Aduhai JELItawan

Umno akan tawan Jeli walau dengan apa cara sekali pun. Pegawai-pegawai kerajaan di Jeli seperti guru, askar, kakitangan Pusat Kesihatan, Kesedar dan semua jentera kerajaan seperti lembu dicucuk hidung.

Pelajar sekolah di Jeli selalu mendapat cuti kerana guru dipaksa berhimpun untuk mendengar taklimat To'Pa. Bukannya taklimat tetapi rayuan To' Pa supaya mengundi ambo sekali lagi. Pada hari Ahad 14 Mac sehari selepas penamaan calon, tak kira cuti sekolah, semua guru di Jeli mesti berada di MRSM Jeli untuk mendengar taklimat dari To' Pa.

Guru di sekolah dipanggil oleh guru besar atau pengetua. Disoal berdepan. Cikgu sokong siapa? Pas ke Umno? Pengetua isi borang depan guru. Tiada selindung lagi. Jentera Umno begitu berani menekan kakitangan kerajaan. Pegawai-pegawai kerajaan tidak segan silu menekan orang di bawahnya. Duit one-off diberi berdasarkan parti. Sesetengah guru diarah memberitahu pelajar atau ibu bapa pelajar untuk mengundi BN semasa pilihan raya nanti.

Kakitangan kesihatan dipaksa bekerja pada hari Sabtu cuti kerana To' Pa mengadakan hari Klinik dengan penduduk. Sambil memeriksa doktor berkempen..... Pak cik sekali ni pangkah To' Pa deh....

Nak bagi duit one off kena tunggu dengar To' Pa merayu dulu.

Pendek kata, apa saja majlis di Jeli ini mestilah dirasmi atau dihadiri oleh To' Pa. Orang Jeli tidak akan terkejut atau terkedu kalau To' Pa menang. Tetapi orang Jeli akan terkejut Beruk kalau To' Pa kalah. Alahai Jeli.

PemiluJeli - 16.03.2004 (suntingan M@RHAEN)
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN