Jeli dan Tok Pa

Adakah To' Pa akan bertanding di Jeli?
Suatu laman web telah menyoal.

To' Pa kononnya menjawab bahawa dia akan tetap bertanding di Jeli. Kalau bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) pun ianya pasti di Jeli. Dato' Mustapha mustahil akan meninggalkan Jeli. Dia tidak akan meninggalkan Jeli, bukan kerana dia telah membangunkan (kononnya) Jeli tetapi kerana strateginya yang cukup rapi yang telah dirancang dan disusunnya selama ini. Kawasan inilah yang memberi peluang (jika ada) yang terbaik kepadanya. Kawasan Jeli yang dulu telah dikecilkan. DUN Kemahang dikeluarkan ke kawasan Tanah Merah. DUN Kemahang banyak mendatangkan masalah kepadanya. Selain daripada peneroka Felda ada juga bekas ADUN Umno Md Dahan yang seperti duri dalam daging. Awal-awal lagi Kemahang dikeluarkan daripada Jeli.

Sekarang ada 3 DUN di Jeli. DUN baru, DUN Bukit Bunga. DUN Ayer Lanas dan DUN Kuala Balah. Di DUN Bukit Bunga ada kem askar Kem 301. Di DUN Kuala Balah juga ada kem askar Kem 302. Yang pastinya kalau To' Pa hendak bertanding di DUN sudah pasti dia tidak akan bertanding di Ayer Lanas. Orang Umno sekarang tengah gelabah nak bertanding di Bukit Bunga dan Kuala Balah. Tempat selamat sebab ada askar. Pembaca tidak perlu ada IQ 120 untuk membaca langkah-langkah yang telah diambil oleh To'Pa. Hingga ke Perak mencari pengundi pos. Kita tunggu tengoklah sama ada askar-askar kita ini Hang Tuah ke atau Pak Pandir yang dicucuk hidung. Bukan setakat askar kena undi pos tetapi sekali ini isteri-isteri pun mesti jadi pengundi pos walaupun tidak tinggal di dalam kem. Memangkah sakanlah jawabnya pegawai yang bertugas. Kalau tak pangkah pun tunggu tengok orang pangkah. Pas hanya mengharapkan undi orang kampung sahaja. Adu kepada SPR pun tak guna. Faham-faham sajalah politik Umno yang penakut ni.

Sekarang di Jeli orang bercakap. Kalau dulu kalah dia tendang kerusi. Sekali ini kalau dia kalah tak boleh nak ceritalah. Suami isteri kalau merayu undi sampai menitis air mata. Begitulah kepinginnya To'Pa untuk kembali menjadi Ahli Parlimen Jeli.

PemiluJeli - 01.03.2004 (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN