memberi makna bahawa di sana ada Islam yang tidak bertamadun. (Sila rujuk perbincangan ulama usul feqah tentang mafhum mukholafah)

Merangkaikan perkataan Islam kepada  Hadhari adalah satu jenayah di dalam Islam. Ia memberi maksud di sana ada Islam bertamadun dan ada Islam yang tidak  bertamadun. (Dari sudut mafhumnya) perbuatan ini mengiyakan jenayah golongan mengatakan di sana ada Islam liberal, Islam sosialis dan sebagainya.

Suka saya bertanya mana satukah yang dimaksudkan sebagai Islam Hadhari oleh pimpinan UMNO Terengganu. Apakah Islam Hadhari  sesuatu yang lain daripada apa yang diamalkan oleh umat Islam Terengganu hari ini. Adakah ia bukan Islam yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w.

AWAS! Janganlah kerana terlalu leka untuk mengambil hati rakyat, maka kita memperkenalkan istilah yang muluk-muluk tanpa memikirkan maknanya.

Peminat Harun Din - 14.03.2004 (suntingan M@RHAEN)
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN